Renew Insuran Motor Di Selayang

Renew insuran motor di Selayang ye. Hari ni meh aku cerita aku Renew insuran motor aku kat Selayang.

Sebagai seorang penunggang motor kapcai yang amat kacak malah sangat bergaya di atas jalan raya, aku kena sentiasa pastikan insuran dan Road Tax motor aku sentiasa hidup. Gila. Tak tergamak aku nak bayar saman. Mahal tu saman. Hilang suku gaji aku. Lagipun, motor tu aku guna tiap hari untuk cari duit kan.

Jadi, bila dah tibanya insuran motor aku nak Expired, memang cepat-cepat lah aku pergi Renew. Disebabkan aku ni tak ada masa untuk pergi pejabat pos beratur panjang lama-lama, jadi aku jumpa kawan aku untuk hidupkan insuran motor aku. Lokasi terletak kat Taman Bidara, Selayang.

renew insuran takaful motor di selayang

Ini orangnya. Saudara Izzat seorang saudagar insuran. Haha. Saudara Izzat ni kawan aku daripada sekolah rendah lagi.

Dan aku terus berurusan dengan Izzat sebab aku tak ada masa nak beratur panjang-panjang kat pejabat pos. Tau lah, jejaka sekacak aku ni memang sangat sibuk dengan macam-macam urusan lain termasuklah mengintai awek-awek keje gomen kuar makan tengah hari.

Jadi, aku serahkan kat saudara Izzat ni untuk setelkan insuran dan jugak Road Tax sekaligus. Alhamdulillah, semuanya selesai tanpa ada apa-apa masalah pun.

Jadi, kalau korang nak Renew insuran korang.. tak kisahlah motor ke, kereta ke boleh terus hubungi saudara Izzat ni. Lebih-lebih lagi korang yang tinggal dan menetap kat Area Selayang. Tak payah fikir apa-apa lagi. Selesai segala masalah berkaitan insuran kenderaan korang.

renew insuran motor

Nampak. Insuran dah setel hati pun banyak lega woo. Lepas ni aku boleh merempit dengan hati yang tenang sambil usyar-usyar awek-awek berkulit gebu berbibir Pink. Awww.

Owh ye, kalau korang nak Renew insuran kenderaan korang, bolehlah Whatsapp

Saudara Izzat - +60193478355

2 comments.. read them below or add one

miss zyaroses miss zyaroses 16 March, 2016
salam singgah dan follow sini :-)
PCL PCL 17 March, 2016
Selayang pandang.. jem gila nk pi sana, tapi bagus utk orang Selayang lah kan.. support kawan. Bila lagii..