1Mcat Art Bazaar 2016 Bakal Menggegar Balai Seni Visual Negara

1Mcat Art Bazaar 2016 di Balai Seni Visual Negara.

Balai Seni Visual Negara yang dulunya dikenali sebagai Balai Seni Lukis Negara ini terletak kat Jalan Tun Razak. Bersebelahan Istana Budaya.

Balai Seni Visual Negara akan mengadakan satu program yang sangat menarik iaitu 1Mcat Art Bazaar. Bertujuan menarik minat pelancong luar dan juga warga tempatan untuk ke balai seni visual negara dan juga meraikan pelukis-pelukis tanah air.

Tarikh keramat yang dipilih adalah pada 26 hingga 27 November 2016. Tak lama lagi dah ni. 

gambar balai seni visual negara
Balai Seni Visual Negara yang dulunya dikenali sebagai Balai Seni Lukis Negara. sumber
Ini adalah satu berita yang sangat menggembirakan bagi orang-orang yang sangat meminati seni. Bukan setakat orang yang meminati seni bahkan mereka-mereka yang nak bawa keluarga berjalan dan beristirehat di hujung minggu.

Dating pun okay jugak. Daripada korang Date kat dalam hutan atau semak dan ditusuk-tusuk duri pohon semalu, lebih baik Dating kat sini. At Least korang dapat terhindar daripada buat maksiat dan juga dosa-dosa lain. 

1mcat art bazaar 2016

Apa yang korang bakal dapat nikmati kat sana? 

Korang akan dapat menikmati wajah kacak aku ni selama berjam-jam lamanya. Hahaha. Aku gurau kasar kan.

Ok, pelbagai Booth jualan yang ada di sana. Antaranya,
  • Vintage Market
  • Food Truck
  • Car Booth Sale
  • Pameran Buku

Apa aktiviti menarik kat sana yang boleh bikin orang untuk santai lepak kat sana sambil menghilangkan stres?

Bermacam aktiviti menarik seperti dapat belajar rebus air ketum. Hahaha. Sekali lagi aku gurau kasar kan.

Pelbagai aktiviti-aktiviti menarik. Antaranya ,
  • Busker 
  • Basikal Pinjam
  • Moving Band
  • Bicara Seni

SERUM MAWAR ZEETA

Menurut risikan daripada Informer aku, dikatakan ada lebih daripada 100 Booth yang ada kat sana nanti! 

Menarik gila baq hang!

gambar balai seni lukis negara

Bagi aku sendiri, program ni juga dalam masa yang sama dapat menghilangkan stres kita dengan pelbagai aktiviti-aktiviti yang diadakan tu. 

Apa yang menarik lagi adalah program jenama GSHOCK yang akan diadakan kat perkarangan Istana Budaya juga pada tarikh yang sama. Memang HAVOC lah nanti kat sana. 

Jom kita yang bujang-bujang ni terjah 1Mcat Art Bazaar ni untuk cuci mata dan mungkin ketemu jodoh. Awek dah tentu ramai kat sana. Heh heh.

Ok.

Jom kita tengok pulak gambar-gambar 1Mcat Art Bazaar tahun lepas yakni tahun 2015! 

Yosh!

food truck di 1mcat art bazaar
Dijangka tahun 2016 ni lebih banyak penyertaan Food Truck. Berbagai jenis makanan boleh dinikmati kat sana nanti. 
booth yang ada di 1Mcat Art Bazaar 2016


1mcat art bazaar 2016
aku harap yang bertudung merah ni akan pergi lagi ke 1Mcat Art  Bazaar  ni. Ngeh ngeh.








Woo. Ni antara yang Rare ni. Harap tahun ni akan ada lagi.


lukisan 3d di 1mcat art bazaar
Kreatif. 

vintage bikers 1mcat art bazaar balai seni visual negara
Ni pun menarik gak ni. Vintage Bikers
 


aktiviti yang ada di 1Mcat Art Bazaar Event Balai Seni Visual Negara
Buat apa tu dik? Nampak macam tertido je tu

pameran seni

Jadi. Jangan lupa untuk habiskan hujung minggu bersama keluarga terutama anak-anak! Dan kepada yang bujang-bujang, jom lepak sambil cari jodoh!

Ingat tarikh 26-27 November 2016 ni!

Save The Date!

Lokasi di Balai Seni Visual Negara yang terletak dekat Jalan Tun Razak!

Aku dan Team Raksasa Manja pun akan ada kat sana!

Yoshh!!


2 comments.. read them below or add one

Sop Sop 10 November, 2016
Menarik
Harus pergi ni
boni kacak boni kacak 10 November, 2016
hehehe. memang kena terjah bro :)