Guna Muka Sendiri Kalau Nak Serang Kerajaan. Baru Pahlawan!

Hari ni Mood aku tak berapa cantik. Dah seminggu dah tak berapa cantik sebab tekanan kat tempat kerja. Tapi Still aku kawal sebab muka aku yang manis dan Cool ni. Nampak tak senonoh kang bila aku meroyan bukan-bukan.

Tapi Stress aku bertambah 1kg pulak bila ada sorang kawan FB bagitau aku pasal kewujudan satu akaun FB yang menggunapakai gambar aku yang hensem tu. Aku dah malas nak ambik Port sebenarnya sebab dah banyak kali kena macam ni. Tapi bila dia bagitau yang akaun tu buat serangan kat kerajaan, aku jadi..

"What The Heck! This Is Not Funny And This Is Not Sparta!!"

Ini bukan sesuatu yang boleh dibuat main. Silap-silap, aku yang kedalam. Tak percaya jom tengok hasil tangkapan kawan aku tu. 

Nama macam kerabat Diraja, tapi peribadi jauh panggang dari bontot ayam. 


Macam ada unsur-unsur dan potensi untuk mengorat gadis-gadis kat FB je. 


Bro, kalau pun nak jadi pahlawan Keyboard, jadilah diri sendiri. Jangan guna gambar orang lain. Yang naya nanti aku. Yang busuk nama nanti aku. Kalau betul nak serang kerajaan, Gentle lah Bro. Guna muka sendiri. Guna identiti sendiri. Baru ada tanjak!

* MOHON KAWAN-KAWAN SHARE YE. DAN MOHON REPORT SAMA INI AKAUN.

2 comments.. read them below or add one

Ms Qiya Saad Ms Qiya Saad 11 April, 2016
famous sangat hang ni Boni sampai orang guna gambar hang..
boni kacak boni kacak 11 April, 2016
hahahaha. mana ada femesnya.. agaknya deme suka gambar tu kot. hahaha