Kita Nak Pergi Mana Ni?

Semalam ada satu kisah kelako jadi kat aku. Bila aku teringat je, mesti aku akan ketawa sedu sedan.

Kisahnya bermula macam ni...

Semalam aku lepak dengan Ex Officemate kat Wangsa Walk. Ada sorang Officemate aku nak payung karoke katanya. Kitorang Deal nak jumpa kat Nz sebelah Wangsa Walk tu.

Mula-mula aku nak sarung baju pijamas. Tapi apa kata netizen kang. Kena kecam aku nanti. Jadi aku sarung lah T-Shirt dengan seluar Jean. Lepas siap dengan rambut terbelah ke kanan, aku pun bergerak terus dalam pukul 8 malam.

Sampai kat area Wangsa Walk aku pusing dua kali sebab nak cari Parking betul-betul kat depan Nz tu. Dua kali pusing baru aku dapat Parking. Aku tak matikan enjin kereta lagi sebab aku nak mesej dulu kawan aku. Segan aku kalau nak tunggu sorang-sorang kalau dorang belum sampai lagi. Faham-fahamlah. Awek-awek kat luar sana bukan boleh tengok jejaka berdahi licin macam aku ni. Lagi-lagi kalau aku lepak sorang-sorang. Tergedik-gedik kang dorang nak mintak nombor telepon.

Tengah-tengah aku mesej tu, tiba-tiba aku dengar pintu kereta aku kena bukak. Tiga-tiga pintu. Terperanjat aku. Aku ingat cubaan untuk samun aku. Bila aku usyar, ada empat orang awek tengah gigih masukkan barang dalam kereta. Aku? Aku biarkan je. Siap tanya aku nampak tak belakang kalau dia letak satu Card Board besar kat Seat belakang. Aku angguk je kepala.

Yang bukak pintu depan siap suruh aku alihkan Vape aku dari kerusi. Aku pun alihkan sambil minta maaf.

Lepas dah masukkan barang-barang (aku rasa Student kat area sana sebab aku nampak macam barang-barang belajar), dorang semua masuk dalam kereta. Aku diam lagi sambil buat muka melayu yang paling hensem.

Selang beberapa minit aku diam, penumpang sebelah aku tanya.

" Bang, bila kita nak jalan?"

Aku pandang dia.. Lama aku pandang.

" Kita nak pergi mana ni?", aku tanya tanpa rasa berdosa.

Dia pandang aku. Nampak muka macam dah lain sikit. Dia cakap nak pergi Kolej mana ntah aku pun dah tak ingat.

Aku senyum. Sambil toleh ke belakang dan tengok muka satu persatu. Dorang dah cuak dah.

" Saya sebenarnya nak pergi minum kat situ.", jawab aku sambil tunjuk Nz.

Menggelupur dorang turun dari kereta sambil gelak terbahak-bahak.

Hahahaha. Dorang ingat aku Driver Uber yang dorang call. Main masuk je. Hahahahha. Seb baik lah aku ni bukan penculik. Kalau tak, malam tu dah sampai ke Thailand dah dorang.

Kita Nak Pergi Mana Ni?

2 comments.. read them below or add one

boni kacak boni kacak 18 August, 2017
cemas lah jugak. hahaha