PORTAL BELI-BELAH ONLINE TERKEMUKA MAIN GILA DENGAN AKU

Assalamualaikum semua para hadirin dan hadirat sekalian. Apa khabar semua? Diharap semuanya sihat walafiat hendaknya. 

Ok. Hahaha. Aku masih gagal lagi untuk Istiqomah Update artikel. Sebulan sekali lah gamaknya. 

Jom terus ke isu yang aku nak ketengahkan ni. Aku agak kecewa dengan satu portal beli-belah Online yang agak terkenal sekarang ni. Sebelum ni aku memang banyak Shopping dengan Portal ni. Macam-macam dah aku beli. Yang aku pelik tu, mula-mula ok. No Problemo At All. Tapi secara tiba-tiba servis yang ditawarkan sangat-sangat mengecewakan aku. Macam TAIK.

Aku rasa bukan aku sorang je. Aku ada terbaca ramai lagi mengalami masalah yang sama macam aku hadapi ni. 

Aku ada dua Item yang bermasalah. 

1. Headphone
2. Set bilik tidur ( Katil, Meja Solek, Almari )

Abaikan meja solek tu. Bukan aku nak pakai pun. Aku bukan kunyit. Yang tu termasuk sekali dalam pakej yang ditawarkan. Dia datang sekali.

Headphone tu, daripada awal bulan November dah Order. Berminggu-minggu tak sampai. Sampailah sekarang ni. Pagi tadi aku call, dengan tenang je dia jawab Item tu hilang dari dorang. Ok. Aku sabar lagi. Ikutkan perasaan amarah aku yang bergelora ni, nak je aku cekik kucing jiran aku. Aku suruh dia Refund je duit.

Yang kedua. Aku tanya pasal Refund untuk set bilik tidur tu sebab aku dah Refund lama dah. Ada ke patut nak bagi aku meja solek yang cermin dia dah berderai pecah sejuta? Patut ke? Almari pulak dia bagi tak ada pintu. Apa kejadahnya takde pintu? Malu lah baju2 aku terdedah macam tu je. Ada baju Hello Kitty lagi. Dah lah pintu tak ada, batang besi untuk gantung baju bengkok. Tambah lagi betapa sakitnya hati aku, dinding almari tu pun berlubang dua pecah. Korang rasa aku yang kacak ni Deserve tak set bilik tidur macam tu? Dengan wajah kacak aku yang macam ni, aku Deserve set bilik tidur yang diselaputi emas. Bukan set bilik tidur yang sebegini rupa. 















Lepas aku REFUND set bilik tidur tu, katanya dorang akan Send emel untuk mintak aku Update Detail akaun bank. Ok. Aku tunggu. Berhari aku tunggu dekat seminggu. Batang hidung emel tu pun tak jengah-jengah lagi emel aku. Aku Call balik tanya apa khabar emel tu. Emel tu pun HILANG ke. 

Korang tau apa jawapan aku dapat? Boleh dorang cakap baru nak hantar??!! What The Fish Is Going ON??!! 

Masa tu aku dah tinggikan suara sikit sebagai amaran yang masa tu aku TENGAH GARANG macam harimau. Biar dorang takut sikit. Aku suruh dorang hantar masa tu jugak ketika aku sedang bercakap dalam telefon tu. Aku nak dorang buat kerja depan telinga aku. 

Done. Emel dihantar. Ok. Emel tu pun dah dibalas. Aku dah Update Detail-Detail akaun bank. 

Kemudian aku tunggu lagi. Aku ingatkan dah dapat lah Refund. Berhari-hari sepi je macam tu. Pagi tadi aku Call tanya status Refund tu. Korang tau apa jawapan aku dapat??? 

Katanya dorang akan Refund dalam bentuk KUPON sebab pihak aku tak balas EMEL UPDATE DETAIL AKAUN BANK. KEPALA HOTAK dorang! 

Sudahlah tak tanya atau Update kat aku tentang REFUND GUNA KUPON, pastu boleh pulak dia tuduh aku yang kacak ni tak balas EMEL UPDATE AKAUN DETAIL! Ini dah mendatangkan kemarahan aku. Terkeluar sikit Cakra Cidori+Cakra Kurama dari tangan aku sikit. Tapi aku sabarkan diri walaupun masa tu aku dah tinggikan suara aku. Bila aku ingat-ingat balik, ada jugak setinggi suara Black Mentor tengah nyanyi lagu KALAU BERPACARAN. 

Menggigil dah badan aku masa tu. Aku dah lama tak marah. Sampai aku dah tak ingat macam mana nak marah. Tapi kejadian ni dah pun membuat amarah aku muncul balik dalam kamus hidup aku. 

Aku cakap dengan dorang, aku langsung taknak kupon tu. Bagi aku kupon tu sangat jijik di ketika itu. Aku nak Refund Cash sepertimana dorang terima Cash jugak! Ingat aku nak beli lagi ke kat situ?? Aku terus bagi kata putus. Hari Rabu depan kalau aku masih jugak tak terima Refund dalam bank akaun aku, aku akan Report Tribunal Pengguna dan jugak PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia). Korang main gila dengan aku. Orang gila pun tak berani main gila dengan aku tau. 

Kita tunggu Rabu depan. Tak ada jugak, memang aku Report mana-mana yang boleh aku selit Report. Polis, PPIM, tribunal pengguna, ATM, skuad komando 69, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Kastam, pengawas pusat sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Ideal Height, Socso, Imigresen, Lembaga Getah Malaysia, Kementerian Pelancongan Malaysia, dan macam-macam lagi aku akan LODGE REPORT! 

Dari pihak aku bukan setakat beratus ringgit malah dan cecah ribu untuk set bilik tidur dan Headphone tu. Macam mana pulak dengan orang lain?? Ini aku sorang. Kalau ada 1000 orang yang macam aku dah terkena macam ni?? Nak Shopping kemain senang, nak REFUND macam haram jadu. 

Macam mana pun, yang aku tau REFUND hari Rabu depan ni. Tak ada kalu, tau lah aku buat tindakan undang-undang. Aku dah mintak tolong dah kawan aku Lawyer Mahkamah Syariah untuk Standby. Jaga-jaga.


4 comments.. read them below or add one

Etuza Etuza Etuza Etuza 01 December, 2017
Apa khabar..lama tak ada entri ya B kacak..sabar dalam apa juga inshaAllah akan selesai..dengan aman..sabar ya
mrhanafi dot com mrhanafi dot com 02 December, 2017
Saya baca artikel ini pagi pagi dan mengelegak juga darah nie..

Saya faham ada kerugian Bagi pihak bro dan berharap kes INI jadi win win situation
boni kacak boni kacak 12 December, 2017
alhamdulillah yang isu set bilik tidur tu dah selesai. tapi isu headphone tu masih belum selesai.
boni kacak boni kacak 12 December, 2017
hahahhhaha.. menggelegak jugak kan.. hehehe