Campur-Campur Produk Kecantikan Tumbuh Cendawan Hydnellum Pecki

Assalamualaikum dan selamat pagi semua yang tersayang lalu disayangi. Disebabkan otak aku tengah galak ni, izinkan aku untuk menconteng-conteng blog aku ni.

Apa yang aku nak kongsikan kat sini pasal produk kecantikan terutama untuk wajah.

Acap kali (Bukan nama pendek untuk Ashraff), aku perasan ramai yang suka tukar-tukar produk.

Kadang-kadang tu, baru guna satu produk A dan tak sampai sebulan dah beralih ke produk Z.

Kadang-kadang tu tengah guna produk A, boleh pulak guna produk B, produk C dan dua tiga jenis lagi produk dalam masa yang sama. Dicampur-campurkan begitu begini je. Sikit pun tak rasa berdosa.

Eh.. Tak takut muka tu tumbuh cendawan Hydnellum Pecki ke?

cendawan Hydnellum Pecki (cendawan gigi berdarah) sumber
Boleh ke tumbuh cendawan?

Hmm. Aku pun baru terfikir boleh ke tak lepas artikel ni siap sebenarnya.

Tapi tak kisahlah benda tu. Sila abaikan je.

Apa yang aku nak sampaikan kat sini, seeloknya untuk produk kecantikan, korang guna satu jenis je dalam satu masa. Dan GUNA untuk JANGKA MASA yang panjang, bukannya singkat.

Sekali lagi aku tekankan..

Cuba untuk KONSISTEN satu produk je!

Aku tau ramai yang jenis nak nampak hasil yang cepat, ketara dan terus berubah 180 darjah kan.

Bila tak nampak kesan, terus buat keputusan untuk pijak, tempeleng, terajang terbang dua kaki lalu campak dalam tong sampah sesuatu produk tu kan.

Lepas tu buat keputusan untuk cuba pulak produk yang lain. Then, jadi gak benda yang sama. Buat lagi tabiat yang sama. Berulang-ulang kali.

RAKSASA MANJA

Ok. Sebenarnya ada salah faham kat situ sebenarnya. Korang kena betulkan balik Mind Set korang tu.

Produk yang TERLALU CEPAT menampakkan kesan seperti putih tak semestinya adalah produk yang bagus.

Sebab apa aku cakap cenggitu?

Sebab mengikut cakap Tok Anjang aku, selalunya produk-produk yang TERLALU AJAIB ni ada bahan kimia!

Huh! Dah macam filem Sains Fiksyen dah kan. Tapi ada betulnya tu.

Aku sendiri pernah cuba satu produk Bebuntala (nama produk dirahsiakan). Memang nampak cerah sikit dalam masa yang singkat, tapi muka aku jadi panas, pedih, agak sensitif dan kuat merajuk. Macam bersifat menghakis pun ada. Sejak daripada tu aku terus kemurungan dan berkurung je dalam bilik.

The Point Is, cuba cari produk yang sememangnya diyakini dan telah dicuba oleh orang lain berbulan-bulan lamanya.

Dan bila dah dapat tu, janganlah campur-campur pakai.

Guna satu produk tu secara KONSISTEN SETIAP HARI dan berbulan-bulan lamanya.

Putih tak semestinya cantik. Tapi bila bersih dan berseri, ini sebenarnya yang lebih UMMPHH!

Alang-alang tu, biarlah aku bongkarkan satu rahsia peribadi aku. Sekarang ni aku guna SERUM MAWAR ZEETA. Dan aku dah guna selama 7 BULAN berturut-turut secara Konsisten SETIAP HARI!





Serum Mawar Zeeta ni memang perlahan sikit kesan dia. TETAPI, bila konsisten guna setiap hari dan kekalkan setiap bulan, memang nampak kulit muka aku cerah sikit, berseri, licin dan bersih.

Putih melepak tu memang tak lah, sebab aku memang hitam manis semanis kurma.

Kalau aku jadi putih melepak tu, bermakna Serum Mawar Zeeta ni ada bahan kimia yang bersifat menghakis.

Jadi bagi aku, Serum Mawar Zeeta ni lebih REALISTIK dan selamat untuk digunakan sebab ia ZERO Chemical.

Jom tengok pulak apa kata orang lain yang dah gunakan.

produk serum mawar zeeta

beli serum mawar zeeta secara online

senarai stokis serum mawar zeeta

khasiat dan kebaikan serum mawar zeeta


testimoni-testimoni serum mawar zeeta

di mana boleh dapatkan stok serum mawar zeeta


SERUM MAWAR ZEETA

Jadi, ingat pesan aku. Guna apa-apa produk sekalipun, CUBA untuk KONSISTEN setiap hari dan berbulan-bulan. Cubalah UNTUK SETIA. Macam tajuk lagu Hetty Koes Endang pulak.

set super gojes serum mawar zeeta


Pada siapa yang nak cuba dan beli SERUM MAWAR ZEETA, bolehlah WHATSAPP 01139997794.

3 comments.. read them below or add one

Cik Itah Cik Itah 11 November, 2016
scary ja cendawan tu. alhamdulillah sy konsisten dengan produk yg sy guna.

p.s bagus jugak produk zeeta ni
boni kacak boni kacak 11 November, 2016
https://lh3.googleusercontent.com/-mCsZPeixHvA/T2WEWivv9FI/AAAAAAAACZw/64ZGRgdlDeg/s36/02.gif hehehe. bila nak try serum mawar zeeta?