Sistem Tak Adil Ada Kat Mana-Mana

Baru kejap tadi aku layan cerita BlueBloods. Kisah pasal seorang isteri yang jadi perompak disebabkan prosedur untuk mintak bantuan rawatan untuk suaminya, seorang bekas tentera yang cacat, tak diluluskan.

Nampak kejamkan sistem ni. Padahal suami dia tu cacat sebab berperang demi negara. Dan bila dah cacat macam tu, diabaikan pulak oleh kerajaan. Dasar KAPITALIS! KAPITALLETTER!

Sistem yang tak adil ni telah membuatkan si isteri bertindak membelakangkan undang-undang untuk mendapatkan duit merawat suaminya.

Pada pandangan mata korang macam mana? Pada pandangan mata aku, si isteri telah melakukan sesuatu perkara yang amat mulia demi untuk suami tercinta, tapi cara yang salah. Bagi aku, aku salahkan sistem yang sangat kejam ni, yang membuatkan si isteri terdesak untuk mendapatkan duit. Kekejaman sistem ciptaan manusia, telah membuatkan seorang isteri yang sangat cantik dan comel berbibir Pink bagaikan Elizabeth Tan.. menjadi seorang penjenayah.

Tapi itulah sistem yang dicipta oleh manusia. Tak sempurna sifat. Tak adil. Bila yang datang itu kroni dan jugak orang yang dikenali, begitu laju segala permohonan diluluskan tanpa ada prejudis. Tapi bila melibatkan orang-orang yang biasa macam kita-kita ni (walaupun memiliki seraut wajah yang sangat manis macam aku), kadang-kadang sistem dan prosedur tu sangat kejam dan tak adil. Itu tak cukup, ini tak cukup. Kena mohon sana, kena mohon sini. Kadang-kadang ditendang macam bola ke sana ke sini. Padahal ternyata memang layak untuk mendapatkan bantuan.

Cerita BlueBloods tadi cukup membukak mata aku. Dengan sistem yang tak adil ni yang dipenuhi dengan prosedur yang sangat-sangat membebankan, aku selamber je boleh cakap yang ia sememangnya mampu melahirkan ramai penjenayah-penjenayah yang TERPAKSA melakukan jenayah akibat TERDESAK. KEADAAN TERDESAK.

Dan biasanya, bila kita dengar cerita pasal perompak, kita akan terus tuding yang dorang ni sangat-sangat hina sedangkan kita tak tau apa sebabnya mereka merompak. Aku memang tak setuju dan tak menyokong langsung jikalau mendapatkan duit dengan cara merompak. Salah tetap salah. Tapi kalau dah keadaan terlalu mendesak, manusia boleh hilang kewarasan untuk berfikir.

Itu dalam cerita BlueBloods. Tapi hakikatnya, sistem-sistem dan prosedur-prosedur yang tak adil ni memang wujud serata dunia. Mana-mana pun. Seharusnya ia bukak mata pada semua. Apa yang ada dalam cerita tu sememangnya perlu dijadikan pengajaran yang berguna buat semua. Mungkin sistem-sistem yang tak adil sebegini perlu dihapuskan agar kurangnya kadar jenayah yang terjadi. Hapuskan segala prosedur yang sangat-sangat membebankan. Jangan biarkan awek-awek yang comel berbibir Pink bagaikan Elizabeth Tan... menjadi penjenayah!

Eh.. aku terlupa. Cerita je tuh. Adeh. Terbawak-bawak pulak aku ke dalam dunia yang sebenar.


sistem dan prosedur-prosedur yang membebankan ciptaan manusia, BlueBloods 5,Sistem. Tak kira apa jua sistem, jika segalanya adil dan telus, sedikit sebanyak mungkin dapat mengurangkan kadar jenayah. 



6 comments.. read them below or add one

Uncle Zuan Uncle Zuan 11 October, 2015
nak jugak sebut nama tunang aku kat sini
kak gojes kak gojes 11 October, 2015
siapa ada duit bayar la...spy ada keadilan sikit...heheheh tp rasuah la tu kan...
reza al-razi reza al-razi 11 October, 2015
sistem ciptaan manusia mmmg banyak kekurangan.. kembali pd sistem Tuhan..
qaseh dalia qaseh dalia 11 October, 2015
Dunia skrg pun xadil 😫