Parking Motor Berbayar Di BSN Jalan Ampang Tak Relevan

Parking motor berbayar di Wisma BSN Jalan Ampang yo!

Petang tadi aku ke BSN Jalan Ampang untuk melakukan rutin harian aku sebagai seorang Despatch yang amat terkacak di Kuala Lumpur kota yang penuh dengan kesesakan dan kekesalan. Sampai je kat sana, aku terus cari tempat Parking biasa. Tapi terkejut aku. Dah kena bayar pulak! RM2!

parking motor bsn jalan ampang


Walaupun rasa pilu dan sedih bermain dalam otak aku, aku keluarkan jugaklah duit dari beg.  Nak buat macam mana. Parking tepi jalan kena saman pulak.

Ngam-ngam duit kat poket aku ada rm2. Tu pun aku sebenarnya aku nak beli choki-choki. Nasib baik bila masuk je dalam BSN tu, awek-awek dalam BSN tu comel-comel.

Hilang kemarahan di dada aku. Sejuk je hati aku. Malah bertambah pulak dengan getaran di tulang rusuk kiri aku lebih-lebih lagi bila disapa manja awek-awek tu.


Ok. Berkenaan Parking motor berbayar kat BSN Jalan Ampang ni. Bagi aku, sebenarnya tempat Parking motor berbayar tu tak perlu rasanya. Ini pendapat peribadi aku je lah. Kenapa aku cakap macam tu? Ni aku senaraikan beberapa Point penting.


  •  Ini bukan Shopping Complex yang orang akan singgah berjam-jam lamanya untuk beli tudung Fareeda, beli karipap makcik sebelah, beli roti canai mahupun beli gula-gula Hacks. Kalau yang kerja situ mungkin rasa berbaloi bayar sebab seharian duduk dalam tu, tapi macam mana pulak kalau lelaki bermotor yang datang situ hanya seorang Mat Despatch yang kacak macam aku dan hanya singgah dalam beberapa minit je??

Takkan nak Parking luar? Tak pepasal kena saman. Lagipun, Mat Despatch ni bukan asyuk pun. Kalau sehari ada 5 kali urusan untuk ke situ? Dah rm10 lebur. Kalau boleh Claim takpe, kalau tak boleh claim?? Aku tadi pun dua kali ke situ.


  • Jikalau motor nak Parking pun kena bayar, bukan ke lain kali orang dah tawar hati nak datang situ lagi. Belum apa-apa dah kena keluar rm2. Dah kurang prospek yang mungkin berkualiti di masa hadapan...macam aku.



  • Motor je kot. Dah tentu yang naik motor ni kebanyakannya bukan lelaki-lelaki kaya macam hero-hero drama Melayu petang-petang yang naik BMW 5 Series, Mercedes Benz E240, Toyota Alphard, Toyota Velfire. CEO syarikat Aku Berjaya Holdings lah, CEO syarikat Kenapa Kau Berubah Bah Malaysia Berhad lah. 
Walaupun muka aku level-level muka Aaron Aziz, tapi poket selalu Lohai. Tu yang naik motor je tu. Kesian lah sikit weh. RM2 lepas isi minyak satu liter tu. Jauh boleh pergi tu.


  •  Sekarang ni semua nak kena bayar. Dengan GST lagi. Matilanak.. Kesianlah kat kami rakyat Marhaen ni. Mohon jasa baik dan rasa timbang rasa daripada pihak yang mencadangkan Parking berbayar tu bersatu padu duduk semeja dengan penuh tawaduk, kepiluan, kesyahduan, dan rasa penuh kesyukuran untuk mempertimbangkan menarik balik perlaksanaan Parking berbayar tu. 
Lepas ni dahlah aku akan selalu ke sana untuk Usyar awek-awek BSN yang penuh kecomelan dan kelembutan tu. Kalau asyik kena cas je, silap-silap cukup untuk buat duit hantaran.

sumber

Mungkin ada sebab kenapa Parking berbayar tu dilaksanakan. Tapi aku tak tau sebab apa. Aku bukan Professor X yang boleh baca fikiran manusia-manusia mutan. Tapi berpadalah. RM2 tu bagi aku terlalu mahal.

RM2 mungkin tak bernilai di kalangan sesetengah orang-orang besar, VVIP, VIP, Dato', Datin, Datuk, Datuk Seri dan What So Ever lagi punya pangkat kat dunia ni, tapi bagi orang-orang macam aku RM2 tu sangat mahal untuk dikeluarkan macam tu je.

Macam aku cakap tadi, walaupun muka aku level-level muka Aaron Aziz dan sesetengah artis Korea, tapi aku bukan orang kaya. RM2 tu.. boleh beli choki-choki dan jugak isi minyak motor.

Kalau RM0.50 pun dah rasa berat, inikan pulak RM2. Mungkin pandangan rakyat Marhaen macam aku ni tak dipandang dan mungkin tak layak untuk dihadam oleh orang-orang yang mencadangkan Parking berbayar tu, tapi sekurang-kurangnya berilah sikit rasa timbang rasa. Kasi sikit ruang untuk kitorang bernafas.

Ini tak. Pergi sana sini semua kena keluar duit. Sebab apa kitorang naik motor ekpeceli motor kapcai? Sebab kitorang tak ada kekayaan untuk naik kereta. Kitorang tak mintak duit walau sesen pun kat orang, kitorang reti cari duit. tapi harapan besar kitorang adalah... jangan tekan lagi kitorang yang dah ditekan di setiap sudut.

Last But Not Least.. awek-awek BSN.. memang comel. Hahahahaha.

* Servis dan layanan kat Wisma BSN Jalan Ampang tak pernah mengecwakan. Aku sentiasa berpuas hati. 

1 comment... add one now

AnonymousAnonymous 13 January, 2017
Tulis kat Pengurusan BSN lah bro. Tak pun hantar email je.