(Video) Roti Canai Terbang Pun Ada Kat Kuala Lumpur

Roti canai terbang. Aku ingatkan itu mitos ataupun lagenda rakyat Filipina je. Rupanya itu benda betul yang jugak wujud. Baru aku tau rupanya sebelum ni dah ada dah roti canai terbang kat Melaka. Owh. Menarik.

Tadi aku minum petang dengan bos dan jugak Member opis. Dan depan mata aku, aku nampak lagenda tu terjadi depan mata. Pergh. Teruja terus aku. Eksaited seolah-olah ternampak Janna Nick kat depan mata tengah kenyit-kenyit mata kat aku.

video-video roti canai terbang, di mana lokasi untuk makan roti canai terbang di Plaza Damas kuala lumpur,
antara aksi menarik

Teruja dia lain macam woo. Seumur hidup aku, ni pertama kali aku nampak roti canai terbang depan mata aku sendiri. Macam persembahan magik woo. Tak percaya jom kita tengok video dia. Macam-macam skil wooo.

video

Menarik kan? Lagi menarik bila encik penebar roti canai tu izinkan aku rakam perbuatan senonoh beliau tu. Pergh. Dapat video eksklusif aku. Heh heh. Teruja aku sampai aku tak pedulikan hadirin dan hadirat yang ada kat restoran tu. Apa lagi aku ni #MudahTerhibur. Idola gadis-gadis Rusia pulak tuh. 

Nampak macam mana lembut gila tangan dia memutar-mutarkan tepung roti canai tu kat udara. Selamber je dia. Dah macam tengah main yoyo. Aku rasa nak je beli yoyo kat 7e masa tu, lepas tu berduet dengan dia. Baru aku dapat menumpang kehebatan Brader ni. Dapat tempias glemer sikit pun jadi lah. Haha.

Okay. Nampaknya bukan kat Melaka je ada roti canai terbang, kat Kuala Lumpur pun ada. Kalau korang nak tengok kehebatan Brader ni, korang boleh datang ke Plaza Damas, Jalan Sri Hartamas. Cari satu kedai betul-betul kat sebelah Aji Don. Mana tau korang boleh jumpa dia lepas tu mintak tandatangan aku. Err. Cam tak ada kena mengena lak kan. Okeh. Korang boleh makan sambil berhibur.

video-video roti canai terbang, di mana lokasi untuk makan roti canai terbang di Plaza Damas kuala lumpur, First Time tengok. Eksaited len macam. 



4 comments.. read them below or add one

muja muja 22 December, 2015
hahaha.. teringat cerita senario dulu.. roti canai terbang satuuuuu
fairus fairus 22 December, 2015
Nampaknya sudah ramai boleh menerbangkan roti.. Hehehe
Etuza Etuza Etuza Etuza 28 December, 2015
wah terbang tinggi ya..Boni lama tak ada entri ni ..agak nya sibuk kan..
Cik Itah Cik Itah 02 January, 2016
macam kelakar ja baca entri ni. ayat+ boni lawak je :D