Sepetang Bersama Blogger 2016 Penuh Kemeriahan #MdecSbb2016

Sepetang Bersama Blogger 2016 yo! Ini kali, edisi Sepetang Bersama Blogger 2016 lebih baik daripada sebelum!

Malahan, bagi aku sendiri yang tak pernah terlepas walau satu pun edisi Sepetang Bersama Blogger ni mengakui yang Sepetang Bersama Blogger 2016 kali ni lebih ok daripada kesemua edisi Sepetang Bersama Blogger yang pernah dianjurkan oleh Team Denaihati.

sepetang bersama blogger 2016


Boleh baca setiap edisi Sepetang Bersama Blogger aku kat sini. Boleh klik link kat bawah ni.


Bila aku terbuka balik artikel lama tu, ada dua edisi SBB yang buat aku agak sedih. 

Edisi SBB tahun 2012. Bila tertengok wajah arwah Blogger Jai Ramli aku rasa kehilangan sesuatu. Sebab dulu, masa aku masih lagi baru dan terkial-kial mencari rentak lagi, dia antara orang yang selalu Guide aku dalam dunia blogger ni. 

Edisi SBB tahun 2014. Bila aku terbaca komen kat artikel tu daripada arwah blogger Syuhada Baharudin hati aku makin sedih. Arwah pergi meninggalkan rakan-rakan blogger yang lain tak lama selepas berakhirnya SBB tahun tu. Terkejut malah tersentap aku dengan berita tu. Sebab tergiang-ngiang lagi detik kitorang bersembang dan bergurau masa SBB tu.

Sama-sama aku memohon korang untuk sedekahkan Al-Fatihah kepada dorang berdua. Terima kasih ye kawan-kawan. 

gambar-gambar mdecsbb2016
sumber pendapatan.
Ok. Jom kembali kepada Track asal.

Kenapa aku cakap edisi tahun 2016 ni adalah yang terbaik daripada sebelum? Antaranya. Pengisian yang ada dalam tu padat. Lebih padat daripada sebelum-sebelum ni punya SBB. Paling istimewa tentunya pengisian ilmu-ilmu Blogging dalam tu. 

Mana korang nak jumpa? Udahlah dapat berjumpa kawan-kawan yang selama ni hanya berhubung dalam alam maya je, tapi dapat pulak tambah ilmu-ilmu berblog daripada otai-otai yang sememangnya dahpun berjaya. Antaranya bro Aqif Azizan, Bro Hasrul Hassan dan jugak bro Ali Hanafiah Daud.

Rugi kalau korang tak fokus dan dengar segala perkongsian ilmu daripada orang-orang yang pakar tu. Macam aku, aku akui aku amat rugi sebab tak fokus. Bukan aku taknak fokus, tapi aku tak boleh fokus. Ramai sangat awek dalam tu. Tertanya-tanya aku, sapa nama awek tu, sapa nama awek ni. Sampai aku terbayang yang aku dengan awek-awek tu tengah berlatih tarian Raver bersama-sama. 

Haha. Ok ok. Aku gurau kasar je tu. Sebenarnya, ilmu-ilmu yang dikongsikan tu sangat berguna kalau korang nak berjaya dalam dunia blog ni. Bukan hanya menjadi seorang Blogger yang dikenali dengan Branding yang hebat, malahan dapat menjana pendapatan dengan Blog. Tapi kena tahan sikit lah mengantuk tu. Aku pun hampir-hampir terbaring kat peha orang sebelah. Nasib baik aku ada kad cidb. 

Aku bukan taknak kongsikan apa ilmu yang dikongsikan haritu kat sini, tapi aku...dah lupa. Haha. Silap aku sebab tak tulis dan tak fokus bebetul. Tapi yang paling aku ingat,
  • BRANDING
  • BUAT ARTIKEL YANG ORANG NAK. BUKAN ARTIKEL SYOK SENDIRI YANG KITA JE BACA. (Tetiba rasa pedih hulu ati)
  • TANYA KAWAN-KAWAN KAT FACEBOOK DORANG NAK KITA BUAT ARTIKEL PASAL APA.
Okay. Habis tang perkongsian tu. Apa lagi yang menarik untuk Sepetang Bersama Blogger 2016 ni? Dah tentunya dapat jumpa dan kenal dengan para blogger dan para penaja. Cuma, disebabkan aku ni memang ada masalah dengan ingatan, aku memang susah untuk cam orang. 

Ada satu insiden, aku dah pernah Hangout dah dengan blogger tu sebelum ni, tapi bila jumpa kat sana... aku lupa siapa dia. Sorry tau Bro.. Ini masalah utama aku dari dulu sampai sekarang. Penyakit keturunan kot. Haha. 

Ok, malas aku nak bebel banyak. Nanti korang muntah hijau pulak. Jom layan gambar-gambar sekitar Sepetang Bersama Blogger 2016 hari tu. 

mdecsbb2016
Pengacara yang memang Best sepanjang zaman, wartawan Astro Awani saudara Hilal Azmi. Lap U Bro!
majlis sepetang bersama blogger 2016
Perkongsian daripada orang-orang hebat.
perhimpunan blogger

boni kacak

blogger denaihati

mdec

jus bob nanas
Awal-awal dah dapat hadiah. Huh! Jeles.
kemeriahan sepetang bersama blogger 2016

gambar majlis mdecsbb2016

#mdecsbb2016

pen merah dot com

ephyra

Betapa meriahnya Sepetang Bersama Blogger 2016 ni. Dihadiri begitu ramai sekali Blogger-Blogger, penaja dan juga rakan-rakan yang lain antaranya daripada Honda, peminat Adiputra, dan juga ramai lagi. Kalau yang lain tu terbaca, boleh drop komen kat bawah. Hehe. Boleh kawan-kawan yang lain melakukan kunjung balas. 

gambar norman hakim
Ucapan daripada duta Ephyra yang sememangnya Malatop hari tu. 
gambar upin dan ipin
Persembahan silat gayung daripada Upin dan Ipin. Haha. Tak tak. Kemunculan Upin dan Ipin. Teruja aku. Dalam tv kecik je, tapi bila tengok depan-depan besar macam raksasa. 
pembekal nanas
Korang ingat individu ni datang semata-mata nak bikin kacau je ke? Atau tunjuk samseng kat situ? Atau sebagai penari kebudayaan? Korang silap. Tanpa beliau, takkan ada nenas kat atas meja tu. Cepat berterima kasih kat tokey Nenas ni. Hazman Fadzil.
dr azizan

blogger-blogger malaysia

zeeta magis aura mawar

kotak lensa

Ni semua antara Bunting-Bunting penaja yang sempat aku Snap. 

equrban
Korang ingat dua orang awek ni sesaja ke duduk kat situ sambil mengorat aku yang lalu lalang depan tu? Korang silap. Nak tau apa modus operandi dorang tu, korang kenalah  Google eQurban.
cvs production
Ini bukan duduk saja ni. Duduk berisi. Tak ada dia, tak ada gambar-gambar yang cantik masa Sepetang Bersama Blogger 2016 tu. Ni lah Firdaus Feeq dari CVS Production.
produk ephyra
Ni pun korang ingat siapa? Korang ingat tudung biru tu saje-saje duduk situ sambil mengumpat orang kampung sebelah? Korang ingat yang minum air tu sesaja duduk minum air kat situ tanpa jagaan ibu bapa? Korang silap. Inilah orang-orang kuat Ephyra. 
Booth yang paling sibuk sekali hari tu dah tentu Booth Kotak Lensa. Kalau dah berkait rapat dengan gambar, dah tentu orang-orang macam aku akan teruja. Haha. 

uncle gedek bro framestone

gambar-gambar kotak lensa

Antara aksi-aksi menarik kat Booth Kotak Lensa. Dengan aku sekali terbabit sama dengan kegiatan jenayah ni. 



JOPANA.MY

RICHWORKS ACADEMY

AMNA HOME

Cuma.... aksi aku tak sekental dan sekreatif orang lain. Aku.. tak.. reti.. bergambar. 


Tetiba aku ada kat atas Stage. Korang ingat aku sesaja ke tercampak kat situ? Rasanya ramai dah tau kenapa aku berdiri kat atas pentas tu sambil pegang beg daripada Zeeta. Takpelah, yang ni Special Chase. Nanti aku cerita kat artikel lain ye. Tunggu. 



Sepatutnya aku yang patut rasa terlampau Happy bila dapat Selfie dengan Adiputra dengan Norman Hakim, tapi ternyata aku salah. Dorang yang nampak betul-betul Eksaited bila dapat Selfie dengan aku. 

Pesanan pada Jai, sebenarnya gua ada terlibat dalam Iklan Gangster 2! Mau tam-tam tak bro? Hahaha.

Ok, rasanya dah padat dah ni. Aku rasa cukuplah. Muntah hijau korang nanti sebab terlampau banyak sangat gambar. Gambar-gambar Selfie nanti aku Up kat artikel yang lain. Sabo ye nak. 

Apa-apapun, aku minta maaf banyak-banyak dari hujung rambut ke hujung kaki kalau ada yang terasa hati dengan aku, ada yang aku tersalah cakap ke, terkasar bahasa ke sepanjang SBB tu. Untuk artikel dalam ni pun kalau ada terasa hati, aku minta maaf tau. Semua ni gurauan bertempat. Haha. 

Mungkin ada yang aku tak sempat nak jumpa, aku minta maaf. Mungkin ada yang aku tak sempat nak beramah mesra, aku minta maaf jugak tau. Sesungguhnya ketahuilah... aku ini manusia biasa yang banyak kekurangan walaupun level aku dah level artis Korea dah. Sepuluh hari aku mohon kemaafan ye. Jangan serik untuk jumpa aku lagi tau.

Kepada Big Bos Denaihati. Terima kasih sebab telah berjaya menganjurkan satu majlis yang sangat bermakna ni. Tanpa Bro Amir dan jugak team Denaihati Network, rasanya tak mungkin akan terhasil Event Blogger yang besar macam ni. Terima kasih yukk! 

Amir Hassan. Tak ada pakcik ni, Cannot Go lah SBB. 
Hisyamudin Fadzil. Tak ada pakcik ni jugak, tak jalan SBB. 
Tak sempat nak ambik gambar pakcik-pakcik Denaihati Network yang lain. Apa-apa pun, terima kasih ye semua.

Dan tak terlepas jugak jutaan terima kasih dan penghargaan kepada para penaja yang sudi menaja majlis untuk kitorang ni. Korang memang Best!! 

Kepada Zeeta, saya bersedia untuk dilamar jadi duta produk ye. Kalau dah Level-Level artis Korea cenggini, jangan risau, mesti ramai eksaited nak beli produk sembur-sembur Zeeta tu.

Jom tengok hasil tangkapan hari tu. 


YEO'S MALAYSIA


SOHAINI COOKIES




ASIAN HERBAL BIOTECH

ALEEYA'S KITCHEN

PARA BARISAN PENAJA YANG SANGAT COOL. BOLEH KLIK DAN TERUS LIKE PAGE DORANG YE. 












{ 18 comments.. read them below or add one }

Jueliza Jamani Jueliza Jamani 19 April, 2016
patut la boni kacak ni pemes. tetiap tahun dia pergi..
Denaihati Denaihati 19 April, 2016
besonya dia punya spek....heeee. mudahan point penting yg dkongsikan panel2 dapat dimanfaatkan. Apa pun terima kasih bro sertai dan meriahklan SBB2016 ni dan entri ni.
Tasha Aqisha Tasha Aqisha 20 April, 2016
betul tu... dalam bersuka banyak yang kita dapat melalui event macam ni....
Mama Darwiish Mama Darwiish 20 April, 2016
walau tak keluar peluh macam sbb2015, tapi memang best penuh pengisian ilmu. Sedikit upset x dpt cidb kad :(
Syireen Halim Syireen Halim 20 April, 2016
wah, banyaknya gambar :-)
Ezad Skytech Ezad Skytech 20 April, 2016
SBB2016 memang paling meriah aku rasa di antara semua SBB...memang tak rugi join hari tu...cuma satu je aku terkilan...tak dapat pegang kad CIDB ko boni...HAHA
boni kacak boni kacak 20 April, 2016
hahahhaahahaha.. sebab setahun sekali. macam hari raya. hehehee. tu yang kena pergi tu. haha
boni kacak boni kacak 20 April, 2016
sama2 bang!! haha. terima kasih jugak sebab anjurkan program yang besar setahun sekali ni utk meraikan blogger. :)
boni kacak boni kacak 20 April, 2016
yeah!! hehehehe. input yang kita dapat tu, kena praktikkan tau. jangan peram. hehe
boni kacak boni kacak 20 April, 2016
hahahaha. siap tolak stroller baby lagi kan? hahaha
boni kacak boni kacak 20 April, 2016
hehehehe. ni pun tak masuk selfie lagi tau, masuk selfie habis punggah. hahaha
boni kacak boni kacak 20 April, 2016
gila tak meriah.. hehhee. aina tu, tahun depan kalau ada, kena join tau!! hehe
boni kacak boni kacak 20 April, 2016
kad cidb tu aku kena sorokkan dari pandangan mata ko. hahahahaha :P
Mek ila Jual Vitamin Mek ila Jual Vitamin 21 April, 2016
Bagusnya entry ni. Panjang dan lengkap berbanding entry Mek ila yang simple sangat.

Salam blogger!
Sani Sani 27 April, 2016
Banyak juga gambar yang engkau ambil ya bro. Gambar aku dapat belakang aje..hah..hah