Dalam Banyak-Banyak Keburukan Terselit Juga Kebaikan

Semalam aku bukak pelamin, tengah-tengah bukak tu aku tertengoklah kelibat sorang budak ni. Aku anggarkan awal 18atau 19 tahun. Budak lagi.

Kenapa aku tengok budak tu? Adakah muka dia macam Aaron Aziz? Atau adakah beliau nampak seakan-akan seorang Yakjuj Dan Makjuj?? Bukan. Dah tentulah bukan. Yakjuj Makjuj pun aku tak pernah tengok macam mana rupanya.

Apa yang buat aku perati budak tu,sambil dia buat kerja kemaskan meja dengan kerusi, sebelah tangan lagi hisap Vape. Wah. Hebat. Aku sendiri pun tak mampu nak kemas pelamin sambil hisap Vape. Mesti tokey dia sayang gila kat dia sebab terel. Dah lah rambut belah tengah.

Haa. Ni yang buat orang lain menyampah perangai-perangai macam ni lah. Udohlah dalam dewan, ada ramai pulak ahli keluarga pengantin kat situ. Boleh pulak dia hisap Vape tengah-tengah tu.

Ni lah yang buat buruk nama penghisap-penghisap Vape termasuk aku. Korang dah tau orang ramai tak suka, kenapa terus provok? Seolah-oleh mencabar lagi. Bila orang kutuk, kita nak melenting tapi hakikatnya kita sendiri yang buat orang kutuk kita. Jangan salahkan orang lain kalau kita sendiri yang mengundang perspektif negatif orang lain pada Vapers. Ni yang aku nak marah ni.

Ini baru KKM masuk campur, kalau dah kerajaan pusat masuk campur urusan Vape dengan atas alasan ramai rakyat Komplen? Lagi haram jadah terus diharamkan terus. Nak hisap Vape pun tak dibenarkan lagi.

Selalunya budak-budak baru nak Up ni lah yang selalu buat masalah. Makin ditegur makin melampau. Degil. Ketegaq. Sedangkan  tindakan dorang tu yang mendatangkan masalah pada diri sendiri dan jugak komuniti Vape yang lain. Rasa nak penampo je.

Semalam aku nak pergi Sound setepek kat muka budak tu, sambil hisap Vape. Tapi geng-geng dia ramai pulak. Kalau tersilap langkah, boleh makan bubur pakai Straw aku. Takpe, aku hafal muka dia. Nanti lagi sekali aku nampak dia hisap Vape tengah-tengah orang ramai, aku akan rampas Flavor dia. Lepas tu aku akan jual kat farmasi.

Cuma ada satu sikap yang aku masih boleh bangga dengan budak tu. Hari Sabtu biasanya geng-geng sebaya dia masih HUHA-HUHA berseronok sambil melepak dengan kawan-kawan, tapi dia pulak memilih untuk bekerja keras cari duit. Yang tu aku puji. Ada juga sifat positifnya di dalam hati nuraninya.

Cumanya, Part hisap Vape sambil buat keje tu nampak tak berapa Cool sangat. Kalau aku tokey dia, dah lama dah aku buang dia kerja.

Ok. Time untuk aku pulak Vape. Baru lepas cas. Bye.

penghisap-penghisap vape yang kurang ajar hisap vape di khayalak ramai, Nak aku benci terus budak tu, aku tak mampu. Sebab aku ni rasional. Aku suka tengok dua-dua Side seseorang. Jikalau ada negatif, pasti ada positifnya. Kalau asyik nak terus benci kat orang pun susah je sebab bumi tu berputar. Silap-silap ramai yang membenci kita. 

2 comments.. read them below or add one

Etuza Etuza Etuza Etuza 15 November, 2015
Salam Boni Kacak..ya betul usah terus mambuang yang buruk kita ambil hikmah sebenarnya tu...
fairus fairus 17 November, 2015
Kalau nak hisap vape, harus peraturannya seperti merokok.. Merokok kat luar bangunan sepertimana kita hisap rokok..