Review Filem - Malay Regiment

Review Filem - Malay Regiment.

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Apa habaq semua? Sihat walafiat ke? Atau ada yang dah terkena serangan angin ahmar atau sawan babi?

Ok. Semalam aku dijemput oleh My Sis blogger Mak Dara untuk ke majlis Pra Tonton filem Malay Regiment.

Review Filem - Malay Regiment

Sinopsis

Filem ni diadaptasi daripada kisah sebenar pada 16 April 1976 dan 15 Julai 1946. Ketika ini berlakunya operasi daripada askar-askar melayu yang menggempur komunis di sempadan Malaysia-Thai berhampiran Gubir di Kedah.  Operasi yang diberi nama Ops Kota Gubir I & II yang melibatkan pasukan keselamatan dari unit 17 RAMD. 

Ketika berlangsungnya operasi kali kedua, seorang wira negara Kapten Zainal bin Abd Rashid telah gugur selepas berjaya membunuh tiga orang komunis. Di dalam operasi itu juga menyaksikan enam orang daripada 15 komunis telah dibunuh selain kejayaan merampas pelbagai jenis senjata dan bom. 

Ulasan

Untuk awal tayangan agak memberangsangkan sebab ada babak helikopter askar melayu terhempas kena tembak. Aku jangkakan mungkin filem ni boleh tahan. Tengok pada poster-poster filem ni pun agak meyakinkan. 

Tapi agak menghampakan aku bila selepas daripada babak helikopter tu terhempas, jalan cerita agak meleret dan melepet sampai timbul sedikit kebosanan. Jiwa aku ni jiwa Rock walaupun muka aku agak jambu, jadi aku perlukan filem yang 'Pacing' dia agak laju tanpa perlu babak-babak yang meleret. Jadi, untuk filem ni aku agak hampa. 

Dari segi jalan cerita dia agak caca-marba dan kelam kabut. Terutama bila daripada satu babak nak bertukar ke babak yang lain. Keadaan agak bertambah kelam kabut bila "Dua Zaman" bertembung. Sebenarnya Build Up filem ni dari awal pun dah macam tersalah langkah. Idea menarik sebab nak menampakkan filem ni adalah filem Flashback. Tapi cara dia menonjolkan itu adalah Flashback agak kelam kabut dan mengejut. 

Build Up watak-watak pun memang sangat kelam-kabut. Tiba-tiba cerita pasal orang ni, pastu tiba-tiba orang tu, pastu tiba-tiba orang ni, pastu tiba-tiba ular tu. Ehh. ular pulak. Maafkan aku. Aku terkejut tengok ular dua kali dalam filem ni.

Senang cerita Build Up watak, Build Up jalan cerita untuk filem Malay Regiment ni sangat kelam-kabut. Macam kena kejar dengan zombi dalam filem 28 Week Later. 

Banyak babak-babak yang aku rasa tak perlu. Terlalu banyak. Bila terlalu banyak babak yang tak perlu tapi tetap diselit, filem ni jadi tak fokus pada matlamat dan tujuan dia. Jadi caca marba. Contohnya macam babak askar-askar berjalan-jalan dan bersiar-siar dalam hutan. 

Untuk babak berperang dalam hutan.. satu je aku mampu ucap. Kelam kabut. 

Tapi, untuk Cinematography filem ni memang ada kualiti. Cinematography agak menarik.. kecuali bila tiba Part berperang. 

Ini sekadar pandangan aku. Pandangan jujur aku sebagai penonton. Lain orang lain dia punya Point Of View. Mungkin bagi aku banyak kekurangan untuk filem ni, tapi untuk orang lain filem ni sangat bagus. Sebab manusia ni kan berbeza-beza Point Of View dia. 

Jadi, siapa-siapa yang nak pergi menonton bolehlah pergi ke pawagam-pawagam berdekatan korang. Filem ni akan ditayangkan 31 Ogos 2017 ni! 


Review Filem - Malay Regiment

Review Filem - Malay Regiment

Review Filem - Malay Regiment

Review Filem - Malay Regiment

Review Filem - Malay Regiment

Review Filem - Malay Regiment


Review Filem - Malay Regiment

Review Filem - Malay Regiment

1 comment... add one now

sensasi2020 sensasi2020 29 August, 2017
Aku berpendapat seperti kau jugak Boni Kacak. Jalan cerita kelam-kabut, penghayatan jalan cerita tidak sampsi kepada penonton.