<
gadis-photographer
Showing posts with label awek. Show all posts
Showing posts with label awek. Show all posts

Dada Bertambah Tegang Dan Mantap

on 29 November 2012

Dada Bertambah Tegang Dan Mantap | Semalam sampai ke malam aku membuat kerja-kerja pemindahan rumah bos aku. Penatnya bukan kepalang. Habis sakit-sakit badan aku. Kali ni bukan demam urat lagi dah, tapi urat aku merajuk dengan aku. Pui! Nak je aku santau. Nasib baik urat aku sendiri. 

Banyak betul barang-barang yang dipindahkan. Berkocak-kocak segala otot aku masa angkut macam-macam barang semalam. Habis kecut sistem peranakan aku. Kalau aku senaraikan semua barang-barang yang aku angkut semalam, nescaya ramai awek-awek akan cair dengan aku. Dan nescaya ramai mak-mak gadis ingin bermenantukan aku. Apalagi dada aku bertambah tegang dan mantap hari ni. Semalam ibarat aku masuk gym

Tak berapa larat nak update entri. Inilah yang termampu dihasilkan selepas bermuafakat dengan otak aku.

Selamat Pengantin Baru Jerung

on 25 November 2012

Selamat Pengantin Baru Jerung. Sudah lama tak turun ke Selayang. Bila dah turun tu, terimbas kenangan-kenangan lama suatu ketika aku bermustautin di sana. Bila lalu kat pondok telefon awam sebelah loji Taman Bidara, teringat zaman-zaman aku hari-hari gayut kat situ. Berjam-jam lamanya aku bergayut berbekalkan syiling 10sen. Heh heh. Sambil bergayut sambil ditemani bau loji yang sangat-sangat piaw pekat menusuk lubang hidung. Patutlah aku kadang-kadang tak perasan bau taik sekarang. Mungkin dah lali agaknya dengan bau tu. 

Semalam aku turun ke Selayang disebabkan kawan lama sejak sekolah rendah  telah melangsungkan perkahwinan yang pertamanya. Hahaha. Nama yang diberi, Izrul Khanafi atau lebih manja dengan panggilan Jerung. Jadi, jomlah layan gambar terus.

selamat pengantin baru jerung
Mula-mula aku ingatkan ni hiasan deko-deko. Rupa-rupanya ni kek. Cantik betul.
selamat pengantin baru jerung
Sama cantik sama padan. Masa aku ambil gambar ni, ada lah sorang awek ambil gambar juga. Masa dia mengundur, dia terlanggar aku. Aku redha je. Tapi dua tiga kali terjadi benda yang sama. Aku syak wasangka yang bukan-bukan kat awek tu. Aku syak dia cuba menggoda aku. Cis! Pantang nampak lelaki berdahi licin. Tapi trick lama tu memang tak berkesan pada aku lah.
selamat pengantin baru jerung
Pengantin duduk sementara menyaksikan satu persembahan hebat dan memukau.
selamat pengantin baru jerung
Persembahan silat. Terbaik. Budak-budak lagi ni. Aku rasa budak sekolah. Bagus. Sekurang-kurangnya seni pertahanan diri Melayu akan terus dimartabatkan. Masa ni aku rasa macam aku nak tunjuk kehebatan seni permainan teng teng aku yang terulung je. 
selamat pengantin baru jerung
Ecececeh.. Bersuap-suap lagi. Hahaha.
selamat pengantin baru jerung
Antara kawan yang hadir. Ada yang dah ada anak lagi. Rasa macam.. Argh... When is my time is coming?
selamat pengantin baru jerung
Dalam ni rasanya tinggal tiga orang je yang belum kahwin lagi. Hehehe.
selamat pengantin baru jerung
Err.. Aku bukan pengantin perempuan. Sila ambil perhatian.
selamat pengantin baru jerung
Aumm Chak!!
Selamat pengantin baru bro. Semoga berbahagia hinggalah ke akhir hayat. Amin. 

Sejak dua menjak ni aku sangat-sangat sibuk. Macam-macam aktiviti. Nanti ada masa aku akan ke teratak kalian semua dan membalas kunjungan ye. Maafkan aku. Harap-haraplah ada yang merindui aku. Hehehehe.

Semangat Yang Hilang

on 16 November 2012

Semangat Yang Hilang. Alahai. Senang benar hati aku ni rapuh. Senang benar semangat yang berkobar-kobar sebelum ni hilang macam tu sahaja. Tak tau mana silapnya. Tiba-tiba aku rasakan semangat aku hilang macam diterbangkan angin yang sepoi-sepoi bahasa. Nampak je ganas macam gorila, tapi hati serupa kapas korek telinga. 

Tak boleh jadi ni, aku kena cari semula semangat aku tu. Aku kena berdiri teguh. Semangat, mana kau?! Aku akan cari kau semula sampai ke lubang cacing!! Kalau boleh, aku nak suara aku bila menjerit boleh dengar sampai 3000km jauhnya. Begitulah semangat yang aku nakkan. Chit! Tak boleh jadi ni. Wish me luck.

semangat yang hilang
Penyamun Inc. Sumber --> http://celotehsibulat.blogspot.com
Esok ke Perak untuk majlis perkahwinan Bro Framestone. Harap-harap esok semangat dapat dikembalikan dengan kehadiran awek-awek kat sana. Mana tau boleh dapat jodoh terus kat sana. Hahaha.

Gangster Hati Kering

on 29 September 2012

Gangster Hati Kering. Pukul 4 pagi ni otak aku boleh pula menggatal mengimbas kenangan masa belajar di Pusat Latihan Trolak satu ketika dulu. Teringat aku pada seorang kawan. Boleh dikatakan beliau ni memang kategori gangster. Suka bergaduh sana sini. Sifat-sifat gangster memang ada pada dia. Badan besar kulit hitam hati serupa batu!

Gangster Hati Kering
Gambar sekadar hiasan. sumber

Satu malam, aku balik lambat ke dorm. Baru balik daripada kacau awek-awek kat tempat aku belajar tu. Terjerit-jerit, terlolong-lolong dan terkinja-kinja tunjuk hebat depan awek-awek yang ada kat situ. Hahaha.

Gangster Hati Kering

Gangster Hati Kering
Kenangan masa belajar dulu. Tapi si gangster tak ada dalam gambar ni.
Nak dijadikan cerita, aku pun masuk la dalam dorm. Gelap tapi ada cahaya daripada tv. Aku on suis lampu dan terus terkejut. Aku nampak si gangster ni menangis depan tv. Mak aih! Rupanya menangis layan cd hindustan.  Hakhakhakhak. Malam tu memang aku tak boleh tidur sebab gelak tanpa henti.  - Gangster Hati Kering -

P/S : Rindu zaman belajar dulu. Macam-macam kenangan manis dan pahit aku tempuh. Semua tu mematang dan mendewasakan aku hingga aku mengenal erti kehidupan sebenar.


Tragedi Di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR)

on 12 August 2012

     Semalam aku saja merajinkan diri melepakkan diri kat Jalan Tunku Abdul Rahman (Tar). Lepak kedai kawan aku. Saja nak tengok suasana orang shopping sakan. Berbekalkan keazaman setinggi gunung, aku pun bertolak dari rumah seorang diri. Yelah. Tak tau nak ajak siapa. Awek pun tak ada. Terpaksalah berjalan-jalan seorang diri. Midnight Blues. Hebat tak hebat? Single Rider memang macam ni. Selalu berseorangan. Heh heh. ( Ayat minta simpati. Hahaha.)


tragedi di Jalan Tunku Abdul Rahman(TAR)
Baiklah. Mamat ni sungguh ayu. Hehe. Sumber gambar --> http://terowonginformasi.blogspot.com
     Bersambung...

     Kejadahnya bersambung. Hahaha. Ok. tengah-tengah aku lepak tu, aku terperasan ada dua orang awek. Yang sorang tu muka ketat dan marah-marah.  Yang sorang lagi jalan menunduk. Aku ni, pantang tengok keadaan macam tu, terus aku pasang telinga. Yelah. Blogger kan? Hahaha. 

Awek pertama : Babi betullah mamat tu! S%al lah!! Gatal nak m*$pus!! Ada ke patut dia usyar-usyar 'aset' aku?!!(sambil menjeling ke bahagian dada)

Awek kedua : (Diam sambil terus berjalan menunduk.)


tragedi di jalan tunku abdul rahman(TAR)
suasana di Jalan TAR. Sumber gambar --> http://terowonginformasi.blogspot.com
     Lepas aku dengar sesi perbualan tu, aku hanya tersengih. Memang patut pun orang tengok. Dah dia pakai baju ketat gila-gila, lepas tu 'aset' pulak saiz buah tembikai. Err. Dah kantoi aku pun tengok. Hahaha. Tapi aku tertengok lepas dia sebut pasal benda tu. Jadi, bukan salah aku. Hahaha. 

     Jadi, disebabkan aku ni ganas orangnya, aku pun terus tegur awek tu.

     " Kalau tak nak lelaki tengok benda yang tak sepatutnya ditengok tu, cubalah pakai sopan-sopan sikit. Dah sendiri yang cari pasal. Saya yang kacak ni tak salahkan lelaki tu, tapi saya salahkan awak! Saya rasa kawan awak kat sebelah tu pun salahkan awak! Sebab tu dia diam je!"teriak aku...DALAM HATI. 

     Hipotisis untuk tragedi semalam, semakin ramai wanita, semakin galak mata-mata lelaki memandang. Jadi, biarlah tragedi ni jadi teladan kepada semua gadis-gadis di luar sana tu. Pakailah sopan-sopan ye. Lagipun, tak salah hormati bulan puasa ni. Kalau boleh, biarlah sampai bila-bila. Heh heh.

p/s : sebenarnya perkataan 'aset' tu telah aku gantikan. Kerana perkataan sebenar yang digunakan awek tadi sangat-sangat dasyat hinggakan aku tak tergamak nak sebut dalam ni.

Top 10 Biskut Raya 2012

on 11 August 2012

     Bila menjelangnya raya, pasti ramai yang sibuk membuat biskut raya dan juga kuih raya. Semuanya dibuat sebaik yang mungkin untuk dihidangkan kepada para tetamu. Ada yang membuat berbalang-balang. Berbagai-bagai bentuk yang menarik juga kita dapat saksikan bila tibanya syawal.

     Baiklah, pada hari ni aku ingin senaraikan Top 10 biskut raya terbaik dan paling dicari untuk syawal 2012 ini. 


1. Suci Dalam Debu
top 10 biskut raya 2012
sumber gambar --> http://butterworth.olx.com.my

2. Dua kali aku menyintaimu
top 10 biskut raya 2012
sumber gambar --> http://www.themagazine.ca

3. Hijau-hijau si daun keladi
top 10 biskut raya 2012
sumber gambar --> http://kendramccracken.blogspot.com

4. Remuk-remuk jantungku
top 10 biskut raya 2012
sumber gambar --> http://abakerinbrooklyn.tumblr.com

5. Lihatlah! Sini banjir
top 10 biskut raya 2012
sumber gambar --> http://www.melissacwalker.com

6. Tolong pandang sana
top 10 biskut raya 2012
sumber gambar --> http://strangecookies.blogspot.com

7. Selamatkan kami
top 10 biskut raya 2012
sumber gambar --> http://www.myhappycrazylife.com

8. Tergamak kau cucuk-cucuk aku
top 10 biskut raya 2012
sumber gambar --> http://therichteabiscuitparty.blogspot.com

9. Apakah sebenarnya aku ni
top 10 biskut raya 2012
sumber gambar --> http://bunsinmyoven.com

10. Nasi goreng USA
top 10 biskut raya 2012
sumber gambar --> http://mynameislianakhamis.blogspot.com

Erkk. Ada ke nama kuih macam ni? Hahaha.

Cerita Lawak : Kisah Di Bazar Ramadhan

on 30 July 2012

     Kalau bercerita tentang kisah di bazar ramadhan, pasti takkan cukup untuk diceritakan dalam sehari. Aku sendiri pun mempunyai banyak kisah. Malam ni biarlah aku ceritakan kisah aku berniaga otak-otak di bazar Ramadhan.

cerita lawak
Gambar sekadar hiasa. Sumber gambar --> http://arab2u.blogspot.com

     Macam biasa, modal untuk aku melariskan otak-otak jualan aku adalah dengan memakai boxer untuk menampakkan bulu-bulu kaki yang serba caca marba ini. Kadang kala memang sengaja aku meletakkan kaki di atas meja dan mencomelkan wajah untuk mencairkan awek-awek yang lalu. Ternyata teknik dan taktik itu sangat berkesan hinggakan aku digelar 'kaki buruk pelaris' oleh penjual-penjual yang lain. Sebab tu tauke otak-otak sayang aku lebih. Hahaha.

cerita lawak
Gambar sekadar hiasan. Sumber gambar --> http://thealonghidayah.blogspot.com

     Sedang khayal aku mengipas otak-otak yang dipanggang dengan berbekalkan aksi-aksi separa lucah tersebut, datang seorang awek mithali yang comel dan membeli 30 keping otak-otak. Macam biasa, aku akan mengacakkan wajah apabila berurus niaga. Proses jual beli berlaku. Namun, awek tersebut masih lagi berada di situ setelah proses jual beli selesai. Mungkin kerana terpegun melihat penjual otak-otak yang sangat kacak dan ranum ni agaknya. Senyuman terukir di bibir aku. Aku dah ada peminat rupanya. Semakin hebat aku mengipas otak-otak di depan awek tersebut. Sambil sesekali aku mengenyit-ngenyit mata kepada beliau. Dalam masa yang sama aku juga memandang penjual-penjual yang lain dan mengangkat-ngangkat kening untuk menzahirkan perasaan bongkak aku.


cerita lawak
Gambar sekadar hiasan. Sumber gambar --> http://sepet88.blogspot.com/
     Minit  berganti minit, jam berganti jam, namun awek tersebut masih lagi terpacak di depan kedai aku. Aku pula yang naik bosan. Wajah bongkak masih lagi terpana di wajah aku. Lantas dengan suara yang agak serak-serak basah, aku bersuara.


     " Awak yang bertudung bawal polkadot tersebut! Tolonglah beredar dari sini. Saya tau saya sangat kacak di mata awak, tapi tolonglah. Saya berniaga. Tolong jangan ganggu periuk nasi saya dengan berdiri di hadapan saya ni. Tolonglah bagi laluan untuk orang lain membeli produk saya ni. Please! Syuh! Syuh!",ujar aku kepada awek tersebut sambil membuat isyarat tangan menghalau beliau.


     " Awak yang tua kutuk tak sedar diri tu! Saya akan pergi dari sini dengan syarat awak pulangkan duit baki saya!! What the fishcake!! Saya bagi rm50 tadi! Mana bakinya?!!"


     Uish!! Malunya aku! Rasa macam nak tanggalkan boxer ni dan lari keliling bazar ramadhan. Chait!

   

Aku Rindu Dia

on 28 July 2012

     Nampak sangat aku rindu dia. Baru bertekad nak pakai sampai hujung Ramadhan, tapi akhirnya tertewas juga kerana rindu. Haish. 


Aku rindu templet ni.
     Korang jangan nak persoalkan tentang templet sekarang ni. Hahaha. Sebab aku memang rindu kat templet ni. Aku rasa lebih serasi dengan templet ni. Hahaha. Aku dah tak pedulikan dah templet mesra SEO atau tak. Yang penting aku tak boleh berenggang dengan templet yang ni. Hahahaha. Hampeh betul. Janji tak ditepati. Konon nak pakai sebulan. Chit!

Cerita Lawak : Situasi Di Pejabat Pos

on 26 July 2012

     Semalam aku ke pejabat pos membayar bil. Entah macam mana, aku terjebak dalam situasi yang menyeramkan ni.


     " Saya nak bayar bil ni. Cik adik tolong proses cepat sikit ye. Saya ni blogger tau! Blogger! Kalau lambat, saya tulis dalam blog!",tenang aku berseloroh. Kelihatan sebelah aku seorang pemuda dalam linkungan 20an sedang berdiri sambil memandang aku. Terukir senyuman di bibirnya.


     " Baik cik abang. Shaye akan proshesh bil ni shecepat yang mungkin."


cerita lawak
Keadaan di dalam pejabat pos.  Sumber gambar --> http://wartashubhi.blogspot.com/
     Sedang awek tersebut memproses bil aku, pemuda tadi menarik tangan aku. Beliau mendekatkan wajahnya ke wajah aku. Lantas beliau berbicara.


     " Aku menyampah betul orang-orang macam awek ni bro. Geli aku.",katanya. Sesekali terlihat beliau menjeling-jeling awek kaunter tersebut,


     " Eh, kenapa bro? Apa yang dia buat?",soal aku kebingungan sambil terus menatap wajah pemuda tersebut.


     " Lu tak perashan ke bro? Cuba lu dengar dia cakap Shh. Rashe macam nak flying kick je. Nashib baiklah dia tu perempuan. Aku tak shuke betul orang-orang yang pelat Shh ni.  Konon comel."


cerita lawak
Cakap pasal comel, budak ni comel betul. Dah besar mesti cun. Sumber gambar --> http://www.hiren.info/
     Eh budak ni. Dia sendiri pun pelat S nak mengata orang lain. Hadoi. Nasib baiklah aku ni manja orangnya. Kalau tak, tak pasal-pasal aku yang flying kick dia. Hampeh betul. 


     Sejurus selesai proses pembayaran, aku terus berlalu pergi meninggalkan pejabat pos tersebut sambil sesekali menjeling pemuda tersebut. Masih lagi beliau memandang awek kaunter tersebut dengan wajah yang agak masam. Hahaha. Orang macam ni pun wujud?


p/s : aku ingat nak ajak awek ni dating kat pejabat pos lah. Hahaha.

Nafsu Ramadhan

on 23 July 2012


     Hahaha. Ni nafsu kuda namanya ni. Hahahaha. Thanks kepada ->> Mr Phua Chu Lang a.k.a PCL <<- kerana berkongsikan artikel ni. Hahaha. Sumber daripada beliau.


p/s : Kepada yang masih ingin mencuba nasib,  silalah email apa-apa yang patut seperti di entri ->> KAD RAYA DAH TAK RELEVAN? <<- Peluang masih terbuka kerana penyertaan belum pun sampai 50 orang lagi. Hahaha. Ada lebih kurang 30 lagi kekosongan. Sila cepat! Sila cepat!! 

Kad Raya Dah Tak Relevan?

on 22 July 2012

     Relevan? Pergh. Dah pandai bermain dengan kata-kata abstrak a.k.a bahasa-bahasa surat khabar dah. Hahaha. Nasib baik aku tak tulis, 'kad raya melaungkan amaran!". Hahaha. Ok, entri kali ni aku nak memutarkan kembali kenangan-kenangan yang kini dah tak dipraktikkan lagi. Kad raya. Sinonim dengan raya. Tak mungkin sinonim dengan mesyuarat PIBG pula. 


     Entah kenapa semakin moden, semakin dilupakan tradisi yang sememangnya sangat-sangat best. Berbanding hanya sms, email, e-card raya, aku rasa kad raya yang dipos lebih meninggalkan sentimental value kepada kita. Perkataan tak relevan sebenarnya tak wujud pun bagi kad raya yang dipos ini, cuma kita sendiri yang membuatkan ia semakin dilupakan. Kenapa? Sebab wujudnya teknologi-teknologi moden. Pergh! Kadang-kadang rasa nak hantar santau kat teknologi-teknologi moden ni. Disebabkan teknologi ni lah, banyak perkara-perkara yang ada sentimental value hilang begitu sahaja.


kad raya
kad raya. sumber gambar --> wanwma.com
     Baiklah. Aku rasa dah masanya untuk kita kembalikan nostalgia-nostalgia lama tersebut. Cuma kita sendiri kena rajin mempraktikkan. Untuk entri kali ini, ada sesuatu yang istimewa untuk aku persembahkan kepada korang semua. Kepada sesiapa yang inginkan kad raya, boleh lah email aku nama, nama blog, alamat blog dan alamat rumah. Alamat rumah tu pastikan tulis betul-betul. Nanti tak pasal-pasal terhantar ke rumah jiran. Bayangkan kalau jiran korang tu India, tak pasal-pasal kena strok sebab terkejut dapat kad raya aidilfitri. Terhad untuk 50 orang sahaja.


     Hantarkan ke email aku --> putra.z.boni@gmail.com



Mood Ramadhan

on 21 July 2012

     Nampak perubahan ketara pada blog aku ni kan? Haha. Sebenarnya saja aku nak tukar mood Ramadhan ni. Mana tau lebih bagi aku semangat nak puasa. Heh heh. Macam tak ada kena mengena je. Sebenarnya saja aku tukar, untuk mengelakkan kaum-kaum gadis terbatal puasa bila masuk blog aku. Takut terlalu terpesona dengan kekacakan aku. Hahaha. Gila bongkak! Ekceli, aku nak try cuba test sebulan. Bak kata Rowan Parkinson, " Test Drive.".

cerita lawak
Tang rokok tu dah tau dah. Mesti berpinau kepala. Hahaha
     Apa-apa pun, aku ucapkan Selamat Berpuasa. Macam tak percaya dah puasa hari ni. Jadi, kepada korang semua, jangan tinggalkan puasa. Biar mulut busuk, janji jiwa kental. Hahaha. Ceria-ceriakan mood Ramadhan anda. Anda mampu mengubahnya.


p/s : Agak-agak mamat ni dengan mamat ni puasa penuh tak tahun ni?

Cerita Lawak : Situasi Di Dalam Tandas Awam

on 20 July 2012

     Selalunya bila kita sedang berada di dalam tandas awam, dan sedang khayal meneran sesuatu yang berwarna coklat,kadang-kadang hitam pekat,keras dan kadang-kadang cair, pasti kita akan mengalami situasi-situasi seperti berikut.


Situasi pertama


Terdengar bunyi orang masuk ke jamban sebelah. Tak lama kemudian terdengar suara.

     " Arghhh..."


Ok. Otak aku dapat tafsirkan yang beliau rasa lega selepas mengeluarkan najis mughalazah.


Situasi kedua


Terdengar bunyi suara mengerang kesakitan.


     " Urghh!! Ighh!! Arghh!!!


Ok. Otak aku akan mentafsirkan yang beliau ni sedang terseksa meneran najis yang sangat keras dan besar. Rasanya lepas berjaya mengeluarkan tu, pasti luka dan pedih-pedih bila membasuhnya.


Situasi ketiga


Terdengar bunyi orang berlari laju-laju dan seketika kemudian terdengar pintu jamban dihempas kuat. Tak sampai sesaat selepas tu, terdengar pula suara rintihan.

     " Alamak...."


Ok. Kali ni otak aku dapat tafsirkan yang beliau ni tercirit sebelum sempat buka seluar.


Situasi keempat


Terdengar bunyi.


     " Prepp.......prepp......................prepp."


Ok. Otak aku dapat menafsirkan yang beliau ni sedang cirit dan seorang yang pemalu. Sedaya upaya mengawal agar bunyi kentut itu tak kuat dan najis tidak bersepai.


Situasi kelima


Terdengar bunyi pintu dihempas kuat. Selepas itu terdengar pula bunyi tali pinggang, zip,  dan seluar yang dibuka secara kelam kabut dan kasar. Tak lama kemudian terdengar pula bunyi. 


     " Prepp!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Prepepeepepepepeepepep!! PrepP!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Prepepepepepepepepeep!! Prepp!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! 


      "Arghhh!!!


Pekat betul bunyi kentut. Siap keluar suara puas lagi. Baiklah. Kali ni otak aku dapat tafsirkan yang beliau ni sebelum masuk ke jamban, terseksa menahan cirit daripada bersepai dalam seluar. Dah sampai dalam jamban, memang sepenuh hati dan sepenuh tenaga beliau melepaskan hajat. Najis bersepai pun tak kisah. Janji dapat keluarkan sepuas-puasnya. Beliau ni bagi aku seorang yang selamber dan tak mempedulikan orang lain. 


cerita lawak
Bahgianya rasa kalau tandas awam sebersih dan secantik ni. Tapi aku rasa MEMANG tandas awam kat Malaysia sebersih ni pun. Sumber gambar --> http://ajinbgagah.blogspot.com/ 

Sebenarnya , macam-macam lagi tragedi ngeri yang berlaku dalam tandas awam. Takut nak cerita. Nanti hilang selera makan korang sebulan. Dan sebenarnya, dari dalam tandas awam pun kita boleh menilai perwatakan seseorang. Hahahaha.

Bila MP3,Gadget-Gadget,Radio Dan Televisyen Dihapuskan

on 18 July 2012

     Apa akan jadi bila MP3, Gadget-Gadget, radio dan televisyen dihapuskan di dalam dunia ni??


 TADAAA!!!!!!!!!!!!!!



p/s : selepas memikirkan sesuatu atas nasihat CIKGU NI ni, mungkin selepas ni aku akan mempelbagaikan sedikit entri di dalam blog ni. Sebab terfikir juga aku, pembaca-pembaca entri aku ni bukanlah hanya tertumpu kepada penggemar-penggemar genre kelakar sahaja. Mungkin akan ada entri-entri yang serius juga selepas ni. Tapi sengal tetap di hati aku. Jangan risau.

Tragedi Kaki Kebas

on 16 July 2012

     Kalau bercakap tentang kaki kebas , pasti ramai yang tertanya-tanya yang mana satu. Kaki kebas terbahagi kepada dua. Satu perkataan dan mempunyai dua maksud yang berbeza. Yang pertama, kaki kebas bermaksud kaki yang kebas-kebas, sejuk dan terasa seolah-olah kena cucuk dengan ribuan garfu. Yang kedua, kaki kebas bermaksud seseorang yang kuat mencuri mahupun merembat barang-barang milik orang lain.

     Jadi, pada hari ni , aku hendak menceritakan tentang kaki yang kebas. Kejadian ni terjadi semasa aku sedang melepakkan diri di atas kerusi santai yang disediakan sebuah shopping mall. Ada lah dalam 30 minit aku duduk, aku mula terasa kebas-kebas kaki. Pergh! Makin lama makin kritikal. Tanpa melengahkan masa, aku terus memegang-megang kaki dan mengurut-ngurut. Mak aih! Tak terasa apa-apa. Aku dah mula goyang. Aku dah mula cemas. Apakah aku sudah lumpuh sebelah kaki? Aku tekan kuat lagi.


kaki kebas
Licin betul kaki mamat-mamat ni. Tak macho langsung. Hahaha. Sumber gambar ->  http://topimagine.blogspot.com



     " Oi! Kau dah kenapa pegang-pegang kaki aku?? Gay ke?!!",jerkah satu suara di sebelah aku.


     Aik!! Bila masa pula ada brader duduk sebelah aku ni? Macam mana aku boleh salah pegang kaki ni?!! Pergh!! Hampagas betul!


     " Sorry bang. Saya bukan apa. Saya betul-betul mengagumi kaki abang. Unik sangat. Tak ramai lelaki yang punyai kaki seburuk kaki abang. Saya kagum sangat.",ujar aku gigih memberi alasan untuk melepaskan diri.


     " Betul ke? Betul kau kagum dengan kaki aku ni?",soal brader tadi. Terlihat wajah bangga yang teramat.


     " Betul bang.",ujar aku singkat sambil terus berlalu pergi dari situ.


     Tak lama kemudian terdengar suara brader tadi bertempik.


     " Kurang ajar punya budak!! Kau cakap kaki aku buruk!!!"


     Tunggu lagi? LarikK!!!!


     Jadi, itulah dia cerita tentang kaki kebas. Hahaha. Selamat berhari Isnin. :)  <-- smiley

Smallish Biggish Mini Giveaway

     Baiklah. Ini satu lagi giveaway yang aku sertai. Bila tengok hadiah-hadiah dia, macam tak berapa nak senonoh untuk seorang lelaki. Tapi , disebabkan mindset aku telah diset untuk menggatal, apatah lagi secara tiba-tiba hati aku terniat jahat untuk mengorat owner blog ni, jadi dengan rela hati aku sertai juga giveaway ni.

    
"Saya suka baca blog Smallish Biggish kerana banyak gambar model contact lense. Ia sedikit sebanyak membuatkan saya teruja untuk memakai contact lense berwarna biru kerana ia sesuai dengan wajah saya yang seakan-akan wajah orang Eropah ini.",ujar Boni Kacak.

     Jadi, kepada anda semua yang ingin mencuba giveaway ini, apatah lagi kepada lelaki-lelaki berhidung belang seperti aku, bolehlah terjah --> Smallish Biggish Mini Giveaway

     Tapi aku macam terlupa nak tengok tarikh tutup dia. Boleh korang tolong tengok-tengokkan untuk aku tak?

    

Segmen Ke-2 NAL : Edisi Ramadhan

on 15 July 2012

      Baiklah, ni segmen lagi yang aku join pada hari ini. Saka aku dah mengamuk dah ni. Dia paksa aku join contest dengan segmen je hari ni. Hahaha.

Kata-kata bersempena ramdhan yang bakal tiba ini. 

     Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Hoi Boni Kacak!! Kau jangan berani-berani nak ponteng puasa!

   
     Untuk mengetahui lebih lanjut tentang segmen ini, sila klik --> SEGMEN KE2 NAL : EDISI RAMADHAN

Saya Blogger Dari Bangladesh

     Disebabkan kebosanan melampau , aku join lagi segmen pada hari ni. Kali ni, aku join pula segmen yang dianjurkan oleh seorang gadis yang sangat ayu.


     Jadi, kepada sesiapa yang ingin mengenali gadis ayu ni yang sangat manis, boleh lah terjah ke sini --> coratcoretkuini.blogspot.com

     Korang semua boleh join. Klik je kat link atas tu.

Contest MEGA2012 Hazwan Hairy

 Contest MEGA2012 Hazwan Hairy
 Contest MEGA2012 Hazwan Hairy

 Contest MEGA2012 Hazwan Hairy
 Contest MEGA2012 Hazwan Hairy

     Baiklah. Disebabkan hari ni aku memang dah terniat nak sertai Contest Mega2012 Hazwan Hairy(sebenarnya akulah insan kacak yang paling malas nak join contest dan juga segmen, tapi bila difikirkan semula, apa salahnya sekali sekala kan?) 

    Untuk contest pertama yang aku sertai pada hari ni, aku kan menyertai contest yang telah di anjurkan oleh mamat yang mempunyai kehidupan berliku-liku. Tulah. Lain kali ikut highway. Lurus je. Ni tak pasal-pasal berliku-liku. Mamat yang aku maksudkan ialah Encik Soberon Tukiman!! Baiklah. Aku tipu korang hidup-hidup. Mamat yang aku maksudkan ialah saudara Hazwan Hairy kita. Jadi, marilah segera aku terangkan tentang header aku tu.


HEADER BONI KACAK

Tema aku mudah sahaja. Hitam dan putih. 
  
H - Hantu
I  - Itu   
T - Terperanjat
A - Akibat
M - Mandul

P - Pontianak
U - Usaha
T - Tenangkan
I -  Itu
H - Hantu

     Baiklah. Itu sahaja. Sekian terima kasih. Kepada yang agak-agak berminat nak sertai sekali contest ni, boleh lah klik --> Contest MEGA2012 Hazwan Hairy

     Aku sarankan korang masuk contest ni dan create header paling huduh, buruk, keji, memalukan, dan berbau hapak. Ini untuk menjamin kemenangan aku sebenarnya. Hahahahaha.


P/S :- Agak sedih dengan berita rumah blogger Denaihati.com dipecah masuk. Alhamdulillah tiada satu pun ahli keluarga beliau yang dicederakan. Apa-apapun, saya harap agar bro Ilham akan sabar menghadapi ujian dariNya itu. Kepada kawan-kawan yang lain, kes pecah rumah, rompak, samun dan ragut semakin berleluasa sekarang ni. Jadi, sentiasa berwaspada di dalam kehidupan seharian anda. Berita lanjut tentang kes pecah rumah melibatkan rumah blogger DENAIHATI.COM boleh baca di sini --> DENAIHATI

Cerita Lawak : Hanis Zalikha Berlakon Filem

on 14 July 2012

     Bercerita tentang Hanis Zalikha ni, siapa tak kenal beliau. Beliau merupakan seorang blogger yang sebelum ini aktif di dalam bidang permodelan. Kemudiannya tampil di dalam drama Sahabatku Jenab. Eh. Macam salah je tu. Sebetulnya drama Memberku Hawa. Dan kini beliau melangkah setapak lagi ke dunia perfileman. 

     Hebat tak hebat penangan aura gadis bernama Hanis Zalikha ini. Aku sendiri mengakui yang aku agak meminati beliau. Bila terpandang sahaja wajah Hanis Zalikha ni, secara automatik pipi aku blushing-blushing, bibir terjueh secara tiba-tiba, dan mulut aku akan berbuih-buih selama 3 minit. Gedik bukan? Rasa nak tampar-tampar je halkum aku sendiri.


hanis zalikha
Gangster celop. Filem terbaru Hanis Zalikha. Sumber gambar -> http://inibelogsaya.blogspot.com
     Bercakap tentang filem lakonan Hanis Zalikha ini, ramai pasti tertanya-tanya filem apakah ini. Baiklah, di sini aku akan menceritakan serba sedikit sinopsis tentang filem gangster celop ini.

     Sakidol Lenteng (Syamsul Yusof) merupakan seorang pemuda yang amat taksub kepada perkara-perkara tahyul dan sering bermimpi beliau akan bertemu dengan seorang gadis cantik daripada alam kartun.  Sementara Daniel Effendi (Kamal Adli) pula merupakan adik kembar Sakidol Lenteng yang telah terpisah semasa rumah mereka hangus dijilat api. Semasa kejadian, suasana sangat kelam kabut. Disebabkan terlalu panik, ibu bapa mereka telah menyerahkan mereka berdua kepada Encik Jantan Senteng (jiran sebelah kanan) dan kepada Encik Hadi Rayyan (jiran sebelah kiri). Tidak sampai 2 minit mereka menyerahkan anak-anak mereka kepada jiran, suasana kembali aman di mana kebakaran berjaya dipadamkan. Mereka mula menyesal kerana telah kehilangan ke dua-dua anak mereka setelah jiran-jiran mereka membuat keputusan untuk berpindah terus daripada situ after menerima anak angkat baru. 

     Setelah 20 tahun terpisah, akhirnya Sakidol Lenteng dan Daniel Effendi telah bertemu kembali. Namun pertemuan mereka bermula dengan babak pertarungan sengit di mana Sakidol Lenteng, pakar ilmu silat cekak telah berlawan dengan Daniel Effendi, pakar ilmu silambam. Jadi, apakah yang bakal terjadi kepada kedua-dua beradik tersebut? Manakala, siapakah Julia Melor lakonan Hanis Zalikha? Adakah beliau gadis cantik yang datang daripada alam kartun seperti yang didambakan Sakidol Lenteng? Sama-samalah kita saksikan kemunculan filem gangster celop di pawagam tak lama lagi.

     Baiklah, korang semua tertipu dengan sinopsis filem ni. Aku pun tak tau filem ni berkenaan apa sebenarnya. Hahaha. Tunggu je lah sinopsis sebenar yang akan keluar tak lama lagi. Hahaha.

     Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan ribuan tahniah kepada Hanis Zalikha kerana berjaya melangkah setapak lagi ke hadapan. Semoga terus sukses di dalam bidang yang telah diceburi. Tahniah Hanis Zalikha. Aku akan tetap menjadi kipas susah mati dirimu. Pergh!!  Ayat kaki kipas aku tampilkan di sini. Hahahaha.



P/S : Aku nak sangat berlakon watak seorang gangster, tapi watak tu tak sesuai kerana aku ni seorang yang sangat manja dan buncit. 

Dan kepada mereka-mereka yang tak tak faham apa itu maksud gomen dalam entri aku yang semalam, aku sertakan jawapan sekali.

gomen = government

    
<






 
© BONI KACAK All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template Design By kozumi_ro.
Service Tempahan Design