Salah Guna Bahasa Melayu

Assalamualaikum semua. Rasanya ini entri pertama aku untuk tahun 2016 ni. Punyalah lama aku tak menaip entri. Dah bersarang-sarang dah blog aku. Mesti korang ingat aku dah kena tangkap khalwat kan? Ataupun pergi Perth tak nak balik. Salah semuanya. Aku cuma dah hilang sikit nafsu untuk menulis. Tapi aku akan cuba kembalikan balik Passion aku ni seperti sediakala.

Ok. Sebenarnya banyak yang aku nak cerita sebenarnya. Tapi disebabkan dah terlampau banyak, aku tak tau nak cerita apa. Nak je aku masukkan semua cerita dalam satu entri, takut korang gila pulak. Tak pasal-pasal korang masuk Geng Raver sebab dah gila isim.

Ok, untuk hari ni cukuplah aku nak bukak topik pasal bahasa melayu yang banyak disalahgunakan oleh kita. Banyak sebenarnya. Antara kita sedar tak sedar je.

Antara contohnya adalah pisang. Dah tentu kita semua dah tau pisang tu apa benda kan. Sejenis buah yang agak manis dan amat disukai kaum wanita. Eh.. disukai oleh semua kaum sebenarnya. Tapi, secara tiba-tiba dalam zaman Hipster ni, makna pisang tu tak pasal-pasal jadi bosan.

Apa ke peliknya?? Tiba-tiba pisang bermaksud bosan. Hahaha. Siapa yang cipta makna baru ni pun aku tak tau. Dah bosan dengan hidup dia agaknya. Hahaha.

Itu baru satu. Sebenarnya banyak lagi. Antara kita sedar tak sedar je. Ok, aku nak menulis panjang lagi pun macam dah malas. Jom tengok video kat bawah ni. Macam-macam lagi ada.


Kan. Betul tak isi-isi yang ada dalaqm video tu? Haha. Ok. Aku pun nak tido. Jumpa lagi lain waktu ye semua. Bye. Owh, jangan lupa untuk Share kan entri ni ye kalau korang suka. Dan jangan lupa untuk Subscribe RAKSASA MANJA.

3 comments.. read them below or add one

Jueliza Jamani Jueliza Jamani 25 February, 2016
lama nau baru nak update.. tu mesti duk kepit kad cidb.. hahah ok bye
ArELeEz ArELeEz 25 February, 2016
dah kenape 'pisang' = bosan? konpius jap!
Cik Itah Cik Itah 26 February, 2016
memang dan bersarang..banyak sarang labah+ ni ha. hhaha janganla pencen dari dunia blog..blog ni okay apa..sy suka baca. lawak :D