MAHA 2016 Buka Mata Golongan Belia

MAHA 2016 Buka Mata Golongan Belia

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Alhamdulillah aku dapat kembali ke alam maya selepas seminggu lebih ada gangguan perkhidmatan Streamyx kat kawasan aku. Agak memeningkan  betul masalah aku ni sebab setiap bulan pasti akan ada masalah.

Ok. Aku tak nak bebel panjang pasal masalah aku tu. Jom kita terus tumpu kat MAHA 2016 yang berlangsung baru-baru ni. 

maha 2016 penuh kemeriahan
sumber
Kawan-kawan Facebook aku sendiri ramai yang turun ke Maha ni. Dan ada yang mengadu panas. Haha. Memang lah sana panas. Sebab dia kawasan terbuka yang sangat luas. Aku dulu pernah buka Booth kat Maha tapi aku tak ingat Maha yang keberapa. Kisah lama betul tu. Tapi panas tu adalah perkara biasa kalau kita terbabit dalam bidang Agroculture  ni. 

Masa aku buka Booth kat Maha dulu pun memang dah ramai betul pengunjung. Sesak. Rambang mata aku dengan awek. Tapi tahun ni lebih ramai yang datang memeriahkan suasana. Ditambah lagi dengan beberapa aktiviti menarik yang ditambah seperti Kampung Mok Cun, Upin Ipin dan juga festival muzik.

Jom kita tengok kemeriahan yang dicatat dan digambarkan pada MAHA 2016 baru-baru ni.

gambar-gambar sekitar maha 2016

gambar-gambar sekitar maha 2016

jumlah pengunjung yang datang ke maha 2016

apa yang menarik di maha 2016

gambar aktiviti-aktiviti di maha 2016


festival muzik maha 2016

Aku agak tertarik dengan satu video Timelapse yang dirakamkan pada MAHA 2016 baru-baru ni.


Apa yang menarik pada MAHA 2016 ni, kehadiran pengunjung dicatatkan seramai 3.7 juta pengunjung dan pembabitan belia pulak seramai 40%. Angka yang lebih dari sebelum-sebelum ini. 

Angka ni jelas menunjukkan semakin ramai golongan belia mula membuka mata dan membabitkan diri dalam bidang Agro dan ternakan ni. 

Mungkin ada yang hanya pergi dengan niat untuk berjalan-jalan mahupun cuci mata. Tapi apa yang aku boleh katakan, bila golongan-golongan belia ni ke MAHA 2016, pastinya dorang akan tertarik dengan benda-benda yang agak jarang didapati dan ditonton. Ini sekaligus dapat menimbulkan minat golongan-golongan belia ni secara tak langsung. 

Apa-apapun, syabas dan tahniah pada penganjur MAHA 2016 yang terus menerus menganjurkan program secara kerap untuk menarik minat lebih ramai rakyat Malaysia terutama golongan belia untuk berkecimpung dalam bidang Agroculture dan Horticulture ni. 


3 comments.. read them below or add one

Amin Hakim Amin Hakim 18 December, 2016
Saya pun pergi maha 2016 jugak.. penat sangat tapi anat berbaloi2.. macam2 barang saya beli
Cik Itah Cik Itah 19 December, 2016
tengok..macam meriah je. bestnya kalau dapat pergi..sayangnya jauh la huhu
lokman amirul lokman amirul 20 December, 2016
memang rugilah spa yg xjoin maha