Cara Terbaik Untuk Kuruskan Badan Tanpa Bersenam Dan Makan Ubat

Disebabkan ada yang tanya aku apakah tips terbaik dan cara terbaik untuk kuruskan badan tanpa perlu bersenam, jadi aku kongsikan tips terbaik untuk kurus tanpa perlu bersenam dan makan ubat.

Sekarang ni ramai yang nak kurus tapi malas bersenam. Ini tak boleh nak nafikan sebab aku pun malas nak bersenam. Almaklumlah, aku kan bizi nak kumpul harta sampai 2.6 bilion, jadi mana ada masa nak bersenam bagai ni. 

Ada yang pilih alternatif untuk makan ubat kurus apalagi macam-macam ubat kurus yang boleh didapati dalam pasaran ni dan... aku pun pernah makan. Hahaha. Cuma makan pil ni aku tak berapa sarankan lagi-lagi buat yang kurang minum air masak macam aku ni. Sebab ginjal boleh rosak. Sayangilah ginjal anda sebelum terlambat. 

Okay, sambung balik pasal cara nak kuruskan badan tanpa perlu bersenam dan makan ubat ni. Dulu aku pernah tembam. Bila tengok balik pun rasa nak tinju je muka sendiri. Memang nampak tak senonoh langsung. Tak percaya? Tengok gambar aku kat bawah ni. Cukup memualkan bagi sesiapa yang memandangnya.

tips terbaik untuk menguruskan badan tanpa makan ubat dan jugak tanpa perlu bersenam, tips kesihatan,

tips terbaik untuk menguruskan badan tanpa makan ubat dan jugak tanpa perlu bersenam, tips kesihatan,

Nampak menakutkan tak? Macam Hellboy kan? Kalau macam ni, Mike Tyson pun tak berani nak cari gaduh dengan aku.  Tengok gambar ni je dah boleh buat Mike Tyson kemurungan sebulan. Memang bagus untuk buat orang gentar, tapi tak bagus untuk kesihatan sebenarnya. Dengan kadar lemak yang tinggi dalam badan, macam-macam penyakit suka datang menyapa dan Say Hai.

Masa ni pun aku dah tak selesa sebenarnya. Baru panjat tiga anak tangga pun aku dah sesak nafas. Terpaksa pakai Inhaler (membohong sangat kan). Tapi memang betul, aku semput walaupun baru panjat satu tingkat rumah. Dah macam mana kalau aku nak kejar peragut yang meragut sorang awek cantik manis jelita seiras Dewi Yusra? Tak dapatlah aku nak tunjuk terel dan tunjuk hero depan awek tu kan. Jadi peluang untuk aku dapat nombor telepon dia amat tipis.

Jadi aku terus buat keputusan untuk kuruskan badan aku balik. Apa yang aku buat? Nak bersenam memang tak ada masa. Lagipun aku ni pemalas. Memiliki seraut wajah yang sangat kacak tak bermakna aku tak mempunyai sifat pemalas yang amat. Jadi, aku cuba cara Diet Atkins

Tapi aku tak ikut pun 100% Diet Atkins tu. Aku pun tak tau Diet Atkins yang sebenarnya macam mana. Tapi apa yang aku buat, aku hanya makan nasi sekali sehari. Bukan tu je, kuantiti nasik pun hanya suku pinggan. Lauk pulak aku gantikan dengan Friskies. Hahaha. Yang ni aku bergurau je. Lauk macam biasalah. Aku bedal macam-macam. Cuma nasik tu yang aku kurangkan jadi suku pinggan. Dan hanya makan sekali sehari.

Itu yang aku amalkan setiap hari. Selama tiga bulan, hasilnya sungguh memberangsangkan. Wajah yang sangat menakutkan dulu kembali menjadi jambu dan kacak. Dan paling mengejutkan, wajah aku hampir seiras Raden Amzar.

tips terbaik untuk menguruskan badan tanpa makan ubat dan jugak tanpa perlu bersenam, tips kesihatan,

tips terbaik untuk menguruskan badan tanpa makan ubat dan jugak tanpa perlu bersenam, tips kesihatan,

tips terbaik untuk menguruskan badan tanpa makan ubat dan jugak tanpa perlu bersenam, tips kesihatan,

tips terbaik untuk menguruskan badan tanpa makan ubat dan jugak tanpa perlu bersenam, tips kesihatan,

tips terbaik untuk menguruskan badan tanpa makan ubat dan jugak tanpa perlu bersenam, tips kesihatan,

Nampak. Perubahan ketara kan? Ini lah cara dan tips yang aku amalkan untuk kuruskan badan aku tanpa perlu bersenam dan jugak makan ubat

Makan nasik sekali sehari dan dalam kuantiti yang sikit. Kalau boleh kuantiti nasi tu hanya suku pinggan. Lauk lebih tak apa. 

Apa yang buat kita gemuk dan selalu kena kencing manis sebenarnya adalah daripada nasi. Itu sebenarnya faktor utama. Tapi tak boleh jugak kalau tak makan nasi langsung. Kalau tak makan nasi langsung, tak boleh kerja korang sebab nasi tu sumber tenaga. 

Jadi, cuba korang amalkan dalam tiga bulan berturut-turut. Kalau masih tak berjaya, cukupkan setahun.Tapi aku amat yakin, cara dan tips untuk kuruskan badan ni memang berkesan sangat-sangat tanpa perlu bersenam dan makan ubat.

Tapi.. sekarang.. aku mula tembam balik sebab tak jaga makan. Hahaha. Nak kena mula balik Diet Atkins ni.


tips terbaik untuk menguruskan badan tanpa makan ubat dan jugak tanpa perlu bersenam, tips kesihatan, Sebenarnya, elok jugak kalau korang bersenam. Bersenam tu kan baik untuk kesihatan jugak. Jangan jadi macam aku, stamina langsung tak ada. Main futsal 20 minit pertama je terel. Kaki silang sana silang sini. Berpusing-pusing dengan macam-macam skil Ronaldo. Lepas je dari 20 minit, kaki aku bersilang jugak. Tapi bersilang untuk duduk bersila. 

{ 9 comments.. read them below or add one }

✿ Ina Ainaa ✿ ✿ Ina Ainaa ✿ 10 September, 2015
Ena sekarang amalkan itu.. nasi sikit je, laut biar banyak.. Kadand2 tak tahan juga tapi kena cekalkan hati.. heeeeeee
firzz duka firzz duka 10 September, 2015
Aku nak start la minggu depan..eh..minggu depan tak boleh, minggu sekali lagi..ehh..tak boleh jugak...nanti2 la aku start...
ma ❥ ma ❥ 11 September, 2015
yang gambar kat cermin almari tu hahaha lalu depan dewi yusra pun dewi yusra mintak no dulu tk yah tgu peragut dtg tergoda habis hahahahaha
ziana eunos ziana eunos 11 September, 2015
yg penting kawal makan sebenarnya.. jaga kalori in out

*jemput singgah http://zianaeunos.blogspot.com
AzzAMasturA AzzAMasturA 12 September, 2015
kalau ganti dengan whiskas effect apa apa tak ? kihkih
aliah aliah 14 September, 2015
tp jgn kurus sgt nanti xhensem... =P
hehehee....
Eny Abdullah Eny Abdullah 28 September, 2015
nak kurus mmg takde shortcut.. tu pasal kekny ni tak kurus kurus hihihi
Izhar Izhar 30 December, 2016
Nak kurus tanpa bersenam ni mmg boleh tp kene kawal makan la. Boleh bace kat sado street kalau tak tau macam mana nak makan untuk kurus.