Ada Lagi Insan Jujur Seperti Kak Nor

Hari ni aku ke SPNB kat Kampung Baru. Dan hari ni aku telah membuat satu kesilapan yang sangat besar dalam hidup aku. Aku LEKA dan LALAI.

Dalam sejarah hidup pemegang kad CIDB yang masyur dan gemilang ni, aku tak pernah buat kesilapan macam ni. Tapi hari ni aku tewas. Mungkin sebab otak aku serabut fikir macam-macam.

Patutlah masa balik ke opis balik, aku rasa macam ada Something Missing Anywhere Anymore Chipsmore Ciskek Cekedis. Puas aku fikir-fikir apa benda yang tak lengkap kat diri aku ni.

Sampailah aku terima satu panggilan daripada nombor yang tak dikenali. Mula-muka aku risau jugak nak jawab nombor yang aku tak kenal. Aku takut kalau-kalau ada awek-awek keje Gomen cuba mengorat aku. Aku bukan boleh dingorat. Senang Melting. Apalagi awek-awek bersuara manja berkulit gebu dan berbibir Pink.

Tapi entah kenapa aku jawab panggilan tu.

" Assalamualaikum. Encik siapa ye?"

Berkumandang suara seorang perempuan. Riak terus aku rasa. Ni mesti nak berkenalan dengan aku ni.

" Waalaikumsalam, awak siapa ye?"

Aku bertanya dengan penuh kemachoan.

" Encik tertinggal Handphone encik kat SPNB. Encik kat mana ye? Saya nak pulangkan telepon encik ni."

Terkejut bukan kepalang aku. Baru aku sedar satu telepon aku tertinggal. Adoi!! Macam mana aku boleh tertinggal Handphone aku kat sana. Ini pertama kali dalam sejarah hidup aku jadi macam ni.

Aku bersyukur sangat-sangat sebab Handphone aku dijumpai oleh seorang insan yang sangat berhati mulia dan jujur. Kak Nor nama dia. Lepas Deal untuk jumpa, aku terus pecut ke Masjid India.

Sampai kat sana aku dah memang niat nak kasi sikit hadiah kat Kak Nor tanda aku sangat-sangat berterima kasih kat dia. Tapi awal-awal dia tolak. Speechless aku. Aku dah tak tau nak berterima kasih macam mana lagi.

Sebelum aku minta diri, sempat aku hulurkan Name Card aku dan aku harap Kak Nor baca artikel ni. Kalau Kak Nor baca, saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak ye Kak Nor.  Terima kasih banyak-banyak. Saya bermohon dan berdoa agar Allah bukakan pintu rezeki akak sekeluarga seluas-luasnya. Dan diberikan kebahagiaan di dunia dan di akhirat. AMIN..

Terima kasih ye Kak Nor. Zaman sekarang ni.. orang yang macam Kak Nor yang jujur dan berhati mulia sangat-sangat jarang untuk dijumpai lagi. Saya adalah orang yang bertuah dan beruntung dapat kenal Kak Nor.

Gigih Kak Nor cari nombor yang boleh Contact aku kat dalam Handphone tu. Dan dia jumpa nombor Handphone kedua aku. Kat situlah dia dapat hubungi aku. 
Ada Lagi Insan Jujur Seperti Kak Nor

{ 11 comments.. read them below or add one }

Kak NorKak Nor 27 April, 2016
Sama² adik Boni. Mujur akak yang jumpa. Akak perasan juga adik tadi kat situ sebelum jumpa Phone tu. Adik asyik tertoleh-toleh mana-mana awek yang ada. Mau x tinggal Phone tu. Tergaru sana tergaru sini =))
Kakcik Nur Kakcik Nur 28 April, 2016
Alhamdulillah.

Masih ramai manusia yang jujur di dunia ini... :)
Cik Itah Cik Itah 28 April, 2016
alhamdulillah..nasib baik :)
boni kacak boni kacak 04 May, 2016
hahahahaha.. kak nor baca blog saya! alhamdulillah. kak nor. apa2 pun saya ucapkan ribuan terima kasih lagi sekali ye. semoga Allah bukakan pintu rezeki akak seluas-luasnya.. amin
boni kacak boni kacak 04 May, 2016
alhamdulillah.. hehe. saya rasa lega sangat kakcik nor
boni kacak boni kacak 04 May, 2016
itulah cik itah. hehehe. alhamdulillah....
Listrik Listrik 09 May, 2016
Masih ramai insan jujur..
Alhamdulillah..
toko suplemen fitness surabaya toko suplemen fitness surabaya 26 December, 2016
:) gaya bahasanya agak asing buat saya karena saya orang jawa tapi faham kk
notepam notepam 12 January, 2017
nasib baik. alhamdulilah
Souvenir pernikahan murah Souvenir pernikahan murah 20 January, 2017
masih banyak insan yang jujur. semoga kita bisa seperti itu yaa. supaya lebih banyak insan yang jujur.

#masyaallah