Tm Malaysia Memang Amat Mengecewakan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera para-para pembaca blog bonikacakdotcom dan juga para #PeminatTegarBoniKacak. Nampak tak? Setelah hampir dua minggu aku tak Update blog. Bukan sebab gigi aku terbelah dua, apa lagi ketumbit merayau-rayau kat mata aku mahupun kena tangkap sebab hisap Vape. Tapi ni semua angkara masalah Streamyx yang aku alami sejak 19 November 2015. Dan semalam baru ok.

servis tm streamyx malaysia yang sangat mengecewakan, apa yang perlu dibuat jika streamyx mengalami kerosakan,

19 November 2015 weh! Sampailah 1 Disember 2015. Ko rasa apa? Korang tak rasa ke kalau kucing aku jatuh tangga, dia akan baik seperti sediakala dalam tempoh masa tu. Hampir dua minggu. Deng!

Report pertama 19 Novmber 2015 : 1-13058844160
Report kedua 26 November 2015 :  1-13147629243

Bagi seorang peniaga Online dan mencari Income kat dalam internet, adalah sangat-sangat merugikan aku. Bila aku tanya TM nak bayar tak gantirugi aku tu? Nescaya dorang sikit pun takkan nak bayar. Apa dorang peduli. Lantak lah kalau Customer depa tertonggeng tak ada duit pun, yang penting Customer bayar bil setiap bulan.

servis tm streamyx malaysia yang sangat mengecewakan, apa yang perlu dibuat jika streamyx mengalami kerosakan,

Bayangkan aku yang terhegeh-hegeh telepon pihak TM nak tanya apa status Report aku. Update dengan aku pun tak ada. Sakitnya hati aku. Hari-hari aku dengar lagu Cita Citata, Sakitnya Tuh Di Sini untuk menambahkan lagi Effect sakit hati aku tu. Kesian kat Operator yang tak bersalah kena marah dengan aku. Mereka adalah gadis-gadis yang tak bersalah yang mungkin comel dan memiliki kulit gebu berbibir Pink. Rasa bersalah pulak aku. Tapi apakan daya, aku kena tegas sebagai seorang pengguna.

Tapi sayang, setegas-tegas aku... masih lambat jugak pihak TM ambik tindakan. Ye. Aku tau, tempat aku ni hulu bendul, tapi janganlah buat macam tu. Macam Double Standard pulak. Mungkin jugak sebab kat sini tak ada VVIP duduk agaknya. Tu yang buat remeh temeh je masalah ni.

servis tm streamyx malaysia yang sangat mengecewakan, apa yang perlu dibuat jika streamyx mengalami kerosakan,

Disebabkan panas aku menjadi-jadi, aku buat Report kat SKMM. Lepas buat Report kat SKMM, malam tu sekali lagi aku telepon Telekom. Cakap Direct dengan bahagian teknikal. Kena lagi marah. Macam-macam lagi alasan dorang bagi. Yang aku panas tu, bila aku dah mengamuk baru nak bagitau Progress demi Progress. Apahal sebelum tu diam membisu je. Tak boleh ke telepon aku untuk Update perkembangan. At Least aku tau. Dan sejuk sikit hati aku yang panas menunggu punya lama. Ni tak. Biarkan aku tergantung ibarat seorang isteri yang ditinggalkan macam tu je. Digantung tak bertali. What the Fishing Is That?!

Dan ajaibnya. Tak sampai sehari, setel terus masalah aku. Senang pulak setel? Punya lama aku menunggu daripada 19 November 2015 hari tu, buat apa je??


Ok. Aku Totally kecewa dengan Servis daripada TM. Serius. Tapi apa pilihan yang aku ada selain Streamyzx? Unifi? Lagi jauh panggang dari api. Bertahun-tahun menunggu ibarat cicak yang tersepit kat celah kangkang kuda. Servis lain? Memang tak ada Coverlah kat kawasan aku ni. Nama pun hulu bendul. Mana ada kepentingan kat dorang pun. Padahal dorang tak tau, kat Area aku ni, bersepah-sepah orang berniaga Online. Jangan pandang kitorang sebelah mata beb.

Blogger seperti aku, merangkap peniaga Online, sememangnya amat memerlukan internet 24 jam sehari. Itulah nadi untuk aku meneruskan kehidupan aku. Dah jadi macam ni, ada tak pihak TM nak bayar gantirugi kat aku? Memang tak ada lah. Paling kuat pun Rebat untuk bil aku.

Bengang aku sampai sekarang tak habis lagi. Setiap bulan aku bayar cantik. Macam ni balasannya. Ibarat aku dapat sorang awek. Aku hadiahkan macam-macam termasuklah cincin tikam telur 50 sen, tapi akhirnya dia lari dengan jantan lain yang banyak duit. Hmm.. Macam tak kena pulak dengan kisah TM ni. Arghh. Lantaklah!


Harapan aku agar pihak TM akan lebih mengkualitikan servis. Kitorang bayar bil setiap bulan. Naik harga pun kitorang Redha je. Bayar jugak. Tapi bila servis macam ni, agak-agak kitorang menyampah tak bayar bil setiap bulan? Agak-agak siapa yang tak akan naik angin. 12 hari masa diambik untuk setelkan masalah Streamyx. Ko rasa?

Owh ye. Lagi satu. Aku masih tertanya-tanya sampai sekarang. Dan aku perlukan jawapan. Port internet kat luar tu katanya amat sangat sensitif. Termasuklah sensitif pada petir, guruh dan cuaca panas. Tak ada ke kajian untuk UPGRADE menatang tu supaya ia tak sensitif lagi? Daripada terus menerus TM tanggung kos untuk tukar ganti benda tu berkali-kali, lebih baik UPGRADE je. Kan boleh jimat kos tu. Andai kata dah ada.. kenapa tak gantikan?

servis tm streamyx malaysia yang sangat mengecewakan, apa yang perlu dibuat jika streamyx mengalami kerosakan,Perasaan kecewa di hati aku ni masih lagi bersarang dan tak hilang-hilang lagi. 

4 comments.. read them below or add one

Yana Nana Yana Nana 02 December, 2015
pilihlah tenet burung antu
nuyui a.k.a miss YUI nuyui a.k.a miss YUI 03 December, 2015
dh 2 kali kena port tu.. pdhl time tu xde guruh apa kedgrn.. tiba2 je rosak..

dua kali kena, ptong trus, sng!
KorN KorN 03 December, 2015
beberapa hari lepas aku ade baca artikel. die mengadu kat tm, and follow step dia, pastu bila tm akan bagi rebate, dimana kau akan dpt certain jumlah amaun yg telah di deduct utk bayaran pada bulan trsebut. nanti kalau aku jumpa balik artikel tu aku tag kau.
KorN KorN 03 December, 2015
ok boleh tgk sini

http://thevocket.com/bagaimana-tuntut-rebat-daripada-tm-apabila-berlakunya-gangguan-internet/

harap membantu