Keputusan Mini Contest Smule BoniKacak Siri 1

First Of All (amboih Speaking kemain), maafkan aku atas kelewatan artikel ni disebabkan ada beberapa perkara yang tak dapat aku elakkan. 

Ok. Macam yang dah semua sedia maklum sebelum ni aku ada anjurkan satu Mini Contest kat Smule aku. Aku mencari seorang penyanyi bervokal terbaik yang berduet dengan aku untuk aku angkat dan julang sebagai seorang yang bakal memenangi RM50.


Ok, tanpa buang masa lagi aku terus je umumkan siapa dia yang telah berjaya memenangi vokal terbaik yang berduet dengan aku. Yang berjaya mencair, mengorek dan menebuk taik-taik telinga aku yang telah lama aku peram ni. Jeng Jeng Jeng!!! Ok. Korang cuba bayangkan masa ni tengah ada bunyi Drum yang dipukul dengan begitu jahat,  kuat, laju, mengerikan dan dipenuhi rasa dendam tak terhingga oleh seorang Drummer kumpulan ROCK Belanda.

sumber
Pemenangnya adalah... _BronoxAnarcy_

Alhamdulillah. Jutaan tahniah kepada bro kerana telah berjaya menjadi pemenang Mini Contest Smule BoniKacak siri 1 ni. Vokal bro memang terbaik dan berjaya buat aku rasa seperti dihenyak-henyak dan ditunjal-tunjal oleh kaki Robocop. Tahniah bro.


Kepada yang tak berjaya, jangan putus asa. Bukan bermaksud suara korang Humble mahupun tak ada sifat kepahlawanan. Suara korang pun hebat-hebat sampaikan aku agak kebingungan dan kemurungan untuk pilih pemenang. Cuma untuk edisi pertama ni, rezeki berpihak kepada saudara BronoxAnarchy ni. 

Takpe, jangan risau InshaaAllah jika ada rezeki,aku akan terus anjurkan Mini Contest ni. Korang boleh cuba lagi ok. Jangan sesekali membenci aku ye. Nanti aku menangis. 

Ok. Bawah ni aku senaraikan kesemua persembahan daripada peserta-peserta yang lain. Check It Out. Korang boleh Follow semua ye. Boleh klik link kat bawah ni ye. 

  1. KISAH DUA MUKA - BoniKacak feat bellaohbella
  2. KISAH DUA MUKA - BoniKacak feat TunShaAyunie77s
  3. KISAH DUA MUKA - BoniKacak feat Unknown_GSKL
  4. KISAH DUA MUKA - BoniKacak feat MohdArwin
  5. KISAH DUA MUKA - BoniKacak feat Aizal
  6. KISAH DUA MUKA - BoniKacak feat rudystory
  7. KISAH DUA MUKA - BoniKacak feat aanmclaren
  8. KISAH DUA MUKA - BoniKacak feat mat_kacau
  9. KISAH DUA MUKA - BoniKacak feat _azfaridham_AV
  10. KISAH DUA MUKA - BoniKacak feat PudenKamarudin
  11. KISAH DUA MUKA - BoniKacak feat AbdulHafiz3
  12. KISAH DUA MUKA - BoniKacak feat syazuanjaus
  13. KISAH DUA MUKA - BoniKacak feat ctayda1607
  14. KISAH DUA MUKA - BoniKacak feat ain_nazmi
  15. KISAH DUA MUKA - BoniKacak feat MiyaMiyau
  16. KISAH DUA MUKA - BoniKacak feat MahfuzaMahayudin
  17. KISAH DUA MUKA - BoniKacak feat _KISSmatDanAPC_
  18. KISAH DUA MUKA - BoniKacak feat _mie95Apocalyps_
  19. KISAH DUA MUKA - BoniKacak feat ayie_adlan
  20. KISAH DUA MUKA - BoniKacak feat ariey_syahirah
  21. KISAH DUA MUKA - BoniKacak feat MohdShah30
  22. KISAH DUA MUKA - BoniKacak feat Hafiz_Fiffy2414
  23. KISAH DUA MUKA - BoniKacak feat AgilHawary
  24. KISAH DUA MUKA - BoniKacak feat MsBBRyaC25_SG
  25. KISAH DUA MUKA - BoniKacak feat Aniplee
  26. KISAH DUA MUKA - BoniKacak feat arifzafranz

2 comments.. read them below or add one

TunSha Ayunie TunSha Ayunie 22 April, 2016
Tahniah pada pemenang... baru berkesempatan bukak ni... hihi...