Berjuang Di Final Pertandingan Karaoke Anjuran Puqau Beauty

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah aku diberi lagi kerajinan untuk Update blog aku lagi untuk hari ni. Sebelum ni banyak tergendala disebabkan masalah Streamyx yang menyakitkan hati kat kawasan aku ni. Kalau ada kuasa Kamehameha, dah lama aku Kamehamehakan Modem aku ni. Tapi masalah gak, kang kena bayo rm57 pulak.

Ok. Malas aku nak buang masa lagi untuk cerita pasal perkara-perkara tahyul dan khurafat tu. Back To The Main Topic!

Ok. Sabtu dan Ahad lepas aku ada masuk satu pertandingan karaoke anjuran Puqau Beauty. Sebenarnya aku tak Prepare apa-apa pun sebab aku dapat info pertandingan tu lepas aku bukak pelamin je. Haa. Nampak. Dengan baju selekehnya, aku gagahkan diri jugak untuk pergi ke saringan malam tu.

puqau beauty carnival 2016


Berbekalkan semangat dan keazaman yang tinggi berbonuskan wajah seiras Fatah Amin ni, aku terjun je terus tanpa fikirkan masa depan dan jugak masalah sosioekonomi negara Zimbabwe. Serius aku tak Prepare apa-apa. Berlatih pun takde. Hanya berlandaskan kejituan semangat dan jugak kenangan 4 tahun lepas masa rajin Join pertandingan karaoke.

VIDEO SARINGAN - KLIK SINI

Alhamdulillah. Aku sebenarnya tak Expect pun akan mara ke Final. Tapi TERmara jugak ke Final. Mungkin sebab aku main kenyit-kenyit mata kat juri. Hahahahahaha.

Esoknya bermulalah Neves yang terlampau bila Final nak bermula. Apalagi ada antara finalis-finalis yang aku pernah berentap dulu pun ada. Memang Power-Power Rangers suara depa! Antaranya Kak Rosiah Yaya, Tajul, Fikri, Rizal Hasyim dan ramai lagi. (Nanti korang kenallah bila aku letak Caption kat gambar).

Bertambah lagi lah Neves aku. Beberapa kali aku dihimpit keresahan dan kemurungan sebab terlampau cemas.

karnival puqau beuaty 2016
Nampak macam penuh dengan ketenangan kan. Tapi hakikatnya aku terkemut-kemut tahan taik daripada keluar tu.
Tiba giliran aku. Aku terus Perform tanpa fikirkan betapa bencinya orang kat muka aku yang agak buruk bila nak capai High Note. Tapi aku tak kisah. Aku balun je. Cuma Neves tu makin lama makin hilang bila aku dah capai akil baligh atas pentas.

VIDEO FINAL - KLIK SINI

gambar-gambar pertandingan karaoke anjuran Puqau Beauty
Amacam? Mafia menyanyi atas Stage. Style kan? Kalau korang check seluar aku dah basah dah tu sebab terkencing.
produk puqau beauty
Hidup kena ada Style walaupun persembahan tak logik dan tak bernas langsung dan tak leh nak hadam dek otak normal. 
Macam mana pun. Aku dah cuba yang sehabis baik. Tapi mungkin sebab tak ada rezeki. Juri pun sangat profesional. Memang dorang mencari pemenang yang BerVOKAL terbaik. Aku hanya mampu berfantasi untuk meraih kejuaraan macam dolu-dolu jugak.

Para juri yang sangat Profesional. Ani Mayuni pun ada tu. Hai Kak Ani
Para finalis malam tu. Aku yang paling kacak atas tu. Jangan tengok  yang lain ye. 
Yes!! Aku berjaya membawa pulang produk Puqau Beauty. Nanti aku nak Try acano perginya produk ni. Terima kasih Bonda Ds Anggun yang memberi kesemua finalis saguhati ni. Ini keputusan Last Minute daripada dia. Kitorang sangat-sangat Appreciate
Ni lah Fikri. Yang sama-sama berentap daripada dulu lagi dalam pertandingan karaoke. Tapi biasanya kitorang sama-sama akan dapat saguhati je. Hahaha. 
Ni lah dia bro Tajol yang memang bervokal dasyat jugak ni. Seram aku bila nampak nama dia jadi finalis. Aku rasa masa depan aku terus gelap gelita. Last sekali kalau tak silap kitoran berentap kat Final pertandingan karaoke anjuran Just K Selayang Mall 6 tahun lepas kalau tak salah aku. 
Ni pulak Kak Rosiah Yaya. Nampak je nama dia ni, aku rasa bukan gelap terus masa depan aku, terus aku hampir koma. Kenal masa kitorang sama-sama masuk Jangan Lupa Lirik Musim Ketiga. Vokal dia memang hampir sempurna. High Note dia kalau dengar.. pergh.. habis gugur bulu kening aku. Terpaksa aku gam balik bulu kening aku.
Rizal Hashim ni aku baru kenal tapi sebenarnya dah Friend lama kat Facebook. Vokal pun mantap jugak. Lagu feveret Sedetik Lebih. Itu lagu cari makan dia tu. 
Yang ni Mas Ayu. Aku baru kenal dalam pertandingan ni. Tapi.. memang ayu kan. Ehhh
Brader ni pun boleh tahan suara dia. Saing-saing Jamal Abdillah ni. Suara dasyat. Shahrom Talaha nama dia. Korang kalau nampak dia ni masuk pertandingan karaoke, elok korang buat yang sehabis baik. Sebab vokal dia aku akui agak mantap. 
Yang ni aku terlupa nama dia. Aku terlalu Neves sampai tak sempat nak berkenalan dengan semua finalis. Pun bervokal mantap jugak ni. 
Akak ni pun boleh tahan. Lincah dan bersuara lunak. Memang masih berbisa. Korang kalau masih belajar menyanyi, elok jangan berentap dengan akak ni. Korang tertinggal bertiang-tiang kot. Aku pun rasa aku tertinggal 2-3 tiang dengan dia ni.
Pemenang tempat keempat.  Suara memang sangat menarik. Dan lain dari lain. Kawalan vokal agak mantap, cuma tempo dia kena jaga betul-betul. Apapun, tahniah dik! Hehe. Teruskan perjuangan, Tone suara menarik. 
Tahniah Bro menang tempat ke tiga. Tak tau nak komen apa. Haha. Persembahan mantap! 
Pemenang tempat kedua adalah anak kepada pemenang tempat ke tiga. Yang ni pun aku tak reti nak komen apa sebab aku fokus dengar lagu kat Youtube. Nak hilangkan Neves. Apa-apapun tahniah!
Pemenang tempat pertama. Sepupu pada pemenang tempat kedua. Yang ni pun aku tak sempat nak dengar sebab terlalu fokus nak hafal lagu sendiri. Tahniah Shida! Hehe.
Aku agak teruja jugak sebab finalis Power-Power. Walaupun perasaan Neves tu sangat-sangat kuat, tapi dalam masa yang sama buat aku rasa nak buat yang lagi terbaik dan semampunya nak  hilangkan perasaan Neves tu. Dan aku suka perasaan tu. Melawan diri sendiri tu yang aku suka.

Tahniah Bonda Ds Anggun sebab telah anjurkan pertandingan yang sangat menarik ni. 
Faktor utama aku berhenti masuk pertandingan-pertandingan karaoke dulu sebab keputusan juri asyik pelik-pelik dan tak masuk akal. Bila selidik-selidik rupanya kaum kerabat juri. Aku banyak gila buang masa dan duit sebab benda-benda macam tu. Aku harap bila aku mula balik Join pertandingan-pertandingan karaoke sekarang ni, akan berubah senario dulu. Aku harap benda-benda macam dulu dah tak ada lagi. Kalau tak, takkan kemana-mana pertandingan karaoke ni. Takkan naik ke satu tahap yang berprestij. Tetap akan berada di takuk yang lama. Macam mana pun aku akan buru lagi pertandingan-pertandingan karaoke lepas ni untuk tampung perbelanjaan hidup aku. Doakan aku ye kawan-kawan.

5 comments.. read them below or add one

Mieza S Mieza S 21 December, 2016
takpelah tak menang. Asalkan dah cuba sehabis baik . tahniah2 dapat merasa ke final
boni kacak boni kacak 22 December, 2016
hehehe, seronok sebab dapat jumpa balik rakan-rakan seperjuangan dulu. hehe
boni kacak boni kacak 22 December, 2016
hehehe, alhamdulillah... lepas ni nak g serang lagi mana-mana pertandingan.. macam dedolu
Sukma Haron Sukma Haron 22 December, 2016
Pemenang tu semua kaum kerabat ler ek...but tahniah jugak boni...