Mencabar Jaga Nenek Aku Yang Alzheimer

Mencabar Jaga Nenek Aku Yang Alzheimer

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Sekarang ni aku memang berjaga malam pulak. Aktiviti aku dah berubah betul ni. Aku dah jadi burung hantu sepenuhnya ni. Bibir pun macam dah berparuh sikit dah ni. Nasib baik seksi lagi. Hahaha.

Pagi ni aku nak cerita pasal pengalaman jaga nenek aku yang kena alzheimer. Benda ni tak semua orang hadapinya dan tak semua orang terkena penyakit ni.

penyakit alzheimer atau nyanyuk
Sumber
Gambar kat atas adalah gambar otak yang normal dan otak pesakit yang kena Alzheimer. Jom cuba fahami.

Bila Sulcus dan Gyrus berpisah antara satu sama lain, ianya akan menyebabkan berlakunya Clash Of Titan. Di mana ianya akan menyebabkan Language dan jugak Memory mengalami gejala yang sama. Ini semua epidermik yang boleh menyebabkan penyusutan memori sekaligus menyebabkan renjatan elektrik di otak.

Hahaha. Deng. Korang percaya ke? Aku main bedal je tu. Aku tak faham apa-apapun kat gambar tu. Korang pahamkan lah sendiri.

Apa yang aku nak cerita ni, memang agak mencabar jaga nenek aku yang kena Alzheimer ni.

apakah penyakit alzheimer ataupun nyanyuk
sumber
Bayangkan dia boleh berjaga sepanjang malam kadang-kadang sampai dua tiga hari? Kalau berjaga je sambil baring kuak lentang je takpe, tapi ni berjalan-jalan satu rumah. Kadang-kadang naik turun tangga.

Tu tak masuk lagi berkali-kali dia masuk keluar bilik air mandi. Suka bona dia dengan air.

Tukar-tukar baju setiap sejam. Kadang-kadang tu suruh aku buang. Bila aku sorokkan, dia mintak balik baju tu. Siap membebel aku buang baju dia. Apa aku rasa? Aku rasa macam nak makan Maggie je banyak-banyak.

Lepas tu, korang bayangkan sambil dia jalan-jalan keliling rumah pukul dua tiga pagi, sambil-sambil tu dia cakap sorang-sorang. Kalau aku mungkinlah boleh pekakkan telinga, tapi kalau orang lain maunya seram pastu pindah Zimbabwe.

Yang aku risaukan tu bukan apa. Dia hari tu dah kena serangan strok. Jadi aku risau dia jatuh bila jalan-jalan. Masalahnya bila kita tegur dia degil. Tak nak dengar cakap. Korang pun tau lah, orang yang kena Alzheimer ni, memang macam budak-budak perangai dia. Memang susah nak kawal.

sumber
Nasib baiklah aku ada Secret Weapon. Nenek aku pernah cakap kat adik aku yang dia takut tengok Tripod Ipad aku. Dia cakap senapang. Heh heh. Aku terus dapat idea yang jahat lagi keji dan khurafat.

Setiap kali dia degil tak dengar cakap aku, aku terus keluarkan Tripod tu lepas tu letak kat belakang aku. Sambil buat muka yang sedikit tegas dan penuh kharisma.

Nampak dia sedikit Behave.

Ok. Apa-apapun, dan macam mana pun, aku kena banyak bersabar. Sama jugak macam Family aku. Aku ada baca macam-macam pasal penyakit Alzheimer ni. Memang perlukan kesabaran yang tinggi. Sebab otak dia memang dah jadi macam budak-budak. Kadang-kadang dia lupa. Jadi, kalau nak tegas pun, kena tegas yang lembut. Tak boleh nak tinggi suara kat dia.

Ok. Jumpa lagi nanti. Aku nak cari makan sat. Ingat nak pergi beli nasi lemak awek comel kat Kuala Kubu. Hahaha. Gila. Sanggup tu.

Chiaooww


{ 8 comments.. read them below or add one }

Cik Itah Cik Itah 07 December, 2016
memang agak mencabar..perlukan kesabaran yg tinggi
lokman amirul lokman amirul 20 December, 2016
bukan mudah tpi perlu ada kesabaran.
Vimax Vimax 08 June, 2017
memang agak mencabar..perlukan kesabaran yg tinggi vimax asli