Yang Buruk Belum Tentu Selamanya Buruk

Assalamualaikum semua. 

Aku pagi ni tertengok satu video pasal bekas kongsi gelap. Aku agak teruja dengan cerita ni. Cerita tentang pengalaman hidup. Pengalaman-pengalaman hidup dia suatu ketika masa dulu yang berada di dalam kegelapan.

Bergaduh, minum arak, bertatu dan macam-macam lagi kejahatan yang dilakukan.

Aku berasa agak tersentuh sampai mengalirkan air mata tanpa aku sedari. Kisah hidup dalam kegelapannya..... yang sangat-sangat mirip dengan kisah hidup aku dulu. 

Tapi HIDAYAH tu milik Allah kan. Bila DIA berkehendakkan seseorang itu menerima HIDAYAHNYA, takkan ada seorang pun mampu mengelakkan walau seburuk mana pun kehidupan seseorang tu.

Sama macam kisah bekas kongsi gelap yang aku tengok ni. Bila Allah dah beri HIDAYAHNYA, seseorang itu mampu berubah sehingga 180 darjah (360 darjah balik semula ke tempat asalnya). 

Sebab tu lah kadang-kadang kita semua ni jangan pernah sekali menjadi penghukum. Kerana yang berhak menjatuhkan hukum pada seseorang manusia itu hanya ALLAH saja. Stop menghukum seseorang jikalau terlihat kehidupannya di dalam kegelapan kerana bila Allah sampaikan HIDAYAHNYA, seseorang itu boleh jadi sebaik-baik manusia. Belum tentu yang buruk itu akan selamanya buruk..

Okay. Aku nak sambung tengok video. Menyambung kesebakan di dalam hati aku ni... Assalamualaikum...



Yang Buruk Belum Tentu Selamanya Buruk

2 comments.. read them below or add one

Etuza Etuza Etuza Etuza 30 September, 2017
Asalam Bon..betul tu sokong..usah menilai yang buruk..tak baik tu