Aku Tak Pernah Ikat Perut Masa Aku Bergelar Student

Tengah berkelana sekarang kat Facebook pasal Student ikat perut sampai terluka usus. Pergh, agak menakutkan jugak bila aku terbaca pasal tu. Hampir-hampir aku diserang kemurungan melampau akibat kisah tu.

kisah mahasiswa dan pelajar yang ikat perut selepas perlaksanaan GST, bagaimana cara terbaik untuk jana duit dan pendapatan secara online semasa belajar,

Ok. Ni aku nak cerita masa aku further study kat Perak dulu. Dulu, aku tak pernah ikat perut. Aku antara Student yang masyuk jugak dulu. Dah lah masyuk, kacak pulak. Memang menjadi igauan sang gadis-gadis berkulit gebu berbibir Pink. Aku dulu bergelar saudagar a.k.a usahawan masa aku Study dulu.

kisah mahasiswa dan pelajar yang ikat perut selepas perlaksanaan GST, bagaimana cara terbaik untuk jana duit dan pendapatan secara online semasa belajar,

Tapi bisnes yang aku buat adalah bisnes yang sangat berisiko. Aku jadi tokan rokok. Aku jual batang. Seminggu aku beroleh lebih kurang RM200. Tu seminggu. Kalau sebulan?  Cuba korang kira. RM200 x 4 = RM15,000. Hampir-hampir jugak aku nak keluar sebijik Ducati dulu.

Tapi tu bukan soalnya. Sebenarnya para Student kena ikhtiar sesuatu untuk cari duit poket. Tapi jangan buat bisnes yang aku buat. Bisnes aku bisnes yang berani mati. Bisnes golongan-golongan Gangster asrama. Anytime boleh kena tindakan disiplin. Tapi dulu aku main langgar je. Sebab bisnes rokok bisnes yang sangat Best dan paling masyuk masa tinggal kat asrama. Heh heh. Nasib baik tak pernah kantoi je. Kalau kantoi tu, jatuh miskin papa kedana aku balik.

kisah mahasiswa dan pelajar yang ikat perut selepas perlaksanaan GST, bagaimana cara terbaik untuk jana duit dan pendapatan secara online semasa belajar,
Gambar sekadar hiasan. Aku bukan Johan As'ari. sumber

Ok, sambung balik. Bagi aku Student kena berfikir sesuatu untuk menambah duit poket. Penat memang ler penat, tapi itu sebenarnya latihan dan ikhtiar kita untuk melatih kita menghadapi kesukaran selepas dunia belajar. Jadi, bila korang sedang mengalami krisis kewangan di dalam kehidupan, korang akan tau kat celah mana korang nak dapatkan duit.

Aku cerita pasal hidup aku sendiri. Aku pernah jatuh tertiarap lebih kurang 2 kali dalam hidup lepas Company aku kerja ada krisis kewangan. Lepas jatuh tu, aku cari keje. Aku cari keje kat kedai serbaneka, kedai 2 ringgit, 7e.. tapi semuanya kena Reject. Aku pun tak faham. Sebegini punya kacak, suara sedap, pun susah nak dapat keje. Jadi, dalam masa menganggur tu, ilmu-ilmu cari duit masa belajar dulu lah yang banyak membantu aku cari duit. Aku ikhtiar macam-macam. Ada hasil daripada internet dan selebihnya hasil daripada Part Time aku pasang pelamin dengan butik Issyaz Wedding. Alhamdulillah. Ada hasilnya walaupun tak kaya. At Least aku dapat bertahan sampailah aku dapat keje balik.

Kali kedua Company aku keje bermasalah jugak. Aku kembali menganggur. Tapi aku usaha lagi cari duit secara Online. Alhamdulillah. Itulah yang membantu aku Survive sampailah aku kembali bekerjaya. Aku tak pernah mintak duit kat sesiapa. Alhamdulillah. Lagipun aku dah takut nak mintak duit. Hutang yang lepas pun tak setel lagi. Jadi, cukup-cukuplah aku berhutang. Aku ikhtiar sendiri cari duit walaupun tak seberapa. Semuanya membantu untuk aku Survive di kala sedang terjatuh terduduk meringkuk merangkak menguis-nguis tanah untuk bergerak.


Kesimpulannya, Student kena ikhtiar sesuatu untuk menambah duit poket. Ikhtiar-ikhtiar tu lah yang akan menjadi ilmu berguna kat korang satu hari nanti. Ianya sangat-sangat membantu. Jangan jadi manja sangat. Mak bapak pun kena main peranan supaya tak manjakan anak. Janganlah sampai duduk atas lantai pun korang dah meroyan. Itulah punca-punca lahirnya produk yang manja, lemah, tak bermutu, tak berdaya saing, tak boleh hidup susah. tak mampu mencari apa-apa ikhtiar dan penyelesaian bila dilanda kesusahan, mati pucuk, mandul, rambut sikat belah tepi, muka seakan-akan artis KPOP, kulit senipis kulit bawang, baru tersepak batu tapi kaki kiri kanan putus, dan macam-macam kemanjaan melampau. Last-Last jadilah mereka-mereka tak pernah rasa hidup susah. Bila ditimpa sesuatu kesusahan, terus terjatuh tak mampu nak bangun-bangun.

"Muka dah comel-comel lawak macam Kajol cenggini takkan nak jual rokok wahai abang Boni yang kacak, bersuara sedap dan berbadan seksi?"

Kan aku dah cakap. Jangan jual rokok. Banyak lagi cabangnya. Contoh,

1. Drobship aksesori Hp.
-Pergh, yang ni kalau korang buat bebetul, silap-silap korang boleh jana income sampai rm5000 sebulan. Aku tak bohong woo.

2. Drobship produk kecantikan
- Contoh sabun pencuci muka. Yang ni Student perempuan cukup suka.

3. Buat Income secara Online
- Contoh buat Affiliate. Yang ni korang boleh pilih lagi nak buat produk dalam negara ataupun luar negara. Berapa ramai Otai-otai Affiliate jana duit untuk hidup melalui Affiliate je. Dah terbukti. Dah ada pun yang berjaya contohnya jejaka Cendol Banting berkaca mata rabun jauh Encik Titan (boleh klik). Cikgu ni. Korang boleh tanya dia macam mana nak berjaya dalam Affiliate.

4. Jual Topup.
- Yang ni pun laku woo kalau dok kat asrama. Student berapa kerat je tak ada kapel. Ramai yang dah gatal bulu ari-ari nak kahwin Time belajar. Alasan kapel untuk naikkan semangat belajar tu tahyul je. Puihh.

5. Jual Flavor Vape. 
- Hahaha. Yang ni aku gurau je. Jangan buat pasal. Nanti kena tangkap. Jual ketum takpe. Eh!

Semua peluang buat duit yang aku sebut kat atas ni, semuanya tak perlu modal pun. Tak perlu berpenat lelah membanting tulang empat kerat sangat. Cuma perlu otak yang kreatif untuk pasarkan apa yang korang jual tu.

Nak lagi? Korang kena cari sendiri peluang tu. Tak boleh lah makan suap je. Ikhtiar sikit. Aku dah Share tu pun dah kira okay dah. Bersyukurlah nak. Korang kena berterima kasih kat aku dengan belanja aku setiap Movie yang keluar kat wayang sepanjang 2016 ni. Dan mungkin korang kena ikhtiarkan supaya Janna Nick dengan Elizabeth Tan kapel dengan aku.


Owh ye, lagi satu.. Kerajaan pun kena jugak ambik tau pasal isu Student ikat perut ni. Sebab janganlah terlalu tekan rakyat. Kos sara hidup yang sangat tinggi sememangnya antara faktor terbesar menderitanya rakyat-rakyat dan jugak Student-Student ni. Kitorang dah sedia susah dengan kos sara hidup sekarang ni, jangan ditambah lagi kesusahan yang ada ni. Bagi kitorang ruang untuk bernafas jugak. Ni tak,  dah terhimpit, dihimpit lagi dengan macam-macam kenaikan kos sara hidup lagi. Kalau terus naik dan naik, buat 10 keje pun belum tentu cukup. Paham?

Ok, cukuplah aku membebel setakat ni. Jumpa lagi nanti. Aku nak kompos lagu. Mana tau boleh jual kat Akim Ahmad.

kisah mahasiswa dan pelajar yang ikat perut selepas perlaksanaan GST, bagaimana cara terbaik untuk jana duit dan pendapatan secara online semasa belajar, Hidup ni memang banyak dugaan. Yang penting kita tak menyerah kalah. Itu yang paling penting. Lawan dan terus lawan. 




{ 22 comments.. read them below or add one }

Ms Qiya Saad Ms Qiya Saad 12 January, 2016
Betul tu Boni Kacak, tersepit macam mana pun tetap kena usaha sendiri. Jangan asyik harapkan bantuan orang lain je. Zaman sekarang ni da biasa sangat student kerja part time. Contohnya saya ni, kerja sambil study..tapi family bising juga la sebab tak graduate on time. Dah tu nak buat macam mana tak kan nak minta duit mak ayah je kan..
boni kacak boni kacak 12 January, 2016
qiya : betul tuh. hehehe
✿ Ina Ainaa ✿ ✿ Ina Ainaa ✿ 12 January, 2016
Ena alhamdulillah, setakat ni tak pernah ikat perut... Duit elaun yang ena dapat pun cukup2 je kalau pandai berjimat... lepas tu ada tambahan duit dari berblog, so duit parents bagi ena simpan untuk maintanance kereta... Kekadang ena ikat perut gak, time waktu malam sebab mencegah diri dari terus membolat.. ahaks
Blogs of Hariyanto Blogs of Hariyanto 12 January, 2016
jualan rokok ??? alamakkk...terpaksa aku ikut-ikutan ikat perut kalo begitu...
maaf baru sempat mampir ke blog super keren ini...keep happy blogging always..salam dari Makassar - Banjarbaru, Indonesia :-)
♥ aiNa yaZiD ♥ ♥ aiNa yaZiD ♥ 13 January, 2016
Alhamdulillah sepanjang belajar x pernah ikat perut. Kena pandai jimat & tak amal kan gaya hidup dan makan yang mewah. Huhuhu. Yg penting elakkan mintak mak ayah, cuba usaha n belajar hidup tanpa bantuan. sekian mukadimah malam ni. Haha.. ^^
Kàkzana Kàkzana 13 January, 2016
Boni. ..Kdg2 student ni suka bermewah, dpt duit sikit beli iPhone, kamera mahal dll. Tak kata semua la tapi nampak depan mata dlm family. Seharusnya duit belajar kena betul2 jimat, tolak tepi nafsu. Mmg student perlu itu semua tapi jgn sampai menyusahkan diri. Satu lagi, kenapalah tak boleh masak di asrama? Kalau masak sendiri sah2 boleh jimat. Kesian akak tgk student mkn luar ni, takde pilihan.bawa Rice Cooker, beras, tepung dll kena sound bila ternanti. Budak2 tu nak masak mkn sendiri je bukan merosakkan harta kerajaan pun. Pihak atasan kena lebih membantu mereka ni nak bina masa depan. Kat luar negeri tu student boleh beli kereta sendiri. Kita? Transport nak keluar pergi mkn pun kdg2 kena call pakcik van. Akak tak pernah masuk u tapi anak akak insya Allah akan menghadapinya.
Kakzana Kakzana 13 January, 2016
Terkantoi ayat sebenar "ternanti" tu 😀
Ija Rased Ija Rased 13 January, 2016
makanan cafe mahal itu betul, student sy pun mengalami nasib yang sama bab beli makanan kt cafe,terlampau mahal bagi mereka. so pihak berwajib perlu la pantau.

ma ❥ ma ❥ 13 January, 2016
tmbah tips tu. masak sendiri bak kata menteri hikhik.
semoga kita semua tabah menghadapi dugaan kos sara hdp ni..grr
fairus fairus 13 January, 2016
Usaha tangga kejayaan.
Cik Itah Cik Itah 14 January, 2016
susah nak cakap. dulu masa jadi student tak pernah pulak ikat perut tapi itulah hidup dengan makan maggie hahaha :D

p.s usaha penting untuk mereka yang bergelar student ataupun yg sudah bekerja dalam kehidupan :)
Etuza Etuza Etuza Etuza 17 January, 2016
asalam BK kesian pula kan student ikat perut..tak mustahil tu..ibubapa kena perihatin sebenarnya...
Etuza Etuza Etuza Etuza 17 January, 2016
Dulu saya study ...dekat maktab perguruan ada elaun hummm!! tak cukup looo...makan berjimat lah..ala kadar ja. baru tak ikat perut BK..
lepas tu kat UNiversiti..hahaha minta belanja kat isteri lah pula..boleh tak gitu kan...baru tak ikat perut..janji ikhlas
Vander Good Vander Good 20 January, 2016
Hai, salam singgah. Wah, baguslah sudah pandai berniaga time jadi student. Dulu nak juga buat bisnes printing di hostel tapi tak kesampaian...haha
siti hazreen siti hazreen 31 January, 2016
alhamdulillah, saya tak pernah ikat perut masa belajar. siap boleh belikan family barang2...student sekarang ni ada kereta, duit mungkin nak byr sewa kereta...duduk pulak rumah sewa, guna iphone, beli telefon mungkin yang pakai pakej telekomunikasi (byr bulan2)...kalau ade awek...kena belanja awek hari2 semua ni pakai duit
Si Matatajam Si Matatajam 31 January, 2016
Akak dulu pun xpernah ikat perut ngan kain camtu...kikiki jimat cermat tu biasa la kan.. Org susah..huhuhu.. Akk wat bisnes top up... Duit ptptn siap blanja family lagi...
ordinary wawa ordinary wawa 05 February, 2016
Teringat masa belajar dulu, makan nuget sekeping sekali makan. Hahah.

http://angellovesoldier.blogspot.com/
Aimaniman Ezaiza Aimaniman Ezaiza 07 February, 2016
salam.. rindu ber bw, akak bw kat sini le, baca je entri ni memang ketawa nak pecah perut, bukan ikat perut macam dlm gambar, agi haru ye, pecah perut! time akak study dulu taun 60-an, kira ikat perut juga le nak kumpul duit syiling nak tepon pakwe sbb kene guna public, mn ada hp bagai...
muhammad nizam muhammad nizam 09 February, 2016
jual shaklee pun boleh.. hubungi saya sekarang..!!

part jual flavor vape tu kos serius kan... bukan gurau khennnnn...

Akak Kembang Akak Kembang 15 February, 2016
Perghhhh!!! Kaya ko boni tp student skrg takde duit sb lebih ke gajet...
Tambah Berat Badan Tambah Berat Badan 23 February, 2016
Serius aku setuju, dulu aku pun buat side income masa jadi student. walaupun tak byk at least dapat tampung duit belanja hari2
Zizie Zack Zizie Zack 25 February, 2016
aku dulu tak ikat perut tapi berlapar terus... huhuhuhu....