Sate Sedap Bukit Beruntung - Sate Rooney

Sate sedap di Bukit Beruntung. Sate Rooney yo. Saja nak buat korang terliur dengan entri sate kali ni. Haha.

Ok, hari tu masa aku balik dari bekerjaya, aku mengantuk. Aku ni kalau mengantuk mula mengidam nak makan macam-macam. Jadi, aku buat keputusan nak makan sate. Kebetulan, aku dapat tau ada satu kedai sate baru bukak kat kawasan Adenium Bukit Beruntung. Nama kedai sate ni Sate Rooney. 

First Time aku tengok, kedai dia punya ramai manusia yang pergi. Wow. Aku agak tertarik kat situ. Apalagi dengan aroma daging sate yang dipanggang tu menusuk tepat ke dalam hidung aku. Terhoyong-hayang sekejap aku masa keluar dari 7E dek penangan bau sate tu. Begitu Ummphh dan menyelerakan. Tapi aku tak jadi nak singgah sebab terlampau ramai orang. Aku ni walaupun memiliki seraut wajah yang sangat kacak, tapi aku pemalu orangnya. 

Disebabkan teringat kat aroma Sate Rooney tu, aku buat keputusan untuk beli sate On The Way balik ke rumah. 15 ayam 15 daging. 


Macam-macam jenis daging sate untuk pilihan. 
Siap bungkus, aku terus pecut ke rumah. Tak sabar lak rasanya nak kokak Sate Rooney ni. Lepas je mandi aku terus melantak tanpa sikit pun rasa berdosa. 

sate sedap rooney

sate sedap bukit beruntung

Apa yang aku dapat simpulkan. Sate Rooney ni adalah antara sate yang sangat sedap dan terbaik di antara sate-sate yang gah dan ada nama macam Sate Kajang. Dan aku boleh katakan, boleh bersaing sengit dengan sate-sate yang dah ada nama. 

lokasi sate sedap bukit beruntung

Antara yang menjadi keistimewaan Sate Rooney ni adalah kuah dia. Aku susah nak hadam sate kalau kuah dia tak sedap. Boleh hilang selera aku. Dan, selalunya.. aku akan dapat sate yang kuahnya tak sedap. 

Tapi untuk Sate Rooney, aku boleh kasi 4 bintang untuk kuah dia. Segalanya secukup rasa. Memang sedap gila. Manis, masin, pedas dia, pekat dia. Pergh. Hanya Allah je tau betapa gembiranya aku rasa di kala mengokak sate yang dicicah dengan kuah Sate Rooney ni. Ibarat Elizabeth Tan sedang menggenggam tangan aku dan kitorang berlari-lari anak di taman bunga. Bahagia betul rasa. 

sate yang sedap

Sate ayam dia sedap. Rempah dia yang buat dia sedap. Tapi sebab aku dah biasa makan ayam, jadi aku rasa macam biasa. Tapi untuk rasa rempah dia, aku boleh katakan antara yang terbaik jugak ni. 

tempat jual sate best

Sate daging. Wah! Yang ni aku boleh puji melambung. Daging dia lembut bangat sih. Aku dapat rasakan orang-orang yang tak ada gigi pun boleh kokak daging ni. Dan paling penting bila aku kunyah tu dia ada sikit Juicy. Pergh. Paling Heaven dia punya rasa rempah. Memang terbaik. Meresap ke dalam daging tu cukup sempurna. 

Ok. Tapi cuma ada beberapa Part je yang aku rasa mungkin boleh diperbaiki oleh Tokey Sate Rooney ni untuk kasi meletup lagi Sate Rooney ni. 

First, mungkin boleh perbanyakkan sikit kuantiti ayam dan daging yang dicocok kat lidi tu. Sebab macam sikit je dia punya kuantiti tu. Macam tak berapa ngam dengan harga dia.

Kedua, elakkan dari cocok sekali lemak kat lidi sate tu. Kadang-kadang tak semua orang suka bahagian lemak. Aku sendiri pun tak berapa suka. 

Dua benda ni je yang bagi aku mungkin boleh diperbaiki. InshaaAllah Sate Rooney akan terus berkembang pesat.

Part lain semua bagi aku ok. Dan paling menarik , Sate Rooney ni ada sediakan Delivery ke rumah ye. Untuk kawasan berdekatan. Ok. Senang lepas ni aku Order je. Tau-tau sate dah ada kat sebelah. Makan sambil baring terus. Haha. Kuajaq. 

Oklah. Cukuplah setakat ni aku membebel. Kalau korang nak merasa sendiri keenakan Sate Rooney ni, korang boleh ke kawasan kedai Adenium. Cari 7E. Sate Rooney ni betul-betul sederet 7E. Selang sebijik kedai je kalau tak salah aku. Haha. Aku terlupa kedudukan dia sebenarnya. Kalau salah Corry Corry tau. Haha. Tapi memang selang beberapa kedai dari 7E.

Cari 7E ni, maka berjumpalah korang dengan Sate Rooney ni. sumber


3 comments.. read them below or add one

YieN YieN 21 March, 2016
Alaaaa.. Tengok je pon dah terliur.. Cemane ni ??? :P
Roney Satay Roney Satay 23 August, 2016
Terima Kasih atas pujian dan pandangan anda... insyAllah akan diperbaiki... :)