Isu Bella - Keyakinan Diri Itu Penting

Aku baru tertengok video Bella minta maaf.Aku tolak tepi macam-macam andaian termasuklah video tu hanya nak mempromosikan produk. Cuma apa yang aku tertarik adalah Statement tertekan dengan fizikalnya apalagi selalu kena ejek.

Sebenarnya, memang benda tu wujud pun. Kena ejek disebabkan kekurangan dari segi fizikal berbanding orang lain. Disebabkan kekurangan yang dimiliki tu, manusia-manusia yang bermentaliti kelas ketiga mula mempersendakan dan mengejek-ngejek. Akibat daripada ejekan yang melampau tu kadang-kala membuatkan empunya diri mula rasa tertekan dan penghabisannya, hilang terus keyakinan diri.

Ini yang bahaya. Bila seseorang mula hilang keyakinan diri, dia takkan mampu untuk buat apa-apapun. Berhadapan dengan orang lain pun tak sanggup. Macam filem Buli. Sampai tahap boleh mengakibatkan tekanan mental dan berupaya mencederakan diri sendiri.

Pergh. Dah macam pakar motivasi pulak aku rasa ni. Apa yang boleh Bella dan orang-orang lain yang mempunyai kekurangan ni buat? Sebenarnya senang je. Abaikan suara-suara sumbang yang tak pernah belajar vokal langsung tu. Kadang-kadang dorang tak sedar betapa sengau dan buruknya lantunan vokal dorang tu. Abaikan segala ejekan dan muka-muka yang sangat menjengkelkan tu. Kuatkan mental. Buang jauh-jauh segala ejekan tu.

Tanam balik keyakinan diri. Macam aku sendiri, aku suatu ketika dulu ada jugak kena ejek pendek. Yelah. Berfizikal kecik tak macam kawan-kawan yang lain. Aku pernah rasa tertekan sampaikan satu tahap aku bercakap kat diri aku kenapa aku dilahirkan kecik tak macam Aaron Aziz mahupun Godzilla. Dah lah kecik, tak mampu nak buat aktiviti-aktiviti lasak sebab ada penyakit semput. Macam mana aku nak Femes. Kesian betul diri aku ni. Kadang-kadang aku fikir kenapalah aku dilahirkan kat dunia ni. Tak sesempurna kawan-kawan lain.

Tapi sikit demi sikit aku belajar sesuatu. Aku belajar untuk menghargai diri aku. Apa yang aku buat? Aku abaikan semua tu. Aku Convert kekurangan yang ada pada aku ni kepada satu keyakinan yang amat tinggi dan amat besar. Sampai tahap aku mampu lakukan perkara-perkara yang tak mampu dilakukan oleh kawan-kawan lain. Tahap keyakinan diri aku melampaui batasan. Cuma rambut je tak bertukar warna kuning macam GOKU.

Disebabkan tahap keyakinan diri aku sangat tinggi, aku mampu berhadapan dengan puluhan malahan beratus orang tanpa sikit pun rasa rendah diri. Aku mampu berucap dan mampu berada kat atas pentas dan berhadapan dengan ratusan orang tanpa sikit pun rasa aku ni ada kekurangan. Malah aku rasa aku lebih berani dan yakin daripada orang yang berada kat depan aku. Aku mampu buat apa saja tanpa sikit pun rasa berdosa. Hahaha. Riak betul.

Point yang aku nak sampaikan kat sini pada orang-orang yang mempunyai kekurangan, jangan sikit pun rasa rendah diri dan tekanan dengan apa yang ada kat korang tu. Korang kena ingat yang kekurangan itu sebenarnya adalah satu kelebihan korang yang tak ada kat orang lain.

Aku ambik contoh paling senang adalah Abam Bocey. Bukan je berfizikal besar, malah sangat bangga dengan diri dia dan penuh keyakinan. Dia Convert apa yang orang katakan sebagai kekurangan tu kepada kelebihan diri dia. Contoh paling mudah kan.

Jadi, hari ni tanamkan azam kat diri korang. Aku kena yakin dengan diri aku.

Selalu sebut, "Aku bangga dengan kekurangan yang ada pada diri aku kerana kekurangan ini adalah kelebihan yang ada pada aku dan tak ada pada orang lain!"

Kemon! Yu Ken Duit Gais!!

Jarang-jarang abang kacak korang ni nak buat artikel yang serius-mius. Jadi jangan sia-siakan nasihat ni tau. Ini adalah nasihat berharga.


Isu Bella - Keyakinan Diri Itu Penting

3 comments.. read them below or add one

♥ aiNa yaZiD ♥ ♥ aiNa yaZiD ♥ 10 May, 2016
Jangan compare dengan orang yang lebih dari kita. Tapi compare dengan orang yg serba kekurangan dr kita.. Apa pun bersyukur n yakin dengan sendiri.. setiap manusia ada kelebihan masing masing. =)
el el 14 May, 2016
masalahnya yg si bella tu g buat video buat pe..kan dah jdi bahan viral hahaha
kut ye pun repot je lah then tutup muka ke..tutup body ke tutup aurat kan ni kan dah terkena haa..agak2lah nak komplen gitu or nak femes kut allahualam semogaa lepas ni menjadi iktibar kepada semua..nak wat video tu xpayahlah ..social media skrg ni merata dah skrg...#watchoutgais
fairus fairus 18 May, 2016
Sekurang-kurangnya dia berani minta maaf.. Bagi yang menghentam dia, maafkanlah dia.. Kita manusia ni memang tak lari dari membuat kesilapan sama ada dalam sedar mahupun sebaliknya..