'Dia' Main Tutup Bukak Tutup Bukak Pintu Pulak Dah

Aku sekarang ni ada kat Temerloh disebabkan esok ada majlis kenduri kahwin adik aku. Maka, tersadailah aku dengan keluarga aku kat Homestay sini. Aku tak ingat kat mana, tapi Not Bad jugak Homestay ni. Nampak macam kecik dari kuar, tapi kat dalam besar. Macam banggelo.

Semalam aku lena awal. Pukul 10 malam aku dah menjenguk Elizabeth Tan dalam mimpi. Aku mimpi jadi Backup Dancer lagu Knock-Knock. Apa kejadahnya mimpi aku tu. Penyudahnya aku terjaga pukul 3.30 pagi. 

Dah terjaga pukul 3.30 pagi, takkan aku nak kejut makcik-makcik aku ni bangun lepastu ajak dorang bersembang. Boleh mengundang Hammer ke kepala tu. Jadi aku pun mula bersiar-siar dalam Fb. Tengok video tu video ni.

Tapi paling Win tu, tengah-tengah khayal layan internet sorang-sorang tu, boleh pulak 'dia' main tutup bukak tutup bukak pintu. Lahabau betul. Dah kena macam tu, aku redha je lah. Takkan nak menangis dan merayu supaya 'dia' tak kacau aku pulak kan? Boleh meletup usus makcik-makcik aku ni gelakkan aku kalau dorang terdengar rayuan dan rintihan aku tu.

Dah hilang seram tu, aku sambung layan internet. Ni dah macam mengantuk balik ni, cam rasa nak tido balik je. Haha. 
'Dia' Main Tutup Bukak Tutup Bukak Pintu Pulak Dah

{ 7 comments.. read them below or add one }

Yana Nana Yana Nana 13 September, 2015
hayok!!1.. hahahahah kalau baik dia tak kacau lah.. dia cuma say hai je tu..hehehehehehehehehehehehhehehehehehehehehhehe
fairus fairus 14 September, 2015
Dia minat kat kau tu Boni..
yaya cendana yaya cendana 14 September, 2015
baru malam tadi kena tindih...hehe
tenku butang tenku butang 15 September, 2015
antu sebelah pintu.. jeng jeng jengggg.. jaga2 Bonii..
Eny Abdullah Eny Abdullah 28 September, 2015
selalu kalau ke tempat baru g jarang penghuni mcm ni lah huhuhu