Renew Lesen Perniagaan SSM Secara Online

Renew Lesen Perniagaan SSM Secara Online Jyeah! Hari ni aku ke SSM untuk Renew Lesen Perniagaan aku.

Dah tamat tempoh dah sebenarnya lesen aku. Tapi memandangkan tak ada masa untuk ke SSM, jadi aku biarkan ianya berlalu bagaikan angin lalu sepoi-sepoi bahasa melayu. Tapi secara tiba-tiba aku rasa aku kena Renew. Kalau tak, rasa bersalah je jual spender dengan bra secara online. Jadi aku buat keputusan untuk Renew pagi ni. 

Aku terus pecut ke SSM pepagi buta untuk mendapatkan kedudukan terbaik tapi macam biasalah, aku tetap beratur. SSM memang setiap hari dipenuhi manusia berbagai bangsa. 

renew ssm


Masa awek kaunter tu tengah Renew kan lesen aku tu, aku sesaja aku liuk lenturkan postur tubuh aku dengan potur yang paling mengiurkan sekali. Dengan harapan agar aku boleh dapatkan nombor telepon dia. Senanglah lepas ni Renew takyah beratur, tapi mesej je. Heh heh. Tapi bila muka dia usyar ketat kat aku, aku terus insaf. Terus aku tanya,

" Lesen perniagaan ni, boleh tak kalau nak Renew secara Online? Mudah sikit kerja. Tak perlulah buang masa banyak. Masa bagi saya ibarat emas. Setiap detik yang berlalu kat sini lebih berbaloi kalau saya habiskan dengan tidur.". (Ambik rangkap pertama je. Rangkap seterusnya tu aku tanya dalam hati je.)

Dia jawab boleh!

Betapa gembira berkepalang aku rasakan masa tu. Terus aku dapatkan cara-cara macam mana nak Renew lesen perniagaan secara Online. Rupanya senang je. 

  1. Pergi ke SSM.
  2. Daftar sebagai PENGGUNA PORTAL EZBIZ menggunakan alamat emel yang sah. Guna komputer yang disediakan kat SSM tu.
  3. Masuk ke laman Portal ezbiz.ssm.com.my. 
  4. Cari perkataan ' I am new. Sign Up'
  5. Picit kotak Sign Up tu.
  6. Lepas tu, komputer tu akan ugut korang untuk isikan nama ID, Password, emel,  nama dalam I.C, nombor I.C , alamat perniagaan, nombor telefon perniagaan, dan gambar Selfie paling seksi (ok, yang ni aku tipu) 
  7. Lepas korang dah isikan tu, nanti akan ada satu emel masuk. Print emel tu. Printer ada disediakan kat sana. Kalau tak ada, korang boleh marah dorang berbakul-bakul.
  8. Bawak emel yang dah diPrint tu ke kaunter. Serahkan apa yang korang Print tu kat kaunter tu dan dorang akan aktifkan ID portas ezbiz korang tu masa tu jugak. Kalau tak aktif, korang boleh berdiri kat depan kaunter tu sambil buat muka yang paling garang sekali sambil ugut untuk berbogel di khalayak ramai kalau masih belum dapat diaktifkan dalam masa terdekat. 
  9. Lepas tu korang dah boleh Renew lesen korang secara Online dah. Masuk ke ezbiz.ssm.com.my
Cara-cara untuk Renew lesen perniagaan di Portal ezbiz.ssm.com.my
  • Masukkan Login ID
  • Masukkan Password
  • Isikan Verification Code yang tertera tu.
  • Picit Sign In
renew lesen perniagaan secara online
  • Lepas masuk je ke halaman utama Portal tu, ikut Step-Step kat bawah ni.

Ok, mudah kan!! Lepas ni aku boleh Renew lesen perniagaan sambil tengok Janna Nick berlakon lagi. Tak perlu beratur panjang-panjang, tak perlu menempuh kesesakan luar biasa jalan raya kat KL ni, tak perlu pening-pening nak Parking motor kat tempat yang tak ada bumbung. Cepat, mudah dan jugak boleh Renew bila-bila masa. 24 jam sehari Portal ni beroperasi. 

Aku harap lepas ni kalau nak Daftar Lesen Perniagaan pun boleh dilakukan secara Online. Lebih mudah untuk peniaga-peniaga berniaga secara halal lepas ni. 



{ 7 comments.. read them below or add one }

Diana Diana 14 February, 2017
Waaaa tq2.. lepas ni boleh buat. Tapi kena jugak ke SSM dulu :)
Sangkar Ayam Sangkar Ayam 23 February, 2017
Aku ikut buat boleh tag hehehe, kita orang sama" buat
Aisah Aisah 10 March, 2017
Macam Bank BSN pun boleh renew SSM juga.
おいら おいら 23 April, 2017
Skng dkt ssm muar..diaorng xde printer bil tnya blh print ke x?wat muka tekejut lak pegawai ni...btul ke admin blh print klu kat ssm ni..
Unknown Unknown 12 September, 2017
boleh la ko wat business online, sapa nk renew ssm ko charge 5 hengget, lps la nasi pagi ngan tea tarik
AnonymousAnonymous 13 September, 2017
Thx for info

Btw ssm ni tak mesra manusia betul. Duit nak (wajibkan peniaga online), tapi kemudahan cap ayam. Tak secure ke kalau daftar online? Kalau setakat nama bertindih tu. aku main game online (international lagi), boleh je dorang adjust. Nak start guna online pun nak kene terpacak depan muka dia jugak. Adoidoi.
Ke bsn aje la aku ni