Drama Kau Aku Kita Pada Pandangan Mata Aku

Okay. Buat pertama kali aku akui yang aku antara orang yang kuat tengok tb. Mungkin sebab dah jadi hobi aku dari dulu. Ye lah. Aku bukan jenis yang suka keluar rumah. Jadi, bila balik kerja, memang aku akan melepok depan tb. Aku bukan kaki lepak. Aku bukan kaki Dating. Aku bukan kaki merempit. Zaman tu semua dah habis.Dulu aku ganas. Sekarang ni masuk Mood jiwang, gedik dan manja pulak.

Jadi, disebabkan dah tak ada apa nak buat, aku akan layan drama-drama yang ada kat tb ni. Dalam pada layan tu, aku akan menilai drama apa yang Best, dan drama apa yang berkualiti.

Ada sesetengah orang ni, dia dah cop semua drama Melayu ni sama, bosan dan tak Best. Padahal tak tengok pun dah terus menilai. Macam aku pulak, aku akan tengok dulu, dan baru aku akan menilai Best ke tak. Mungkin  aku ni berfikiran rasional. Aku tak suka menghentam dulu sebelum kaji. Dah kaji baru aku akan cakap Best atau tak Best.

Memang aku akui, banyak drama-drama melayu yang tak Best. Tapi dalam pada banyak yang tak Best tu sebenarnya akan ada terselit juga drama-drama Melayu yang Best dan berkualiti. Antaranya Dia Isteri Luar Biasa dan jugak yang terbaru ni Kau Aku Kita. Dan.. ianya.. adaptasi daripada novel. Heh heh.

sinopsis dan review jujur drama tv3 kau aku kita, barisan pelakon drama tv3 kau aku kita, apa yang membuatkan drama kau aku kita menarik best dan menghiburkan,


Nampaknya penulis novel lebih mempunyai idea dan fantasi yang lebih Best. Itu kita kena akuinya.

Hari ni episod Last Drama Kau Aku Kita. Apa yang aku boleh simpulkan, drama yang ni Best. Dan jalan cerita dia agak lain dari yang lain walaupun tetap menerapkan jalan cerita seorang lelaki kaya dan ada nama bercinta dengan awek miskin tapi comel putih gebu berbibir Pink. Tapi, walaupun macam tu, jalan cerita direka dengan sangat menarik dan menghiburkan.

Jadi, tak ada lah asyik terperap dengan Scene-Scene dalam pejabat, baju Tuxedo, baju kot bertali leher Pink, kasut kulit berkilat-milat sampai sebatu boleh nampak Shining dia.

Kekuatan drama ni dah tentulah jalan cerita dia yang menarik, ringan, dan paling penting kelako. Ada unsur kelako romantik, dah tentu ianya mampu buatkan sesuatu drama tu kuat. Sama jugak macam Dia Isteri Luar Biasa. Ada diselit unsur-unsur kelako dalam jalan cerita dia. Jadi, penonton yang mudah terhibur macam aku ni akan Enjoy.

Bila ada keEnjoyan di situ, jangan risaulah. Pasti penonton akan suka. Dan akan terkesan dengan watak yang dicipta tu. Walaupun ianya adalah watak ciptaan sang penulis. Tapi watak dia tu akan orang ingat sampai bila-bila. Macam Raden Amzar dengan Dewi Yusra. Kali ni Im Aus dan jugak Iman Firdaus pulak.

Nampak, dalam banyak-banyak drama, aku terkesan dengan dua ni je. Tuan Anas Mikael pun masih belum mencapai piawaian yang aku nakkan.

Aus.. Kau tau tak. Aku ada 2 tangan.. Aku ada 2 kaki... 10 jari tangan 10 jari kaki... Kau boleh sakitkan mana-mana pun aku tak kisah...
Tapi, kenapa kau mesti sakitkan hati aku? Hati aku cuma ada satu jer. Sampai hati kau.. 

Iman.. I.... Geramm Kat U!!  

Nampak, masih terngiang-ngiang dialog ni. Aku rasa bukan aku sorang je yang masih terngiang-ngiang dialog ni, tapi aku rasa ramai lagi. Maknanya watak-watak dalam drama ni betul-betul melekat kat diri penonton. Bukan senang nak capai tahap cenggini tau.

Tak ada ke drama bersiri yang mengetengahkan hero dari kebanyakan lelaki melayu yang tak kaya dan keje bawahan.. Contohnya hero yang hanya keje sebagai pekerja kantin sekolah ke, tukang kebun sekolah ke. Ini baru realiti. Lelaki Melayu kat Malaysia ni bukannya majoriti jutawan. Buatlah kisah lelaki-lelaki Melayu yang biasa. Macam aku ni ke. Kalau perlukan watak hero tu, aku ada. Jangan risau. Heh Heh. 



3 comments.. read them below or add one

luqman zakaria luqman zakaria 11 December, 2015
drama nih memang best ..tengok satu episod jer dah boleh melekat sampai habes..hehe
AIDIL HAKIM AIDIL HAKIM 11 December, 2015
Saya dapat tengok episod akhir je sebab ep pertama adalah exam week.Tapi apa pun memang best gak la cuma rasa ada certain babak yng mcm kaku hahahah.
Laras Riswana Laras Riswana 18 April, 2017
AGEN DOMINO Terpercaya di Indonesia VIPQIUQIU99.COM Merupakan Situs dengan Server Terbaik serta Permainan yang Fair dan Nyata, 200%(NOROBOT). Proses Transaksi Deposit & Withdraw Tercepat dengan Tingkat Keamanan Terpercaya. VipQiuQiu99.com juga Menyediakan 6 Games yang dapat Dimainkan hanya Menggunakan Satu ID :
- Play Domino99
- Play AduQ
- Play BandarQ
- Play Poker
- Bandar Poker
- Capsa Susun
- Sakong
Untuk Deposit & Withdraw hanya Rp,20.000
Member juga bisa mendapatkan Bonus yang sudah kami sediakan yaitu :
- Bonus Refferal 10%+10% Setiap Jum'at
- Bonus Turnover 0,3% Setiap Senin
Untuk Keterangan Lebih Lanjut Atau Jelasnya Silahkan Hubungi Kami Melalui :
- Live Chat
- No.Hp (+85570931456)
- Bbm (2B48B175)
- Fecebook (VIPQIUQIU99)
Buruan Bergabung Bersama kami Di VIPQIUQIU99.COM atau Klik Link Kami : https://goo.gl/pAGgYe dan Nikmati Berbagai Permainan Serta Promo yang telah Kami sediakan untuk Para Pecinta Judi Online!!!