Dilwale Masih Belum Kuat Sebenarnya

Assalamualaikum semua. Aku terlupa sebenarnya aku ada blog. Tu lah punca utama blog aku tak berUpdate.

Ok, hari ni aku nak Update pasal filem Dilwale sebab sekarang ni tengah Hot filem ni. Meletup-letup. Kebanyakan bagi lima bintang cakap BEST.


Ok, ni aku nak Review jujur tau. Jangan pulak peminat SRK dengan KAJOL kecam aku. Aku pun peminat dorang jugak. Terutama SRK. Aku kalau jumpa dia aku panggil, "Dey Macha!" je. SRK ni cakap je filem apa yang aku tak tengok? Kuch Kuch Hota Hay, Baadshah, My Name Is Khan, Kabhi Kushi Kabhi Gam. Ni pun baru separuh je ni.


Ok. Balik semula kat filem Dilwale ni. Semalam aku dah tengok dah filem dia. Tapi entah kenapa, aku rasa filem ni tak berapa kuat dari segi jalan cerita dia. Lakonan, lagu dan Cinematopornography.. cinematophotopho.. cinematograpo.. adoi.. macam mana nak eja menatang ni.. Korang faham kan apa yang aku nak sampaikan tu. Elemen-elemen tu boleh tahan. Lagu Best, sampai aku ulang-ulang berpuluh kali,  lakonan SRK dengan KAJOL memang tak boleh disangkal lagi. Memang serasi dorang tu. Dan lokasi dorang Shoot pun memang menarik. Cuma dari segi konsep dan jalan cerita dia biasa-biasa je.


Aku tak cakap tak Best ye. Best memang Best.. Sesuai dengan jiwa masyarakat Malaysia yang sukakan elemen kelako dan romantik.. ditambah dengan sedikit aksi.. tapi dari segi konsep dan jalan cerita dia masih 'Biasa'.


Jujur.. Bagi aku,  Bajrangi Baijan lebih kuat daripada segi konsep dan jalan cerita dia... walaupun aku bukan peminat Salman Khan.


Konsep dia menarik. Memang boleh tersentuh hati sapa yang menontonnya. Menonjolkan elemen kasih sayang yang sangat besar. Tersangat besar disebabkan perbezaan agama dan negara yang saling bermusuh antara satu sama lain.

Lagi satu budak perempuan yang berlakon dalam ni. Memang comel teramat. Muka innesen betul. Aku suka tengok muka dia. Besar-besar ni mesti lawa kebabus. Lagi 10 tahun, aku akan cari budak ni kat Pakistan dan aku akan ajak dia bernikah dengan aku.


View-View dalam filem ni pun memang cantik. Cantik yang amat. Aku rasa macam nak ke Pakistan je lepas tengok filem ni.

Cuma aku agak musyhkil imej Islam yang ditonjolkan dalam filem ni. Nampak agak keras. Dan macam Islam Syiah je. Part ni je lah yang agak Annoying sikit dalam filem ni. Yang lain-lain, aku bagi 5 bintang untuk kualitinya.

Aku bukan nak bandingkan antara dua filem ni. Cuma aku nak korang tengok jugak filem ni kalau korang penggemar filem berkonsepkan kasih sayang dan cinta sesama manusia. Filem ni jalan cerita dia kuat dan konsep dia menarik. Korang pasti akan berterima kasih kat aku sebab kenalkan korang dengan filem ni. Dan lantas korang akan terasa nak belanja aku Candle Light Dinner 3 malam berturut-turut.

Aku cakap sebab aku mampu tengok filem ni lebih dari sekali. Maknanya aura dia kuat.

Satu lagi filem yang aku nak tengok ni Filem Aamir Khan. Aku dengar kat Bollywood sekarang Ranking nombor 1. Tapi aku tak tau apa tajuk filem dia. Aku nak tengok samada Best atau tak.. Atau biasa-biasa je.

Last But Not Least.. Mohon jangan kecam aku. Aku tetap peminat SRK dan KAJOL. Terutama KAJOL lah semenjak dia putih dan cantik ni.

{ 20 comments.. read them below or add one }

Aqilah Azmi Aqilah Azmi 06 January, 2016
Hehehehe betul. Baru nak kecam tp mcm eh. Betul lah hahahahahah. Suka SRK & Kajol sampai overshadow the flaws abt the movie hiks.
Tah lah, best Dilwale ni part plot twist dia kut. Hehe. Abg gangster pastu main rewind rewind pastu romantic 5 mins date tu hihihihik. And much more lah kan hihu.

Ha!! Filem Aamir khan tu yg nama dia PK!!!!

Tu sumpah best. Ramai gila indians themselves kecam cerita tu sbb mcm nak tunjuk siapa Tuhan sebenarnya? Sbb Aamir Khan dlm tu dia jd alien pastu nak cari kenapa ceni kenapa centu so nak cari tuhan pastu obviously tuhan hinduism mcm tak betul huhu.

3 idiots pun da best dot comz!!!!

Sorry terpanjang comment ahaha sbb baru tgk Dilwale for the 2nd time tadi hiks. So mcm fresh gitu. Nway THANK U FOR THE MOVIE RECOMMENDATION HEHE. Cerita Salman Khan tu mcm pnh tgk trailer tp lupa nk check it out hehe thankssssssssssssss
Aqilah Azmi Aqilah Azmi 06 January, 2016
Ya allah sumpah karangan hahahahahaha sorry kbye
boni kacak boni kacak 06 January, 2016

aqilah azmi : hahahahahaha.. boleh buat satu entri tu.. hahahaha
Mama Kembar 3 Mama Kembar 3 06 January, 2016
yup jln cerita dilwale simple ja. tapi tetap suka & enjoy tgk, sbb mmg tak suka heavy drama sgt hehe. lagu mmg best...dok ulang tgk video klip gerua tak puas puas lagi hahaha
amir zahari amir zahari 06 January, 2016
Sib baik tak gi tgk kat panggung..hahaha tunggu DVD bluray je la..
Amir Amir 06 January, 2016
masih belum tengok. ramai cakap best,mesti awek2 yang cakap best ni. hahaha
titan titan 06 January, 2016
dua-dua tak tengok lagi.

sibuk layan drama budak sekolah.
✿ Ina Ainaa ✿ ✿ Ina Ainaa ✿ 06 January, 2016
Tak tengok lagi Diwale ni. Tak berapa minat hindustan. Hehehe
Iha Zaliza Iha Zaliza 06 January, 2016
Haaa lamanya tak komen sini. Boni pun mesti dah tak ingat kita dah, haha. Ekceli pasal Dilwale ni, haritu memang rasa frust sikit bila tengok, sebab plot dia tak berapa gah sangat. Saja cerita kat kawan Hindustan yang kita baru lepas tengok, dia sendiri cakap dia tak tengok Dilwale sebab kat India cerita ni dapat bad reviews. Selalunya SRK akan pegang watak2 yang unik dan agak berat. Jadi agak pelik jugak bila dia pegang watak simple dan tak banyak songeh macam filem2 lain. Baidewei totally agreed dengan Boni cakap pasal cerita Banjrangi Bhaijaan tu. Haritu pun kita automatik terbuat perbandingan dua2 cerita ni. Filem Banjrangi Bhaijaan tu memang best, ada lawak, ada sedih, tempat cantik ya amat, dan budak tu memang kiut. Haha. Pasal Islam kat Pakistan/India, tu normal sebenarnya. Fahaman Syiah tak berapa meluas, tapi golongan Sufi je yang berlambak. Jangan tanya macam mana kita boleh tahu pasal ni :D Ok lega dapat membebel panjang2 kat sini. Tapi ada soalan ni, menangis tak tengok cerita Dilwale? Jawab jujur tauuu, hahaha..
Bobo Bobo 07 January, 2016
ye tak ye.. lepas baca ni baru sedar jalan cerita dia tak lah sekuat mana..menyesal aku baca ni hahahah
Yana Halim Yana Halim 07 January, 2016
hahaha....dilwale punya pasal akk nyinggah sini. Ok la tu kot reviewnya. Utk hiburan mmg best dilwale. Citer hindustan akk paling suka 3 idiots. Kelako. Tengok byk kali pun x pe. yang citer PK tu blom tengok lg. Best katanya.
Ija Rased Ija Rased 07 January, 2016
YUP BETUL BONI KACAK, pengisian plot cerite dilwale to simple n kurang menariknya, menariknya adalah pada kajol dan SRK sb chemstry dan bonding mereka berdua yang sangat kuat.
Hafiz Hafizol Hafiz Hafizol 07 January, 2016
Dilwale dah tengok best & excited jugak sebab nak tengok Kajol dgn SRK bergandingan setelah sekian lama bergandingan kan.. haa.. nak tgk untuk kali kedua tapi x de orang nak teman LOL.


Cerita lakonan Amir Khan Akele Hum Akele Tum aku suka . tgk banyak kali punx puas. tapi nie cerita lama laa.. lagu-lagu dalam cite tu best, konflik keluarga, kerjaya, percintaan, kasih sayang mmg perfect ..
Etuza Etuza Etuza Etuza 07 January, 2016
wah...hebat...gambar mereka ni
Kakchah Jelita Kakchah Jelita 10 January, 2016
patutlah ada kawan sekerja dah melawa skrg ni pakai konteks lens dan lentikkan alis mata dgn maskara. sebelum ni dia selambe sandal seret2 je. katanya pengaruh filem dilwale
♥ aiNa yaZiD ♥ ♥ aiNa yaZiD ♥ 11 January, 2016
Hi boni. Hahahah lama gila aina tak singgah sini. Okay okay. Da tengok Dilwale, bagi aina best la mungkin sis spesies #mudahterhibur hahaha.BTW Kajol cantik gila!. Yg lakonan Salman Khan x tengok lagi tapi sumpah comel la budak kecik tuuu.. =)
fairus fairus 12 January, 2016
Dengar cerita, Filem Dilwale ni tidak dapat sambutan yang menggalakan di India..
fairus fairus 12 January, 2016
Dengar cerita, Filem Dilwale ni tidak dapat sambutan yang menggalakan di India..
Rahim Aim21 Rahim Aim21 13 January, 2016
Aku tak tengok lagi Dilwale ni.. tapi BAJRANGI BHAIJAN dengan PK aku dah tengok... SUMPAH BEST... dia tak berteraskan CINTA tapi lebih kepada KEHIDUPAN kedua-duanya... DILWALE? Aku tak tengok lagi, so aku tak berani nak kata apa-apa... Cuma, tulah, aku takut aku KECEWA je tengok DILWALE nanti.... huhuhhu..
Mama Darwiish Mama Darwiish 27 January, 2016
Baru habis layan Bajrangi Baijan memang mantop mampat padat.... memang annoying part 'islam pakistan' nauzubillah... terangan dorang stair sebut Ali