TAHFIZ DIBAKAR - DADAH PEROSAK GENERASI MUDA

TAHFIZ DIBAKAR - DADAH PEROSAK GENERASI MUDA

Assalamualaikum dan selamat malam semua. Apa khabar semua? Sihat walafiat? Aku harap korang semua sihat walafiat.

Okay. Baru-baru ni negara kita gempar dengan satu lagi kes menayat hati yang melibatkan sebuah pusat Tahfiz yang terletak kat Kampung Keramat. Paling mendukacitakan.. jenayah tu dilakukan oleh sekumpulan anak muda yang masih lagi remaja.

Sebenarnya apa yang jadi dalam masyarakat kita sekarang ni? Makin lama makin parah nampaknya. Ini ke generasi muda yang mampu kita harapkan untuk memacu negara kita satu hari nanti?  Macam-macam kes jenayah yang berlaku melibatkan generasi muda kita seperti rompak, ragut, rogol, bunuh dan sebagainya.

Apa yang jadi sebetulnya?

Apa yang aku boleh simpulkan kebanyakan jenayah yang berlaku ni pasti akan melibatkan penggunaan dadah.

Bro-bro dan Sis-Sis sekalian.. Kita semua kena tahu satu perkara. Kadar penggunaan dadah dalam generasi muda kita sekarang sangat-sangat lah merisaukan sekarang. Dengan macam-macam jenis dadah yang ada terutamanya syabu.

Dadah ni bukan benda main-main. Disebabkan dadah, seseorang tu mampu berada di luar kewarasan pemikiran. Dah jadi tak normal.

Perlu ke kita tangkap penagih dadah ni secara beramai-ramai? Aku nak tanya. Apa guna tangkap penagih-penagih dadah ni kalau bila dorang keluar, dorang akan cari balik benda tu? Yang patut dibasmi berhabis-habisan ni pengedar dadah atau dalam bahasa Uganda Tokan.

Apa yang mampu kita buat?

Mampu ke kalau kita sendiri yang kononnya nak jadi hero pergi serang tokan-tokan besar dadah ni? Itu cari mati bro. Nak pergi serang tokan-tokan besar ni bukan macam gaduh sekolah dulu. Pergi serang sekolah sebelah beramai-ramai. Ni cerita pasal tokan dadah. Kalau dah cerita pasal tokan dadah, dah tentu lah yang ada jadi orang kanan, kiri depan belakang dorang ada Gangster. Dah nama pun Gangster, dah tentu lah pistol terselit rapi kat pinggang dorang. Korang datang serang 100 orang pun, silap-silap yang balik dua orang je.

Jadi, jalan yang terbaik sekarang hanyalah jadi mata-mata kepada pihak berkuasa. Ada nampak berlaku apa-apa urus niaga yang mencurigakan laporkan terus kat polis. Tapi harapnya pihak polis pun dapat melakukan tugasnya dengan amanah dan telus. Kalau tak, sampai bila-bila kes dadah kat Malaysia tak dapat dihapuskan. Kalau tak dapat dihapuskan secara total, dapat dikurangkan pun dah okay.

Kita dah tak boleh anggap kes dadah di kalangan generasi muda ni kes-kes yang kecil dan terpencil lagi dah. Cukup-cukuplah apa yang dah jadi sekarang ni. Kes yang terbaru ni adalah kes yang paling mengejutkan aku sendiri. Berapa banyak lagi nyawa yang akan melayang kalau kita hanya pejamkan mata dan tak buat apa-apa.

Bro-bro dan Sis-sis sekalian. Aku menyeru kita semua agar menjadikan tragedi tahfiz ni sebagai satu pengajaran paling berguna untuk kita semua. Tak mampu jadi hero, kita mampu jadi mata-mata untuk laporkan pada pihak berkuasa. Dan pihak berkuasa kena amanah dan telus untuk menjalankan tanggungjawab dan tugas. Cukup-cukuplah. Jangan sampai kes pembunuhan disebabkan dadah menjadi lagi kritikal. Bayangkan kalau anak-anak kita sendiri yang jadi mangsa pembunuhan tu..

Okay semua. Assalamualaikum... See Yooo TAHFIZ DIBAKAR - DADAH PEROSAK GENERASI MUDA

3 comments.. read them below or add one

Etuza Etuza Etuza Etuza 19 September, 2017
Sangay menyayat hati..apa kan daya sda takdir..kita mohon doa agar sentiasa dijauhi bala bencana
Nurrul H Nurrul H 26 September, 2017
MMG Sedih dgn kejadian ini..

takut dan gerun utk hidup ke depan, what will be next generation.. apa yg kita boleh buat adalah disiplin dan tegur org sekeliling kita.. Cakna selalu