Perhimpunan Baju Merah Perhimpunan Melayu Rasis?

Aku seorang manusia yang lahir sebagai seorang bangsa Melayu. Walaupun aku menetap kat kampung Konoha, tapi tu tak menjejaskan segala darah-darah Melayu yang ada dalam badan aku ni.

Bercakap pasal bangsa Melayu, pada pendapat aku, bangsa Melayu ni adalah satu bangsa yang sangat unik tapi pelik. Susah untuk difahami. Bangsa ni penuh dengan perpecahan tapi bila tiba suatu perkara yang melibatkan bangsa dan agama, pastinya sekelip mata perpaduan tu akan muncul.

Contoh yang terjadi baru-baru ni. Perhimpunan baju merah. Ramai yang cakap semua tu dibayar dan pengangkutan ditanggung oleh beratus-ratus bijik bas. Tapi bagi aku, kalaupun dibayar dan diangkut dengan beratus-ratus bas, adakah kesemua yang turun tu dibayar? Aku rasa macam tak logik pulak. Contohnya ada 500 bas yang dibayar untuk angkut peserta, bermakna hanya peserta yang datang dengan bas tu cumalah 500x40= 20,000. Jumlah peserta yang turun dianggarkan mungkin lebih kurang 80,000. Bermakna yang selebih turun tu memang turun dengan kerelaan hati. Kalau dibayar sorang RM30, mampu ke kerajaan nak tampung jumlah 80,000 peserta yang turun tu? Lebih baik dorang masuk poket sendiri.

gambar-gambar sekitar perhimpunan baju merah, apa motif sebenar perhimpunan baju merah
sumber
Bukan semua yang turun tu sokong Najib. Apalagi memang ramai dah benci kat Najib sekarang ni. Jadi apa yang buatkan yang tak ditaja tu sanggup turun? Dan kenapa dorang sanggup ketepikan soal Najib dan jugak soal politik semata-mata nak turun hari tu?

gambar-gambar sekitar perhimpunan baju merah, apa motif sebenar perhimpunan baju merah,
sumber
Ini yang aku cakap. Bangsa Melayu ni bangsa yang unik tapi pelik. Bangsa ni memang berpecah-pecah tapi dengan sekelip mata je boleh bersatu dengan tiba-tiba. Semua ni timbul bila semakin banyak orang-orang yang bukan Islam mempermain dan mempersendakan agama Islam. Contoh paling besar adalah Alvin Tan. Tapi aku tak nampak apa-apa-apa pun tindakan tegas dari pemimpin-pemimpin cina sendiri terutama pemimpin DAP untuk mengatasi masalah ni. Beza bila ada orang Melayu yang mula bersuara sikit. Mulalah dikatakan Rasis. Nampak macam berat sebelah pulak kat situ.

Aku tak Rasis. Tapi bila agam Islam dan bangsa Melayu selalu dihina, sensitiviti orang Islam selalu dipermainkan, mana mungkin hati aku tak panas. Aku bukan orang Italy. Aku bukan orang Perancis. Aku orang Melayu. Sikit sebanyak perkara-perkara yang terjadi tu memang menghilangkan kesabaran aku. Aku dah selalu bersabar. Tapi tahap kesabaran pun ada batasnya. Kalau dah selalu kena hina, sabar pun boleh hilang. Itu aku. Yang memang Cool, kacak dan penyabar orangnya. Tapi orang lain belum tentu macam aku. Tak semua orang miliki sifat sabar yang tinggi. Mana-mana bangsa pun sama kan?

Aku tengok ramai yang kutuk perhimpunan baju merah tu. Orang Melayu sendiri pun yang tak ada kat sana kutuk dan bangkang habis-habisan seolah-olah ingin tunjukkan yang pergi perhimpunan tu semua Melayu-Melayu yang bodoh. Aku terbaca jugak banyak Posting-Posting yang yang bukan Islam mempersendakan perhimpunan tu dan gelarkan dorang bodoh. Tapi bila tiba kes Alvin Tan dan banyak lagi kes-kes hina agama Islam, berapa ramai je orang bukan Islam yang mengutuk dan membangkang sekeras-kerasnya tindakan dorang tu?

gambar-gambar sekitar perhimpunan baju merah, apa motif sebenar perhimpunan baju merah,
sumber
Sorry My Beloved Chinese Friend. Mungkin kadang-kadang kita kena jugak bagi teguran. Bukan bermaksud benci, tapi untuk menyedarkan. Aku tak pernah membenci sesiapa. Dan aku berkawan dengan sesiapa je walaupun berlainan bangsa. U all said that we need each other right? So, if we need each other, act likes we need each other. Jangan bila ada orang cina yang kutuk melayu, agama Islam,  dan dengan sengaja mempermainkan sensitiviti orang Islam, korang hanya diamkan diri je.

Tapi apa-apa pun, aku puji dan aku Respect segelintir orang cina dan orang India yang menegur, mengutuk Alvin Tan dan mereka-mereka yang menghina agama Islam. All My Respect Belong to You My Brothers And Sisters.

Apa-apa pun, sekali lagi aku nak tegaskan yang aku tak menyokong perhimpunan baju merah tu. Dan aku tak menyokong segala tindakan yang Rasis dilakukan dorang. Tapi jangan gelarkan dorang Melayu bodoh. Dorang hanya bertindak balas dengan apa yang dah orang Islam terima kebelakangan ni. Kalau perhimpunan Bersih 4 bertindak balas dengan apa yang dah kerajaan buat, sama jugak dengan dorang. Bertindak balas lepas agama Islam dicerca dan dihina. Dan jangan jugak pelik kalau ada yang turun Bersih 4 turun jugak kat perhimpunan baju merah tu. Sebab apa yang aku tau, yang turun perhimpunan baju merah tu, tak semuanya sokong Najib dan ramai yang nakkan Najib turun.

Semoga lepas semua yang terjadi ni, kita semua termasuklah apa-apa bangsa pun, kena pupuk satu kesedaran yang tinggi dalam hati. Apa yang kita kurang selama ni adalah RESPECT. Tak kiralah Melayu ke, Cina ke, India ke, Iban ke, Kadazan ke, dan banyak lagi kaum kat Malaysia ni. Kita kena RESPECT EACH OTHER. Jaga lisan dan perbuatan kita. Jaga hati dan jugak perasaan semua kaum. Kalau kita Melayu, jangan dihina dan dikutuk kaum dan agama lain. Kalau kita cina, jangan dihina dan dikutuk agama dan bangsa lain. Begitu jugak untuk semua kaum. Kita hormat antara satu sama lain.

Semoga apa yang keruh sebelum ni, dapat dijernihkan balik. Malaysia dah tenat sekarang ni, jangan ditambah lagi dengan segala masalah melibatkan perkauman. Kepada orang Melayu beragama Islam, kembali semula kepada ajaran Islam yang sebenar sebab itu je cara untuk menyatukan kita.

Sekali lagi aku nak tegaskan. Melayu bangsa yang unik tapi pelik. Tak percaya tengok lah lepas ni. Akan timbul perpecahan balik. Sekejap je bersatunya. Lepas tu mula dengki sana dengki sini. Kalau nak maju, jangan ada sifat macam ni kawan-kawan. Buang sifat iri hati dan dengki tu. Bina empayar dan ekonomi sama-sama. Jangan ada sikap nak menjatuhkan sesama sendiri.  Barulah bangsa Melayu akan dihormati. Tengok Chipsmore, makin banyak Chip yang berkumpul selonggok, makin sedap kan?

gambar-gambar sekitar perhimpunan baju merah, apa motif sebenar perhimpunan baju merah, Aku seorang yang cintakan keamanan. Aku tak suka pada keserabutan dan pertelingkahan. Aku juga tak suka pada orang yang Rasis. Sama-sama kita kembali meNeutralkan diri. 









6 comments.. read them below or add one

Filzah Azzahra Filzah Azzahra 20 September, 2015
Kalaulah masjid dan surau penuh macam ini.... Lagi aman Malaysia kita
ma ❥ ma ❥ 20 September, 2015
Bersih4 takde sorg cina pun yg mengutuk tak mcm himpunan baju merah ada segelintir melayu sama2 kutuk melayu dgn bangsa lain.
Harap semua umat islam bersatu Dan mempertahankan agama Islam Dan bangsa melayu.



Haslinda Hassan Ali Haslinda Hassan Ali 21 September, 2015
agak-agaknya, bila lah si Alvin Tan tu nak kena
balasannya...geram je tgk Alvin Tan...
Eny Abdullah Eny Abdullah 28 September, 2015
semua org ada hak utk berdemo dan bersuara...