Baru Lah Seksi

Spray Sportrim motor Yamaha 135 LC. Aku sebenarnya dah lama gila nak Spray Sportrim motor aku ni. Tapi tak ada masa. Aku tanya satu bengkel motor ni, nak Spray Sportrim pastu tambah Sticker putih RM30.

Satu hari aku pergi sekali lagi aku pergi sebab betul-betul nak Spray memandangkan Sportrim aku dah tobek-tobek dah cat dia. Bila aku tanya kos harga, tiba-tiba jadi RM60. Babek. Bapak lah. Kedai yang sama. Tiba-tiba jadi dua kali ganda.

Agaknya dia tak cam aku kot. Tapi aku cam dia. Babun punya tokey. Kaki kencing punya olang. Aku buat muka ketat, dan aku terus belah macam tu je.

Bukan aku tak nak buat sendiri, tapi aku tak ada masa. Dan aku takut kalau-kalau aku Spray tu cacat sana sini. Dah lama tak main Spray motor ni. Silap Spray boleh menyesal 3 bulan woo.

Semalam aku buat keputusan untuk Spray sendiri. Beli Spray tak sampai RM10. Lagi baik aku buat sendiri daripada nak bayar rm60.

Keputusan dah dibuat. Lepas je servis motor, basuh motor. Dan aku terus Park motor aku kat luar sambil jeling-jeling kiri kanan dengan harapan ada lah anak dara yang akan menyaksikan kehebatan seni aku ni.

Spray Sportrim motor Yamaha 135 LC,

Spray ni jadi pilihan aku. Sebab hanya ada jenis ni kat kedai. Hahaha. Kalau tak, aku dah pilih Nippon Paint dah.

Cer tengok Sportrim aku tu. Kan dah tobek-tobek dah bahagian tepi dia tu. Orang tengok pun meyampah, apalagi kalau awek-awek tengok. Mesti dorang rasa aku ni sampah.

Sambil Spray tu, saja aku meliuk-liukkan badan aku agar membuat gadis-gadis yang tertengok kat aku rasa Grrr kat aku. Mana tau, dorang berminat nak jadikan aku abang angkat atau adik angkat kan.

Tak lama pun aku ambik masa nak Spray ni. Adalah dalam setengah jam. Dan hasilnya sangat memuaskan hati aku.

TADAAA!!

Spray Sportrim motor Yamaha 135 LC,

Spray Sportrim motor Yamaha 135 LC,

Dah tak ada lagi kesan-kesan tobek sana sini yang merobekkan hati aku lagi. Dah nampak cun dan Ultimate. Nampak kacak dan memang seiring dengan nama tuan dia.

Tapi dah Start Spray tu, memang ketagih jugak lah. Cat banyak lagi. Jadi aku teruskan Spray ke tempat-tempat yang sepatutnya.

Spray Sportrim motor Yamaha 135 LC,

Spray Sportrim motor Yamaha 135 LC,

Ekzos yang berkarat barat pun jadi mangsa kerakusan aku meNYEPRAY. Nampak intim terus.

Spray Sportrim motor Yamaha 135 LC,

Nampak baru terus. Nampak SOLID dan nampak memukau. Barulah tak malu nak ngorat Nora Danish dari atas motor. Barulah keyakinan aku bertambah.

Hebat jugak aku Spray Sportrim motor aku ni. Tak sia-sia aku belajar bahagian elektrik dulu sampai sijil tahap dua. Boleh bukak kedai ni. Cukuplah aku cas RM30, tak payah sampai RM60.


Spray Sportrim motor Yamaha 135 LC, Lega jugak aku sebab taklah nampak amatur sangat hasil Spray aku tu. Hahaha. 

4 comments.. read them below or add one

✿ Ina Ainaa ✿ ✿ Ina Ainaa ✿ 25 October, 2015
Huishhh nampak macam baru dah.. Smartttt
Mera Hussain Mera Hussain 25 October, 2015
Kalau kaw dah spray kasi cantik pn nora danish tetap ta tengok kaw aq sarankan kaw spray diri kaw pulak. Mane tahu lg bertambah kacak. Hahaha
Hafiz Hafizol Hafiz Hafizol 25 October, 2015
perghhh smart bhaiii hahahahaha
PuteraOhtraBulan PuteraOhtraBulan 26 October, 2015
Jual bro motor tu kat kawan.