Tips Dan Cara Terbaik Untuk Hilangkan Sedu

Sedu. Aku sangat tekanan kalau tengah-tengah makan makanan pedas tiba-tiba kena serang sedu. Aku tak faham apa kaitan pedas dengan sedu, tapi seolah-olah dua benda ni saling berkaitan dan ada Chemistry sesama dorang. Misteri sungguh.

Aku bukanlah benci kat sedu ni, tapi ia sangat mengganggu konsentrasi aku untuk habiskan makanan yang aku tengah lantak. Lagi-lagi kalau tengah makan kat restoran. Tengah makan tu tiba-tiba tersedu.

" Herkkk...! Herk...! Herk...! Herk comelnya Nora Danish..!!"

Mesti bunyi tu sangat Annoying gila kan? Orang dah lah tengah ramai masa tu. Dan tiba-tiba bunyian tu buatkan aku jadi perhatian ramai. Rasa femes sekejap pun ada sebab orang semua pandang aku. Tapi aku segan. Aku ni dah lah pemalu orangnya. Lagi-lagi bila ada awek-awek comel yang mula bagi perhatian kat aku. Lepas tu mulalah dorang sengeh-sengeh sesama dorang dan ketawa keanak-anakan sambil tutup mulut. Huh! Pantang nampak remaja lelaki kacak berdahi licin tersedu. Mulalah mulalah nak mengata,

" Lelaki kacak kat sebelah tu tersedu lah! Comel je kite tengok dia."

Bila aku kena serang sedu tu, aku terus ambik langkah-langkah drastik yang selalu aku amalkan. Meh aku kongsikan petua dan tips untuk korang hilangkan sedu korang yang tiba-tiba datang tu.

Cara dia memang mudah gila. Korang cuma perlu tarik nafas dalam-dalam dan tahan nafas selama mungkin yang korang tahan. Macam aku, dengan kehebatan dan krebiliti yang ada kat aku ni, aku mampu tahan nafas selama 5 saat. Hebat kan?

Ye, tahan nafas selama mana yang korang mampu. Cara ni aku dah amalkan semenjak 175 tahun dulu lagi. Memang terbukti berkesan untuk aku hilangkan sedu aku tu.

Alang-alang aku dah berkongsi tips aku tu, aku kongsikan beberapa kaedah lagi untuk korang berhentikan sedu korang tu.

1. Tahan nafas selama yang mungkin.
2. Bernafas dalam plastik.
3. Minum air kosong.

Nombor dua tu aku terbaca kat satu blog. Macam kelakar pun ada. Tapi katanya terbukti berkesan. Aku risau jugak kalau nak buat kat khalayak ramai. Nanti orang ingat aku hisap gam. Tak pasal-pasal awek-awek comel yang ada masa tu pandang serong kat aku. Tak pasal-pasal dorang batalkan niat nak jalinkan hubungan cinta dengan aku.


langkah-langkah dan kaedah terbaik untuk berhentikan sedu, cara dan tips terbaik untuk memberhentikan sedu yang datang secara tiba-tiba, Orang cakap sedu ni tanda-tanda nak membesar. Aku rasa mungkin betul sebab perut aku dah makin membesar dan jauh tertonjol ke depan.


4 comments.. read them below or add one

Lisa Hlovate Lisa Hlovate 27 August, 2015
selalu kena sedu waktu sejuk...biasanya tahan nafas sambil kira sampai sepuluh.. tak hilang jugak, ulang balik.. hahaha..
aina amin aina amin 27 August, 2015
Selalu juga tahan nafas bila start sedu..memang berkesan!
http://ainaez.blogspot.com
husna zahidi husna zahidi 27 August, 2015
hahahaa..tak remaja lelaki dah kalau terjojol ke depan tu..

hsna selalu minum air takpun tahan nafas..tu je.. yg lg satu tu tak pnah dgr..
gulew kapas gulew kapas 27 August, 2015
selalu biarkan je. sebab orang cakap sedu tu boleh tinggi hahahaa