TAHUN YANG AGAK MENCABAR UNTUK AKU

Assalamualaikum semua. Setelah lama aku tak intai blog ni, baru hari ni aku nak jenguk. Apekebendanya semua ni? Badi apa yang sedang merasuki jasad aku ni agaknya.

Ok. Macam mana perkembangan korang untuk tahun ni? Aku nampak ramai yang dah mengorak langkah jauh ke depan. Alhamdulillah. Bagus untuk kesemua. Ramai jugak rakan-rakan blog dah terbang ke awan sekarang. Teruskan perjuangan. Jangan berhenti. Bila berhenti, jadi macam aku ni lah. Terus reput dimamah usia.


tahun 2017 yang mencabar


Aku masih lagi mencari-cari rentak dalam hidup sambil sesekali menari Raver untuk menghilangkan Stress yang melanda. Tahun ni agak mencabar bagi aku sebenarnya. Bukan agak, tapi sangat mencabar. Banyak benda-benda yang sangat mengecewakan terjadi kat aku, terutama pada urusan perniagaan.

Cerita pasal berniaga

Seperti yang korang tau, sebelum ni aku berniaga makan. Menyewa kat sebuah restoran. Tapi sambutan tak berapa menggalakkan. Kebarangkalian faktor lokasi sebagai penyebab kegagalan itu sangat tinggi. Lokasi yang agak terpencil dan jauh kawasan penduduk adalah faktor terbesar bagi aku. Lokasi bersebelahan hutan dan semak juga agak bermasalah sebab dibanjiri kehadiran entiti kecik yang jijik lagi menakutkan.

Tikus!

Ye, tikus  ni agak Annoying sebenarnya. Memang dia tak pernah mengorat aku apatah lagi mencabul kehormatan aku, tapi dia memberi persepsi yang agak negatif kepada para pelanggan. Pelanggan takkan fikir mana datangnya tikus tu, tapi apa yang akan bermain kat dalam fikiran dia adalah kedai ni kotor. Mana mungkin dorang nak datang lagi walau sesedap mana pun masakan dari tangan pemilik kad Cidb ni.. hensem pulak tu.

Agak tekanan jugak aku sebenarnya. Tapi takpelah. Gagal bukan bererti hidup aku akan terhenti. Aku akan terus mengorak langkah. Rezeki tu luas. Segalanya ada pada Allah. Kena yakin je.  InshaaAllah akan ada jalannya tu nanti.

Terima kasih pada insan istimewa yang hadir untuk memberi kekuatan dan sokongan kat aku. Tanpa kehadiran dia aku rasa aku dah terduduk dan tertonggeng dah.

Okay. Bye. Sayonara semua.

2 comments.. read them below or add one

Mimi Azirah Mimi Azirah 12 August, 2017
In shaa Allah kejayaan pasti jadi milik Boni Kacak pemegang kad CIDB
boni kacak boni kacak 15 August, 2017
amin... terima kasih mimi :)