Cendol Bakar Kuala Selangor Terbaik Tapi....

Selama bertahun-tahun aku dengar nama Cendol Bakar Kuala Selangor yang dikatakan terbaik Delicious terhangat dipasaran , akhirnya dua bulan lepas aku telah pun menjejakkan kaki aku sendiri ke sana.

Kebetulan aku ada kursus CIDB kat Kuala Selangor. Jadi, dalam perjalanan balik tu, aku dengan Officemate singgah sebentar kat Cendol Bakar Kuala Selangor. Aku nak jugak merasa sendiri betul ke terbaik cendolnya tu. Dengar cerita orang sampai beratur nak beli cendol ni disebabkan kesedapannya yang luar biasa baik tu.

Sampai kat pekarangan restoran Cendol Bakar Kuala Selangor ni aku sedikit teruja sebab persembahan restorannya yang nampak Cool dan menarik. Tak macam restoran biasa yang aku pergi. Biasa-biasa je. Tapi yang ni rekabentuk restoran dia tampak klasik. Itu dah menarik minat aku dah sebenarnya.

review restoran cendol bakar kuala selangor, betul ke cendol bakar kuala selangor adalah cendol yang terbaik,

Kalau hari biasa pun ramai jugak yang terjah sini, aku tak dapat bayangkan macam mana pulak kalau hari cuti. Hampir jugak aku nak menangis terharu mengenangkan betapa gahnya Cendol Bakar ni.

Lagi-lagi bila ada Drive-Thru. Itu bagi aku memang dah canggih. Bukan senang capai tahap macam ni. Mesti ada yang luar biasa ni.

Jadi, aku pun Order. Disebabkan nak jalan jauh, aku cuma Order Cendol Bakar biasa je. Nak Order Cendol campur pulut, aku takut lagi bertambah mengantuk aku nanti.

review restoran cendol bakar kuala selangor, betul ke cendol bakar kuala selangor adalah cendol yang terbaik,

review restoran cendol bakar kuala selangor, betul ke cendol bakar kuala selangor adalah cendol yang terbaik,

Yang ni aku punya. Tengok pun dah teruja kan. Belum lagi ada depan mata. Aku hampir-hampir diserang sawan hari tu disebabkan terlalu eksaited tengok cendol bakar ni. Tu baru tengok. Belum rasa lagi.

Takut air liur aku meleleh tanpa dapat aku kawal, aku terus kokak cendol ni. Rasanya... Pergh.. Memang betul cakap orang. Sini adalah syurga cendol dunia. Segalanya-galanya cukup. Manis, lemak, dan jugak kemerduan bunyi Slurpp Slurpp nya tatkala disedut-sedut dengan rakusnya ke dalam mulut.

Ok. Aku kasi 5 bintang dari 5 bintang untuk Cendol Bakar Drive Thru Kuala Selangor ni. Memang Mabeles.

review restoran cendol bakar kuala selangor, betul ke cendol bakar kuala selangor adalah cendol yang terbaik,

Tapi benarlah cakap orang, langit tu tak selalunya cerah. Dalam banyak-banyak yang positif tu, terselit satu benda yang agak tak memuaskan hati aku. Aku harap benda ni akan dapat diambil perhatian oleh Cendol Bakar Kuala Selangor ni lah.

Aku Order Nasi Ayam Dara kat Stall Nasi Ayam Dara tu. Tapi aku agak terkejut jugak lah sebab Brader yang jaga Nasi Ayam Dara tu macam nak tak nak je layan aku. Muka ketat gila siot. Masam mencuka. Aku Order pun macam nak tak nak je layan aku. Apa kes tak tau. Aku bersangka baik je lah. Mungkin dia tengah sibuk memotong ayam kot. Tapi bila Officemate aku pergi Order pun dapat Feedback yang sama, sampai dia mengadu kat aku. Ok, maknanya itu dah tak boleh bersangka baik dah.

Yang lain dah ok. Cuma servis ayam dara dia je yang tak berapa memuaskan hati aku. Hilang gak lah sikit mood aku nak makan. Kitorang beli nasi ayam tu, bukan mintak sedekah ataupun mintak secara Free. Nasib baiklah nasi ayam dara dia sedap. Terubat gak hati aku sikit. Takpelah, mungkin dia ada masalah kot hari tu. Harap Next Time aku pergi beli ayam dara, disambut dengan senyuman manis. Sayang, nasi ayam dara dia sedap. Memang berpotensi pergi jauh. Cuma dari segi layanan tu mungkin kena perbaiki lagi.

review restoran cendol bakar kuala selangor, betul ke cendol bakar kuala selangor adalah cendol yang terbaik,

Ok, tu je lah.. Kalau korang yang belum pergi ke sini lagi, cuba dapatkan satu hari yang sangat berkualiti untuk bawak Family korang. Aku boleh jamin korang akan puas hati. Lagi-lagi buat peminat-peminat cendol macam aku ni.

Bye..

1 comment... add one now

♥ aiNa yaZiD ♥ ♥ aiNa yaZiD ♥ 01 March, 2016
Kemain lagi!. terliur iols pepagi nampak cendol.. huhu