Filem Batman Vs Superman Sasar Penonton Tertentu?

Batman Vs Superman Review yo. Adakah filem Batman Vs Superman Sasar Penonton Tertentu?

Aku sebenarnya belum lagi tengok Batman Vs Superman ni. Haha. Tapi aku terdetik nak buat Review sambutan penonton-penonton yang dah pun tengok filem ni. Baik kat Malaysia mahupun luar negara.

batman vs superman
sumber
Apa yang aku dapat simpulkan sambutan filem Batman vs Superman ni, 40% suka 40% tak suka dan 20% atas pagar. Haha. Macam buat bancian pilihanraya pulak kan. Hahah. 

Sebenarnya benda ni matematik mudah sebenarnya. Ibarat 4 x 4 = 351. Apa yang jadi tu sebenarnya bersebab. Kenapa Janna Nick dengan Elizabeth Tan tak jatuh cinta kat aku? Sebab ianya bersebab. Macam tu jugak lah filem Batman vs Superman ni. 

review batman vs superman
sumber
Rumusan yang aku dapat buat adalah macam ni. 

40%  yang tak suka pada filem ni sebenarnya bukan pengikut komik DC. 

40% yang suka pulak adalah pengikut setia dan jugak Fan Boy komik DC. 

Selebihnya pulak mungkin suka dan tak suka mengikut selera masing-masing. Yang ni mungkin termasuk aku sekali. Mungkin aku suka dan mungkin tak. Aku tak pasti. Aku belum tengok lagi. Mungkin aku akan jadi tak suka sebab selera aku filem yang Fun-Fun. Dan mungkin boleh jadi suka kalau seni Fighting dia menawan Qolbu walaupun jalan cerita dia serius. Dan mungkin jugak boleh jadi suka kalau ada pelakon-pelakon perempuan dalam tu bergetah TipTop. Errr. 

dawn of justice movie review
sumber
Kenapa aku rumuskan macam tu? 

Kebanyakan komen pembaca setia dan Fanboy komik DC ni sangat-sangat berpuas hati dengan apa yang dihasilkan dalam filem Batman vs Superman ni. Betul-betul mengikut acuan yang dalam komik. Soal jalan cerita yang serius dan tak Fun tu, rasanya itu adalah konsep yang cuba dijadikan identiti untuk filem adaptasi dari komik DC. Apa lagi memang Batman kita kenali memang adalah Dark Knight. Jadi, unsur yang diterapkan memang sesuai untuk Batman. Gelap, kusam, serius dan muka ketat. Mungkin untuk lari daripada konsep superhero yang dah sedia ada kat pasaran. Fun dan kelakar.  

Manakala rungutan-rungutan yang tak berpuas hati pulak kebanyakannya daripada penonton yang mungkin tak pernah ikut dan tak pernah ambik tau tentang komik-komik keluaran DC ni. Contoh yang tak puas hati bila Superman mati. Dan fikir tak logik Batman Fighting kalahkan Superman sebab Superman kebal dan kuat. Sebenarnya semua ni ada dalam komik DC. 

filem dawn of justice
Add caption
Tak macam komik keluaran Marvel yang telah difilemkan. Komik keluaran Marvel lebih Fun dan terbuka yang dapat menangkap jiwa penonton tak kiralah samada orang tu Fanboy komik Marvel atau tak. Contohnya Avenger. Ini mungkin dorang dah konsepkan untuk jadi identiti filem-filem adaptasi dari komik Marvel.

Untuk filem Batman Vs Superman ni, aku dapat rasakan pengarahnya MUNGKIN sasarkan Fanboy dan jugak peminat-peminat komik DC yang bagi aku memang kuat pengaruhnya. 

Macam Naruto jugak. Naruto The Last Movie. Ada yang tak suka. Tapi aku suka sebab aku pengikut setia komik tu. Memang jalan cerita Naruto jenis macam tu. Ada Part Slow, ada babak menyentuh perasaan yang sangat-sangat, ada babak menyedihkan, ada lawak dalam beberapa Part yang tak dijangka, dan bila tiba Part Fighting memang Fighting dia sentiasa menerujakan aku. Pengarahnya memang menyasarkan filem ni untuk peminat-peminat komik Naruto. 

Jadi bagi pendapat aku sendiri, MUNGKIN pengarahnya menyasarkan Fanboy-Fanboy komik DC untuk filem Batman Vs Superman ni. Walaupun dia hanya menyasarkan Fanboy-Fanboy komik DC, tapi bagi aku itu dah lebih daripada cukup. Fanboy komik DC memang ramai seluruh dunia. Pengaruh komik DC memang kuat. Sejak aku dari sekolah dah ada dah. Kalau tak, tak adalah dulu aku pernah ikat kain pelikat bapak aku kat bahu lepas tu berangan terbang sebelah Janna Nick. Ehh. 




4 comments.. read them below or add one

Athirah Zain Athirah Zain 25 March, 2016
saya atas pagar, tapi cenderung kpd tak suka,,hahaa
✿ Ina Ainaa ✿ ✿ Ina Ainaa ✿ 25 March, 2016
Hoooo ada juga kata kecewa superman mati. Tapi bagi ena dedua mati pun ena tak kisah sebab mati dlm filem je. Ehh ekekekeke. Apapun nanti nak pergi tengok..
Budak Nakal Budak Nakal 25 March, 2016
huhu x minat cite cmni, aku tunggu cerita boni kacak the movie je...x keluar2 pun lagi citer ni..ciss...