Ni Karnival Jualan Stabaz Atau Penempatan Zombi?

Semalam aku sempat singgah ke satu karnival jualan Stabaz yang diadakan kat UIA Gombak. Saja aku nak singgah sebab nak tengok barang-barang yang menarik jual kat sana. Aku nak Usyar Snow Cap memandangkan sekarang ni musim hujan.

Sampai kat sana, aku agak terkejut jugak lah. Ni karnival jualan ke atau penempatan zombi? Kenapa sangat krik-krik. Sendu dan sayu. Sayu dan pilu. Aku mula-mula dah goyang dah. Takut tekaan aku pasal zombi tu betul. Memang aku nak blah terus. Takut kena ngap. Tapi berkat semangat berkobar-kobar aku nak usyar awek-awek UIA, aku gagahkan jugak diri aku masuk ke dalam tu.

Aku pusing-pusing dalam tu, boleh tahan jugak barang-barang yang dijual. Bermacam-macam. Aku anggarkan ada dalam 200 kedai dalam tu. Barang-barang memang banyak. Boleh rambang mata.

Tapi... ada sesuatu yang tak berapa menarik. Kenapa bilangan pengunjung sangat-sangat sendu? Aku rasa boleh dikira dengan jari. Macam mana aku nak cari tiga orang awek comel putih gebu berbibir Pink untuk aku jadikan bini-bini aku ni.

karnival jualan starbaz di uia gombak, sekitar majlis pesta konvokesyen 2015 di uia gombak,

karnival jualan starbaz di uia gombak, sekitar majlis pesta konvokesyen 2015 di uia gombak,
Korang bayangkan sedang korang berjalan kat karnival ni berkumandang lagu Alangkah Sedihnya Hatiku, A. Rahman Hassan. Bukan ke boleh menitis air mata korang menandakan betapa sendunya karnival ni. 

Aku Totally Blurr(Bingung Sepenuhnya). Kenapa karnival yang mempunyai banyak barang-barang yang menarik, tapi tak ada sambutan?? What The Fishing On The Boat?

Paling memilukan, aku saja bertanya pada beberapa orang peniaga. Dorang cakap keadaan sendu ni dari hari pertama dorang berniaga lagi. Maknanya hari Sabtu. Hari Sabtu sampai ke hari Selasa sendu macam ni. What???

Ini macam, bukan untung yang dapat, tapi rugi ada lah.

Uish.

Mana perginya promosi besar-besaran untuk karnival ni? Tak ada promosi besar-besaran, macam mana orang luar nak tau ada nya satu karnival berlangsung kat dalam UIA Gombak?

Banner. Aku dari luar nak masuk ke pintu masuk UIA, aku tak nampak pun ada Banner untuk karnival jualan ni. Apa jadahnya. Kalau aku tak dapat apa-apa info pasal karnival ni, dah tentu aku takkan tau sedang berlangsungnya karnival jualan kat dalam UIA tu.

Itu satu hal. Ni sampaikan aku dah masuk dalam UIA pun terpaksa berhenti tanya beberapa orang awek UIA yang agak comel untuk tau mana lokasi sebenar Stabaz ni. Dah masuk pun aku tak dapat lagi nak jumpa lokasi Starbaz. Itu maknanya apa tu?

Kesian pulak aku tengok kat peniaga-peniaga tu. Modal dah keluar banyak tapi Sale tak ada. Baik depa p berniaga kat pasar malam je. Dah tentu-tentu ramai pengunjung. Tak ada lah membazir masa dan duit untuk menjayakan karnival tu.

Mungkin kita semua boleh serbu UIA Gombak hari ni. Sebab hari ni Last Day peniaga-peniaga berniaga kat sana. Mungkin sedikit sebanyak dapat membantu dorang Recover balik.

Jom ke UIA Gombak hari ni.  Pergi terjah karnival jualan STABAZ.

At Least kalau korang jejaka-jejaka yang sunyi dan memegang status bujang terlajak, boleh terjah sana untuk cari awek UIA untuk dijadikan bini.

karnival jualan stabaz di uia gombak, sekitar majlis pesta konvokesyen 2015 di uia gombak, Pelik aku. Mana nak datangnya Sale kalau pengunjung tak ada. Kesian pulak aku tengok peniaga-peniaga kat sana. 



{ 8 comments.. read them below or add one }

perubatan khalifah perubatan khalifah 11 November, 2015
kalau tak silap, jualan ni sempena majlis konvo mereka.
tapi, saya yang tinggal berdekatan, selalu masuk sana sebab nak beli lauk (serius murah), pun tak tau ada karnival kat dalam uia tu.
✿ Ina Ainaa ✿ ✿ Ina Ainaa ✿ 11 November, 2015
Kesiannyaa.. Kalau tahu dah lama tolong ajak kawan2 yang lain.. Satu universiti even lain cawangan, kesian budak2 yg berniaga tu
boni kacak boni kacak 11 November, 2015
perubatan khalifah : adeh. kalau orang yang tinggal berdekatan pun tak tau, apa lagi orang luar..

ina ainaa : itulah.. memang kesian inaa. semalam ada gak bersembang dengan peniaga, ada yang bagitau dia hanya dapat rm50 je sale dari hari sabtu.. kesian kot..
Zainab Mat Rani Zainab Mat Rani 11 November, 2015
Kesian betul kalau berniaga xde customer dtg..biasa kalau ada apa2 event or karnival ada banner kan..so that orang ramai akn berpusu2 dtg menyoping hihii

Boni kacak bujang lagi Ke. Moga cpt temu jodoh yg sesuai ye
Salam kenal dari saya
DYatie ABakar DYatie ABakar 11 November, 2015
Tgk kt ig smlm stabaz ni. Kt ig mcm meriah. X sngka sendu. Huuu.
Vander Good Vander Good 11 November, 2015
Nampaknya marketing @ promotion mereka tak berapa berkesan.
aliah aliah 12 November, 2015
sendu dorg meniaga kita Nampak.. tp sendu di hati takde siapa yg tahu..kihkihkih...