Alvin Tan - Islam Tak Menggalakkan Keganasan

Hari ni aku terbaca satu status daripada sorang kawan aku yang agak panas dengan Alvin Tan. Aku pun agak tertarik dan aku pun terbukak Page si Alvin Tan lantas terpanas.

Okay, memang panas jugak. Si Alvin Tan buat taik lagi. Haha. Kali ni dia basuh berak dengan Al-Quran pulak.

Ikutkan aku pun panas. Tapi bila aku terbaca komen balas daripada Alvin Tan tu yang mana dia membalas setiap komen berbaur ugutan dengan ayat " Komen ni membuktikan yang Islam tu mengajar dan menggalakkan keganasan" buat aku terfikir sejenak.

Ini menandakan yang Alvin Tan ni tak faham apa tu Islam dan buat-buat faham apa tu Islam. Walaupun kononnya mendalami Al-Quran.

Tetapi dalam masa yang sama, komen-komen dari orang Islam sendiri yang memburukkan prasangka orang bukan Islam.

Bro Alvin Tan The Nerdy Boy, harap maklum. Islam tak pernah menggalakkan penganutnya berbuat keganasan. Malah Nabi Muhammad (S.A.W) yang bro hina tu pun, menghadapi segala cacian dan hinaan dengan sabar. Tak membalas pun dengan kekasaran malah dibalas dengan kasih sayang.

Tetapi, komen-komen yang bro dapat tu, tak mewakili ajaran Islam sebenarnya. Itu terjadi mungkin sebab atas faktor panas. Ye lah sapa tak panas dengan tindakan kau tu, tapi itu adalah kesalahan individu yang sepatutnya dapat mengawal diri dari kemarahan macam tu.

Benda yang sama jugak akan jadi bila agama lain contohnya Kristian, Buddha, Hindu dan lain-lain dihina dan dicabar. Jikalau setiap agama ni dihina dan dicabar, segelintir penganut-penganutnya jugak akan bertindak sedemikian rupa. Tapi itu tak mewakili agama sebenarnya, itu lebih kepada tindakan sendiri yang tak dapat mengawal kemarahan.

Apa yang membuktikan agama Islam tak mengajar keganasan? Tengoklah Malaysia. Adakah orang Islam kat Malaysia membuat keganasan pada orang bukan Islam sedangkan majoriti penduduk Malaysia adalah orang Islam? Adakah orang bukan Islam duduk dalam ketakutan kat Malaysia?Adakah mereka takut untuk dicederakan atau dibunuh?? Pernah ke orang cina tengah tunggu teksi, tiba-tiba ada sorang Melayu Islam yang menjerit-jerit dan kemudian meletupkan diri dia bersama-sama dengan orang cina tadi? Ada ke?

Jangan dikaitkan dengan jenayah-jenayah yang ada macam bunuh, rogol dan jugak merompak. Kalau nak dikaitkan, semua kaum dan semua agama terlibat dalam kes-kes jenayah ni. Jenayah tak mewakili agama. Itu adalah individu. Kalau nak dikaitkan dengan agama susahlah. Kalau macam tu, ,Buddha dan Hindu jugak menggalakkkan keganasan sebab adanya kongsi gelap yang memeras ugut dan jugak terlibat dengan kes-kes pukul dan bunuh.

Islam tak mengajar kitorang untuk melakukan keganasan.Begitu juga dengan agama lain. Setiap keganasan yang dilakukan kat bumi ni, adalah kesalahan individu. Bukannya kesalahan agama. Setiap agama mengajar umatnya menjadi baik dan terbaik. Macam tu jugak segelintir orang-orang politik. Nampak macam beragama Islam, tapi sebenarnya tak ikut ajaran Agama Islam yang sebenar. Itu bukan salah agama Islam.

Jadi, kepada orang Islam semua, aku berharap korang dapat Block Alvin Tan tu. Kalau korang tak dapat mengawal kemarahan, selagi tu budak selenga tu makin galak provok korang. Pernah tak korang terfikir, bila dia provok, tapi langsung tak ada komen langsung tak ada LIKE, agak-agak dia akan bosan tak? Itu yang terbaik.

Ingat, Islam memang suruh kita memerangi orang Kafir yang memerangi Islam, tapi itu dalam konteks berbeza. Sekarang ni cuma cacian dan hinaan, bukannya dalam situasi umat Islam diperangi oleh orang Kafir. Contoh terdekat macam yang sedang terjadi kat Palestin. Kalau situasi macam tu, memang kita berhak untuk memerangi orang Kafir untuk mempertahankan diri. Tetapi bukan dalam ceritera si Alvin Tan ni. Sedangkan Rasulullah pun menghadapi segala cacian, makian dan juga hinaan dengan kesabaran dan kasih sayang.. kenapa kita tak nak contohi sifat Rasulullah tu.

Ini adalah sekadar pendapat peribadi aku je. Maafkan aku jikalau ada tersalah dan tersilap. Cuma bagi aku, setiap kebencian itu mungkin dapat diatasi dengan kasih sayang.

isu alvin tan basuh berak dengan menggunakan AlQuran, Islam tak pernah mengajar dan menggalakkan umatnya berbuat keganasan,


Jadi, jikalau korang jenis senang panas hati.. Stop LIKE, Stop baca status-status dan Stop komen status-status si Alvin Tan  tu mulai sekarang. Mungkin dia akan bosan dan malas nak provok lagi orang Islam bila tak ada sesiapa layan dia. Meh, mengomen kat FB aku pulak. Kita sembang pasal 2.6 bilion. Hahaha.

Kepada Alvin Tan pulak, berhentilah provok. Kalau betul bro sedang memahami Islam, bro akan nampak betapa indahnya ajaran Islam ni. Dan bro, kalaulah ko diberi hidayah, aku menyambut baik kedatangan ko bro.

Last But Not Least, Islam tak pernah mengajar dan menggalakkan umatnya berbuat keganasan. Ini adalah yang betul. Jangan tengok orang Islam yang buat keganasan. Itu tak diajar dalam agama Islam, tapi itu adalah perlakuan individu tak mewakili agama.


Hidayah itu milik Allah. Apa yang perlu kita buat sekarang adalah ramai-ramai mendoakan agar Allah beri hidayah kepada Alvin Tan. Ingat lagi kisah Khalid Al Walid? Baca sejarah panglima perang Islam tu sebelum dia memeluk agama Islam. Betapa bencinya dia kat Rasulullah dan jugak agama Islam. 



6 comments.. read them below or add one

Nur Khairul Azizi Mohamad Nur Khairul Azizi Mohamad 12 November, 2015
Betul tu BK...

Jangan di layan sangat dengan Alvin tu...kalau di layan kita akan bertambah sakit hati...Mana tahu satu hari nanti Alvin dapat hidayah untuk menerima agama Islam...Bersabarlah...Allah beri dia peluang untuk buat itu & ini untuk membuatkan umat Islam marah...Amarah itu amalan syaitan....Betul tak?
✿ Ina Ainaa ✿ ✿ Ina Ainaa ✿ 12 November, 2015
Ena malas nk layan orang macam tu. Dah tak ada akal si Alvin tu.
Amir Amir 12 November, 2015
Lagi dilayan, lagi dia suka.. better kutuk and ignore, dont share
amir zahari amir zahari 13 November, 2015
memang itu yang dia nk tgk.. kemarahan dan kebodohan sstgh org islam.. jd bahan ketawa dia..
AzzAMasturA AzzAMasturA 14 November, 2015
semoga dia diberikan hidayah untuk memeluk agama Islam :)
AnonymousAnonymous 27 June, 2016
Semoga alvin tan dipanah petir.