Susah Bila Dapat Menteri Samseng

Baru-baru ni aku terbaca satu artikel pasal sorang menteri yang ugut rakyat supaya tak mencabar kerajaan.

Ini masalahnya bila orang-orang atasan dah lupa asal usul. Dulu depa naik pun sebab sapa yang undi? Kalau bukan rakyat yang undi agak-agak korang boleh duduk kat atas tu tak? Atau yang undi dulu warga asing? Tu yang tak kisah nak ugut rakyat sendiri tu?

Aku dah makin muak dengan ugutan-ugutan terhadap rakyat ni. Sebelum ni tak habis-habis ugut tang Br1m. Sekarang ni nak ugut nak buat apa pulak? Nak turun hentam rakyat ke apa?

Dorang sedap-sedap duduk kat atas tak terbeban langsung dengan segala kenaikan kos sara hidup bolehlah cakap macam-macam. Yang menanggung beban ni rakyat bawahan. Ni bila kritik sikit, ugut tu ugut ni.

Ingat sikit, rakyat kat bawah ni bukan sorang dua. Berjuta tau. Kalau dah rakyat pulak naik angin, ko rasa ko boleh ke nak hadap jutaan orang kat bawah ni? Bezita pun lari lintang pukang tau. Silap-silap kuning-kuning seluar sebab tercirit.

Kalau lah aku ada Super Power macam Naruto,aku cuma nak bagi Starlight je kat dahi menteri samseng ni. Bagi ingat sikit asal-usul. Kalau tak, macam-macam lagi keluar ugutan dan Statement-Staement bodoh antaranya suruh rakyat balik kampung besarkan anak kat sana. Ni pun satu hal jugak ni. Menghalau rakyat sendiri.

Aku kadang-kadang konpius. Aku ni duduk kat negara sendiri ke atau kat Selatan Zimbabwe? Apsal aku rasa macam terjajah je kat negara sendiri ni dengan pemimpin yang kejam berleluasa kat atas? Deng.

menteri samseng sangat ke sampai nak ugut rakyat, kisah menteri-menteri kat Malaysia, Rakyat terus menerus ditindas. Inilah nasib rakyat Malaysia. Yang kaya bertambah kaya, yang miskin terus papa kedana.



1 comment... add one now

KorN KorN 11 November, 2015
agak2 knapa jadi mcm ni..? rakyat jadi mangsa. menteri boleh buat sesuka hati. janji2 semua sudah basi.

Ubah..!