Telefon Dalam Kehidupan Manusia

Masa aku sekolah dulu, telefon ni aku rasa macam bukan langsung kepentingan untuk aku. Kalau aku nak bergayut, aku akan cari Public Phone. Sampai masyarakat kat perumahan tu dah cam sangat dah muka aku, pukul berapa dan hari apa.

Dulu nak berinteraksi dengan orang pun hantar surat. Apalagi awek-awek yang aku berkenalan kat majalah-majalah Mangga. Telefon rumah ada, tapi kena kunci mangga dengan mak aku. Haha. Kalau tak, bil beratus-ratus sebulan sebab aku bergayut.

kesan-kesan daripada kecanggihan teknologi Handphone, Smartphone dan Gadget dalam kehidupan manusia sekarang,
Zaman aku dulu, telefon Tm macam ni. Tapi tahun sebelum-sebelum tu lagi Rare. 

Legend! sumber

Handphone pulak. Dulu masa aku sekolah mana ada langsung Handphone. Kalau ada tu dah kira orang kaya dah. Dah boleh beraksi angkuh, riak dan takbur dah kalau ada Handphone. Dulu Top Sony Erickson. Ada lampu kelip-kelip hijau lepas tu boleh lipat-lipat. Sampailah ketibaan legasi Nokia.

kesan-kesan daripada kecanggihan teknologi Handphone, Smartphone dan Gadget dalam kehidupan manusia sekarang,
Ni kalau ada dulu, dah kira orang kaya dah. Kalau setakat awek-awek Gomen tu, petik jari dah boleh ajak minum Milo aissumber

Jadi, dulu telefon dan jugak Handphone ni tak jadi keutamaan macam sekarang ni. Dulu hidup banyak merewang-rewang keluar, tapi sekarang ni merewang dalam Handphone je. Sampai satu tahap, kalau tertinggal Handphone, boleh gila isim sekejap tu.

kesan-kesan daripada kecanggihan teknologi Handphone, Smartphone dan Gadget dalam kehidupan manusia sekarang,

Kadang-kadang menggigil-gigil macam sangap dadah sintetik woo. Punya dasyat bahana Handphone sekarang ni. Mungkin jugak sebab dulu kalaupun ada Handphone tak boleh Online macam sekarang ni. Sekarang ni, nak masuk internet terus bukak Handphone je. Nak Shopping pun hanya bukak Handphone je. Nak cari jodoh pun hanya melalui Handphone!! Hahaha. Adeh. Apsal tetiba aku terasa ni.

Inilah penangan Handphone zaman sekarang. Zaman dah berubah dan terus mengubah terus kehidupan manusia. Daripada aktif kat luar, dah jadi anti sosial kat dalam rumah. Hehe. Harapan aku agar, kecanggihan Handphone sekarang ni tak menjadikan manusia lupa erti Sosial yang sebenar. Tak lah nanti kalau beraya kat rumah saudara mara pun asyik menghadap Hp je. Terutama generasi-generasi muda sekarang ni.

Semakin canggih kan. Cepat betul telefon berevolusi sekarang ni. sumber


kesan-kesan daripada kecanggihan teknologi Handphone, Smartphone dan Gadget dalam kehidupan manusia sekarangAku pun dah semakin menghampiri gejala Technology Addict ni. Bahaya betul. Asyik nak menghadap Handphone je. 

6 comments.. read them below or add one

✿ Ina Ainaa ✿ ✿ Ina Ainaa ✿ 28 October, 2015
Huiyooo boni pakaii iphoneeeee.. Ehh ehhh.. Tapi memang betul apa yang diperkatakan
boni kacak boni kacak 28 October, 2015
ina ainaa : hehehe. memang betul sama sekali inaa. hehe
Asyraf Asyraf 29 October, 2015
Setiap tahun ada saja telefon pintar yg betul2 pintar sampai tak sempat kita nak kejar..
Hanim Hashim Hanim Hashim 29 October, 2015
itulah realiti sebenar bila hidup dalam dunia handphone haha. Tapi memang kena hadkan juga kadang-kadang tu, tambah depan anak-anak .... kalau kita dok ngadap nanti diaorang akan ikut buat yang sama.

Haihhh ... ada dia pun payah, takda dia pun susah lorrrrr
PuteraOhtraBulan PuteraOhtraBulan 29 October, 2015
Handset Nokialah paling sempurna.sebab kalaulah jatuh bersepai sekalipun.ttp tenang boleh pasang balik dan dapt call lagi dan lagi dan lagi..heh3x
ordinary wawa ordinary wawa 29 October, 2015
Hahah, terasa saya. Perkara pertama saya buat masa pagi, tengok handphone. Kalau lupa kat rumah, sanggup balik lagi walaupun dah jauh berjalan. Kalau tak dapat balik, asyik angau jak kat handphone. Kalah angau dengan boyfriend.

http://angellovesoldier.blogspot.my/