Mini Contest Smule BoniKacak Siri 1

Mini Contest Smule BoniKacak Siri 1 yo! 

Dah lama aku Plan nak buat Contest untuk penyanyi-penyanyi Smule yang ada. Konsep Contest aku mudah gila. Vokal terbaik yang berduet dengan aku kat Smule akan aku pilih sebagai pemenang.

Cuma untuk permulaan ni, aku hanya mampu buat Contest yang berskala kecik dulu. Dalam masa yang sama aku nak tengok macam mana sambutan dia samada menggalakkan atau tak.

Jikalau menggalakkan, siri Mini Contest ni akan aku teruskan sampailah ada penaja-penaja yang berminat untuk menaja Mini Contest aku dan menawarkan hadiah-hadiah yang lagi gempak. Mungkin pihak Yeo's Malaysia berminat? Ehem Ehem. (Kening terangkat-angkat). Dan mana tau satu hari nanti Mini Contest ni boleh jadi Contest Mega. 

Buat permulaan ni, aku dah pun buka satu Mini Contest Smule kat akaun Smule aku. Dan alhamdulillah setakat ni sambutan nampak agak menggalakkan


Untuk Mini Contest Siri 1 ni, aku pilih lagu Kisah Dua Muka nyanyian Sufi AF. Dan aku akan pilih vokal terbaik yang berduet dengan aku sebagai pemenang yang akan memenangi RM50. Hanya seorang je yang layak dinobatkan sebagai pemenang. Pergh, macam ayat pengacara Anugerah Juara Lagu.


Syarat-syarat untuk menyertai Mini Contest Smule Boni Kacak Siri 1 :-
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
Kenapa warga negara Malaysia je? Sebab aku Rasis! Hahaha. Bukan bukan. Sebab kalau yang menang warga Indonesia, aku tak tau macam mana nak bagi hadiah kat pemenang. Haha. Mungkin edisi seterusnya aku akan bukak untuk luar negara. Aku kena kaji dulu mekanisma terbaik untuk kasi hadiah kat dorang. 

Sorry teman-teman Smule aku yang berada di Indonesia, Singapura dan juga Brunei. Tunggu Next punya Contest ya.

Masih ada 6 hari lagi sebelum Open Call ditutup. Cepat-cepat. 

{ 7 comments.. read them below or add one }

yang baik yang baik 14 April, 2016
tak buleh nak join... hehehe :))
boni kacak boni kacak 14 April, 2016
kenapa tak buleh nak join?? hahaha
Cik Itah Cik Itah 14 April, 2016
vocal?? tak dapat nak join la haha suara sy ni memang hampeh hukhuk
boni kacak boni kacak 14 April, 2016
hahaha.. meriahkan contest ni dan lagi satu boleh promot akaun smule kita kat peserta lain. hehe
azfar idham azfar idham 20 April, 2016
X keluar lagi ke keputusan
azfar idham azfar idham 20 April, 2016
X keluar lagi ke keputusan
Dzulfikar Dzulfikar 06 February, 2017
Nak join boleh tak, kali aje suara saye number one wkwkwkw