Kuasa Boikot Mampu Menumbangkan Entiti Yang Angkuh

Baru kejap tadi aku terbaca pasal permohonan maaf daripada satu perkhidmatan Telco yang sebelum ni begitu gah kat Malaysia. Tapi sebelum tu aku tengok rata-rata Member Facebook aku sendiri menyuarakan ketidakpuasan hati kat menatang tu.

Aku ingatkan dorang bergurau kasar. Rupanya memang betul tak puas hati. Siap boikot secara berjemaah.

Akibatnya, wakil daripada Telco tu memohon maaf secara terbuka. Aku syak depa dahpun kehilangan ramai pelanggan. Satu je yang aku nak cakap. Padan muka!

Inilah kuasa boikot. Siapa cakap kuasa boikot tak mampu menjejaskan apa-apa perkhidmatan dan perniagaan yang menindas pelanggan? Inilah yang sepatutnya kita buat. Kalau tak, sampai tak sudah tak sedar diri. Tau nak kaut untung je. Yang kaya makin kaya, yang miskin makin papa zola.

sumber
Ni ada satu lagi yang kita semua kena Start Boikot. Nama macam GAH. Macam Good-Good je. Memang kena dengan nama dia yang bermula dengan huruf T sebab perkhidmatan macam Taik. Aku punya kat rumah tu, dua bulan berturut-turut bermasalah. Bila dah buat Report, nak selesai makan berminggu. Aku pernah sampai dua minggu tak setel-setel lagi masalah. Nasib baik aku tak kenal ROBOCOP, kalau tak hari-hari aku Punch muka dia.

Aku harap apa yang jadi ni, akan jadi iktibar pada semua perkhidmatan Telco yang lain. Pelanggan sekarang bukan macam dulu yang jenis biar biar dan biar je. Sekarang pelanggan nakkan perkhidmatan yang setimpal dengan apa yang dorang bayar. Ambik contoh senang lah. Cuba korang fikirkan, korang beli karipap makcik sebelah harga RM1 seketul, tapi inti suku je. Kalau Batman yang beli tu, mau ditunggangnya kereta Gaban lepas tu langgar sama itu kedai. Jangan main-main woo.

Last But Not Least.. temukan hotel Ideal dengan harga terbaik di Trivago.

2 comments.. read them below or add one

titan titan 09 April, 2016
biasanya boikot memang berjaya.

so, boikot lah selalu.
boni kacak boni kacak 11 April, 2016
hahaha. betul tu bro.. kena selalu boikot..