Baguslah! Semuanya NAIK!

Geram betul aku hari ni. Semuanya naik! Baru-baru ni harga tol naik. Kalau dah tol naik, dah tentulah harga barang-barang pun naik. Tol pun sama macam minyak jugak. Bila deme naik, dah tentu harga barang-barang lain akibat daripada kos pengangkutan.

Aku rasa macam nak menjerit sebelah telinga pakcik-pakcik menteri ni. Aku nak dorang tau yang rakyat sekarang tengah menderita. Segala-galanya naik. Tapi gaji rakyat dok kat takuk lama je. Kos perbelanjaan naik, tapi hasil poket kitorang sama je tak naik-naik. Mana nak datang keseimbangannya? Tak faham konsep persamaan Linear betullah dorang ni. Bila kos naik, tapi gaji dok takuk tu je, korang rasa cukup ke untuk perbelanjaan bulanan rakyat yang rata-rata gaji Rm2,000 ke bawah.

harga tol naik, nilai hartanah di bukit beruntung bukit sentosa naik.,

Naik naik naik! Semua korang nak naikkan!

Tolonglah bukak mata sikit. Korang mungkin tak merasa kesengsaraan rakyat yang terus menerus dilanda kesempitan. Sebab apa? Sebab gaji korang besar. Macam-macam elaun ada. Yang kitorang rakyat kebanyakan ni, bukan kata elaun, gaji pun kecik. Bayo bil tu bil ni, habis macam tu je.

Tampo nak?

Janganlah kejam sangat kat rakyat.

Korang bagi alasan nak bina sekolah, bina hospital. Habis duit GST yang korang kaut tu mana pergi? Ayah Rani Kulup pun dah bersuara. Apa korang buat dengan duit GST tu? Takkan nak peram lepas tu naikkan lagi elaun dengan gaji menteri-menteri. Tu je lah keje korang.

Ayah Rani Kulup pun boleh nampak benda ni walaupun selalu pakai spek hitam! Korang apa pun tak nampak. Mata ada tapi buta. Telinga pekak. Tau nak rembat duit rakyat je kan.

harga tol naik, nilai hartanah di bukit beruntung bukit sentosa naik.,

Yang  buat kegeraman aku tu jadi kuasa 4 bila aku terbaca pasal nilai hartanah kat Bukit Beruntung dengan Bukit Sentoasa ni bakal naik. Lagi menambah kegeraman aku. Geramnya aku. Kalau ada awek melintas depan aku ni, maunya aku mintak nombor telepon dia.

Woi! Apahal semuanya nak naik?! Semua ni menyusahkan rakyat. Makin tak mampulah rakyat lepas ni. Kapitalis Kapitalletter lah korang ni!  Orang kaya makin kaya, orang miskin makin terhimpit. Peduli lah sikit nasib rakyat kat bawah-bawah ni. Jangan nak jadi kejam sangat lah.

Nak je aku mencarut. Nasib baik aku masih lagi waras untuk tak mencarut. Semua ni demi menjaga imej dan kekacakan aku daripada tercemar. Tapi tolonglah fikir sikit nasib orang bawah ni.. Korang dah kaut GST berjuta-juta. Takkan masih tak cukup? Baik je korang suruh setiap manusia kat dalam Malaysia ni derma RM1000 setiap bulan kat korang. Baru korang puas hati kan? Semua demi kelangsungan hidup korang je kan. Kelangsungan hidup kitorang korang tak fikir pun kan?

harga tol naik, nilai hartanah di bukit beruntung bukit sentosa naik.,

Naik Naik Naik! Semuanya NAIK! Eloklah korang-korang kat atas tu turun cepat. Menyampah dah aku ni.

Aish! Memang nak mencarut aku rasa ni. Makanya, elok aku berhenti sekarang. Sebelum aku carut kat semua.

Bye Neelofa. Awak manis sangat.


harga tol naik, nilai hartanah di bukit beruntung bukit sentosa naik., Zalim. Itu je yang mampu aku ucapkan. 



5 comments.. read them below or add one

ma ❥ ma ❥ 16 October, 2015
betul geram gak gaji takuk lama naik pun alahai setahun sekali tu pun sikit sgt duit kenaikan gaji tu nak buat cover gst pun tak lepas ni kan pulak nak buat cover kos sara hidup yang meningkat mendadak ni.. gst lagi kenaikan harga brg lagi kenaikan kos pengangkutan lagi dah semua naik. mati laa.. kita org bawah ni bising2 sampai keluar anak tekak pun takde yang peduli. tak habis2 ckp rakyat malaysia takde pada tahap beban lagi dgn kenaikan dan gst sebab masih penuh lagi org membelah belah / bercuti .. wey tu anak2 menteri je wey.. bercuti satu family majlis kahwin grand2 makan sedap2 belanja makwe bukak busines baru (dana suntik) tuh semua dikalangan kaya je weyyyyy.. yang kaya bertambah kaya yang miskin makin terhimpit. takde hati perut :(
Jueliza Jamani Jueliza Jamani 16 October, 2015
kan.. naik abis.. rasa tau rakyat marhaen mcm kami ni.. kan pak menteri kata gaji rm3600 miskin.. pak menteri kaya melana!!! abis duit rakyat ambik..
fairus fairus 19 October, 2015
Hartanah kalau naik, pemilik hartanah akan suka, yang nak beli pula memang tak mampulah.. Tol kalau naik, company dan pemegang konsesi akan suka, pengguna tol memang tak sukalah.. Dalam naik, ada yang suka..
Vander Good Vander Good 23 October, 2015
Rasanya mereka yang dekat atas ni nak menikmati kekayaan sepuasnya sebelum kalah dalam pilihanraya akan datang. Kesian rakyat.
Miscellaneous Things Miscellaneous Things 31 December, 2015
Kalau GST 6%, gaji rakyat pun kena naik r jugak paling-paling kurang 6%, WAJIB!! Betul tak? Sape tak sokong korang makan pasir agaknya.