Pelbagai Booth Dan Aktiviti Menarik Di 1Mcat Art Bazaar 2016

Pelbagai Booth Dan Aktiviti Menarik Di 1Mcat Art Bazaar 2016 baru-baru ni.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Seperti yang semua sedia maklum, aku dan Bophairy Baharum dari Team Raksasa Manja telah diamanahkan untuk menjadi pengacara majlis untuk program 1Mcat Art Bazaar yang baru je selesai Ahad lepas.

Alhamdulillah. Aku dan Bop berjaya menghuru-harakan majlis dengan begitu jayanya sekali. Hahaha. Kasi pecah! Habis semua kena sakat dengan kitorang. Satu pencapaian yang sangat menakjubkan untuk kitorang.

1mcat art bazaar 2016
frankie N dino In The House

Gambar-Gambar Menarik Sekitar 1Mcat Art Bazaar 2016

Ok. Program 1Mcat Art Bazaar sangat-sangat meriah dengan pelbagai jenis Booth jualan, pameran dan jugak aktiviti-aktiviti seperti Busker, Live Drawing, dan macam-macam lagi.

Jom kita tengok gambar-gambar sekitar program 1Mcat Art Bazaar 2016 ni.











Booth Raksasa Manja pun ada sekali. Untuk mempromosikan perkhidmatan video-video iklan yang kitorang hasilkan.

Ini baru separuh je dari keseluruhan Booth-Booth jualan dan juga aktiviti yang ada kat sana. Ada banyak lagi yang tak sempat aku nak tangkap gambar sebab memori Phone penuh. Antaranya Car Booth Sale, Vintage Market, Busker, Truck N Roll dan macam-macam lagi. 

Tapi apa yang aku boleh katakan, memang berwarna-warni 1Mcat Art Bazaar Event ni. Sangat-sangat berseri dan meriah. 

Tang mengacara majlis pulak. Aku rasa sangat puas hati sebab aku dan Bop dah buat sehabis baik untuk program 1Mcat Art Bazaar 2016 ni. Bukan senang nak jadi pengacara yang diterima baik. Alhamdulillah. Feedback Very-Very Positif!

Jom aku belanja gambar-gambar Raksasa Manja kat sana!


acara dan aktiviti menarik di 1mcat art bazaar 2016



gambar di 1mcat art bazaar 2016


gambar-gambar menarik sekitar 1mcat art bazaar 2016

Terima kasih semua yang memberi peluang kepada Raksasa Manja untuk menunjuk belang sebenar. Antaranya Tuan Hanis Ayub yang paling banyak berjasa pada kitorang. Dan keseluruhan team Raksasa Manja, Bophairy Baharum, Haqel Faezi, Ed Zahrin. Tak dilupa jugak Shairazi Azlin untuk gambar-gambar yang sangat Awesome ni. 

Jika ada rezeki, kita jumpa kat 1mcat Art Bazaar 2017 pulak!

Jangan dilupa untuk sentiasa mendoakan saudara-saudara Rohingya kita yang sedang dibunuh tanpa perikemanusiaan langsung sekarang ni. Mereka amat-amat memerlukan doa daripada kita semua. 

1 comment... add one now