Terjebak Makan Ikan Patin Masak Tempoyak Temerloh

Aku sebelum ni anti dengan tempoyak. Asal terbau je tempoyak, aku akan kemurungan, hilang selera makan 3 keturunan, dan mulalah didatangi penyakit Asteoporosis. Entah kenapa jadi macam tu pun aku tak tau. Jadi selama aku hidup ni lah aku tak pernah sentuh pun tempoyak. Apa pun lauk yang diadaptasi daripada tempoyak aku memang tak makan.

Tapi langit tak selalunya cerah kan. Siapa sangka aku dapat adik ipar orang Temerloh. Temerloh ni antara tempat yang terkenal dengan masakan Ikan Patin Masak Tempoyak. Jadi, bila adik aku kahwin dengan orang Temerloh ni, masa majlis kenduri, memang dihidangkan lauk Ikan Patin Masak Tempoyak ni. Tuan rumah masak sendiri.

apa yang istimewanya resipi ikan patin masak tempoyak temerloh, antara makanan yang sedap di malaysia, makan ikan patin masak tempoyak di temerloh,

Okeh. Aku mula-mula terbau lauk ni, aku dah mula berpeluh kat dahi. Usus aku bergetar-getar dengan sendirinya tanda protes supaya lauk tu tak masuk dalam perut aku. Aku dah mula bayangkan betapa menderitanya lidah aku untuk menerima rasa ikan patin yang hanyir dan jugak rasa tempoyak yang pelik tu.

Tapi nak tak nak, aku kena jugak makan. Apa lagi demi menjaga martabat aku sebagai seorang Blogger yang amat kacak di mata gadis-gadis Metropolitan. Mula-mula aku kais secebis je isi ikan patin tu. Lepas tu aku tanam dia kat longgokan nasi yang banyak dan aku mula telan. Bila masuk je dalam lidah aku, entah kenapa aku rasa macam sedang dilamun cinta pandang pertama dengan Elizabeth Tan. Sangat Indah perasaan tu.

Mak Aih!! Pahal sedap pulak ni! Daripada secebis isi, aku terus melantak dengan rakusnya. Ikan patin dia langsung tak ada bau dengan rasa hanyir. Kuah dia pun aku bedal. Dengan rasa masam-masam manis pedas, cukup buat aku teringat masakan siakap stim masak limau. Nampaknya kenikmatan dia lebih kurang aku makan lauk siakap stim masak limau, Boleh bersaing hebat dua lauk ni.

Seumur hidup aku, ni lah kali pertama aku makan Ikan Patin Masak Tempoyak ni. Dan paling Win, aku makan Temerloh punya. Patutlah ramai yang gilakan Ikan Patin Masak Tempoyak Temerloh. Baru aku tau kenapa. Baru aku tau erti kenikmatan di dalam kehidupan selain daripada malam pertama.

apa yang istimewanya resipi ikan patin masak tempoyak temerloh, antara makanan yang sedap di malaysia, makan ikan patin masak tempoyak di temerloh,

Ok. Mulai detik ni, aku akan masukkan Lauk Ikan Patin Masak Tempoyak ni dalam senarai makanan-makanan yang Best yang pernah aku rasa. Tapi, hanya kat Temerloh. Kat luar daripada Temerloh, memang aku tak yakin. Apa lagi ikan patin yang dibela. Sebab aku tak tau Tokey dia bagi ikan patin tu makan apa. Dah kantoi satu hari tu bagi ikan patin makan babi. Babi betul.

apa yang istimewanya resipi ikan patin masak tempoyak temerloh, antara makanan yang sedap di malaysia, makan ikan patin masak tempoyak di temerloh, Aku dah mula mengidam ikan patin masak tempoyak ni. Adeh. 






{ 8 comments.. read them below or add one }

Ija Rased Ija Rased 18 September, 2015
assalam
singgah sini..
hahahah i boleh bayangkan muka boni berpeluh sebelm sentuh ikan patin tu
AzzAMasturA AzzAMasturA 19 September, 2015
This comment has been removed by the author.
AzzAMasturA AzzAMasturA 19 September, 2015
sedapnyaaa ... tetiba nak cari adik ipar org temerloh jugak ... kihkih
Iza Iza 21 September, 2015
gulai tempoyak the best bonikacak...hihi...akak suka gilerr...hihi...
yana yassin yana yassin 25 September, 2015
Sedap kan . Now pun selalu beli ikan patin buat stok kalau tetiba teringin . Eh bukan lah stok setahun lagi baru masak, hik hik hik .
pendekar pendekar 27 September, 2015
sedap oiii....

besar dan lemak berkrim disukai ramai.

hahah.
Eny Abdullah Eny Abdullah 28 September, 2015
sekali terjebak! jebaklah lagi!
Therina Jopri Therina Jopri 16 March, 2016
Nampak memang menggiurkan. Rasa sekali nak makan seribukali lagi haha