Balasan Yang Tak Terjangka

Balasan yang tak terjangka. Tak sampai sehari.

Semalam, masa On The Way balik ke rumah, aku tersermpak dengan tiga bijik motor yang Slow. Aku ingatkan dorang bersembang kat tengah Highway. Aku baru nak campak kad Cidb kat dorang, tapi aku ternampak sebenarnya dua bijik motor tengah tolak sebijik motor yang rosak.

Disebabkan kereta kat Highway laju-laju, aku buat keputusan untuk jadi eskot dorang kat belakang. Mengawal kelajuan kereta kat belakang. Dan untuk bagi Awareness kat kenderaan-kenderaan lain tentang kewujudan motor rosak yang sedang ditolak tu.

Kalau ada je kereta yang lain macam laju dia dan berpotensi untuk langgar kitorang, aku akan berjoget-joget atas motor, tanggalkan seluar dan gelek-gelek bontot aku. Ok. Ini aku tipu je. Gila nak buat macam tu? Memang On The Spot aku kena langgar. Siap kena lenyek berkali-kali lagi.

Daripada Sungai Buloh aku eskot dorang sampailah ke Bukit Beruntung. Kebetulan satu hala tujuan.

Pagi ni.... aku tak tau kenapa aku boleh terlupa isi minyak. Padahal sebelum keluar rumah aku dah buat keputusan nak singgah perhentian minyak. Tengah sedap memecut tengah Highway, tetiba motor aku hilang kuasa. Aku ingatkan jem panas. Tapi bila aku teringat pasal minyak... aku rasa nak nangis. Macam mana aku boleh lupa isi. Jauh gila nak menolak.

Tapi betullah cakap orang. Kalau kita buat baik kat orang, balasan yang sama akan kita dapat. Tak sampai 30 langkah aku menolak, berhenti sebijik motor putih. Tolong tolak motor aku sampailah ke stesen minyak Jalan Duta. Alhamdulillah.

Bro bernombor plat W4931W. Terima kasih banyak-banyak bro. Tak tau nak balas budi bro macam mana. Terima kasih banyak-banyak.

sumber kampusholic
Apa yang aku nak cuba sampaikan kat sini bukanlah nak berlagak riak yang aku tolong orang semalam. Tapi apa yang aku nak sampaikan ni adalah sebagai pengajaran kepada semua terutama mat-mat motor macam aku ni. Rajin-rajinkanlah diri untuk tolong pemandu-pemandu lain yang sedang ditimpa masalah. Sebab hari ni hari dorang, esok lusa mungkin hari kita pulak yang memerlukan bantuan. Macam kisah aku ni. Kita tolong orang dalam kesusahan, InshaaAllah orang akan tolong kita masa kita dalam kesusahan.

Jadi, ringan-ringankan tangan kita untuk menghulurkan bantuan ye anak-anak.

4 comments.. read them below or add one

Sally Samsaiman Sally Samsaiman 12 April, 2016
betul..tak rugi pun tolong org sbnrnyaa
idzwa kamaruddin idzwa kamaruddin 12 April, 2016
kenapa aku terharu baca entry ko ni boni???
boni kacak boni kacak 12 April, 2016
hehehe. betul betul.. saya setuju tuh. hehehehe
boni kacak boni kacak 12 April, 2016
tu yang pelik tu, nak tanya jugak, apa yang terharunya tuh. hahaha