Bercinta Bagai Nak Rak Berkahwin Dengan Orang Lain

Bercinta Bagai Nak Rak Berkahwin Dengan Orang Lain pulak. Terbaca kisah ni tadi kat Siakap Keli.

Bagi aku sendiri, perkara ni biasa. Ni adalah ketentuan Allah. Inilah dia cara Allah untuk menguji hambaNYA samada redha atau tak pada setiap yang ditentukanNYA.

bercinta bagai nak rak berkahwin dengan orang lain
sumber
Ok. Benda ni aku dapat rasakan akan dilalui oleh ramai orang. Even aku sendiri pernah lalui detik-detik dramatik macam ni. Sedih baq hang. Mengalir air mata aku yang kacak dan berdada tegap ni. Sapa tak sedih kan bila kekasih hati yang sangat disayangi pergi pada orang lain.

Aku dulu pernah bercinta dengan seseorang. Lama jugak. 2 tahun bercinta. Macam-macam diharungi bersama. Sampai satu tahap aku dah belikan cincin dah.

Tapi hubungan tu tak kekal. Bila satu hari, dugaan datang menggegarkan seluruh pelusuk hati aku. Cinta yang terbina dua tahun tu secara tiba-tiba terlerai macam tu je. Atas sebab-sebab yang tak perlulah aku ceritakan. Biarlah menjadi rahsia dan kenangan aku je. Cuma yang aku dapat nyatakan, kisahnya sangat-sangat tragis. Bukan cerita biasa.

Dulu, setiap kenangan tu aku abadikan dalam FB. Tapi bila fikir balik, aku rasa malu gak kat kawan-kawan. Ye lah, tak habis-habis heboh kat FB macam aku je lah yang bercinta kat dalam dunia ni. Dan tiba-tiba Prapp putus di tengah jalan. Haha. Malu bhai. Rasa macam aku tak nak jumpa langsung kawan-kawan aku. Rasa macam nak tukar identiti baru. Buat pembedahan plastik kasi muka jadi cantik dan jambu lepas tu pergi Korea buat band KPOP. Nama pulak aku tukar jadi G-Dog.

cinta putus di tengah jalan
sumber
Okeh, apa yang aku cuba sampaikan kat sini. Setiap hubungan tu tak semestinya kekal. Even orang yang dah berkahwin berpuluh tahun pun boleh bercerai. Itu lagi perit rasanya. Dan perkara-perkara sebeginilah yang mengajar kita untuk redha.

Ye, nampak senang tapi memang susah. Tapi nak tak nak, kita kena jugak REDHA. Takkan kita nak paksa untuk orang mencintai kita kan? Percayalah jikalau kita sentiasa redha pada ketentuanNYA, DIA akan hadiahkan sesuatu yang lebih baik pada kita. Mungkin jodoh yang baik, mungkin rezeki yang luas, dan mungkin benda-benda lain yang kita tak jangka. Itu rahsia Allah. Kita takkan tau.

Jikalau terjadi sesuatu dalam hubungan kita, kena banyak bersabar dan REDHA. Cuma apa yang aku nak sampaikan. Perasaan cinta sesama manusia tu takkan kekal. Yang tinggal nanti hanyalah perasaan sayang. Perasaan sayang tu lah yang akan membawa sesuatu hubungan tu menjadi kekal. Jadi. Berpada-padalah bila bercinta. Kalau betul nak rasa cinta yang kekal, cintakan ALLAH. Cinta itu akan kekal selamanya.

berkahwin dengan orang lain
sumber
Sentiasa pegang benda ni. JODOH, PERTEMUAN, AJAL adalah rahsia Allah. Kita takkan tau siapa dan bila. Even kita berkahwin 10 tahun pun, kalau itu bukan jodoh kita.. kita akan bercerai.

Walaupun aku suka Janna Nick berlakon dan dengar Elizabeth Tan menyanyi, belum tentu dorang jodoh aku. Ok. Bye.

{ 8 comments.. read them below or add one }

Dkna Abza Dkna Abza 11 March, 2016
setuju bab jangan nak menunjuk sangat ka media sosial kita ni couple.. orang kahwin pun blh bercerai, inikan pulak couple jer pun.. orang lain bercinta gak, memadai satu sama lain tau ko pakwe aku, aku makwe ko. dah putus, baru tau malu..kan.. apa pon boni, aku rasa macam tersalah singgah blog boni kacak...macam something wrong..macam tak caya 'oh..boni ke ni' hahahaa..ok baii
boni kacak boni kacak 11 March, 2016
hahaha. dulu kononnya nampak sweet dan rasa berlagak nak tunjuk kat orang. tapi bila dah putus, rasa malu gila kot.. hhahaha. padan muka untuk diri sendiri, hahahaha.

ehh.. cer citer apa yang something wrong tu dkna??? ahahaha
CikPuan FiDa CikPuan FiDa 11 March, 2016
ye betul tu... jodoh pertemuan..hidup dan mati Allah yang menentukan. kita yang kena berusaha,,
Kak Mahh Kak Mahh 12 March, 2016
Bila nak kawen ? Uppppsss jgn makan nasi minyak sorang2 .
Kak Mahh Kak Mahh 12 March, 2016
Bila nak kawen ? Uppppsss jgn makan nasi minyak sorang2 .
boni kacak boni kacak 14 March, 2016
betul tu.. tak dapat nak disangkal lagi...
boni kacak boni kacak 14 March, 2016
hahahaha. makan sorang-sorang maknanya makan hati tu. kahwin sorang diri. hahaha
aliah aliah 16 March, 2016
ok latu 2 tahun. sy 4 tahun bercinta n dia siap buat asb sbb rancang 2017 nk kawin. last2, masa last year putus n this year da kawin pun dia dgn org lain tu. yg pelik mne dia dpt duit tu.. Allah tunjuk dkt sy yg sy kne sabar n kuat n Allah tunjuk klo kita nk buat bnd baik Allah akn tlg. sng je dorg kawin walaupun sy taw that guy xde simpanan duit lgsg.. SABAR because it is the only option that we have. =)