gadis-photographer
Showing posts with label cerpen lawak. Show all posts
Showing posts with label cerpen lawak. Show all posts

Cerita Lawak : Kah Kah Kah! Pandai Kau Bergurau

on 17 January 2013

Cerita Lawak : Kah Kah Kah! Pandai Kau Bergurau | "Golok Damasutra, jom teman aku pergi pasar malam kejap.", pinta Hayun Jibeng sambil menarik terus Golok Damasutra keluar daripada reban ayam yang menjadi kediaman mereka sejak 3 tahun yang lepas.

" Woi woi woiiii!! Poyo semua ni! Kau nak buat apa kat pasar malam? Kau ni mesti nak pergi beli peplum kan?",getus Golok Damasutra sambil melepaskan tangannya dari genggaman Hayun Jibeng. 

cerita lawak peplum
Koleksi Peplum. Sumber --> http://deejaywani.blogspot.com
Suasana tiba-tiba menjadi sunyi sepi. Hanya ditemani bunyi unggas dan cengkerik. Dan secara tiba-tiba keting Hayun Jibeng melekat terus ke hidung Golok Damasutra. Seraya itu juga kedengaran suara Hayun Jibeng. " Aku lelaki lah sengal!"

Disebabkan takut untuk menyoal, Golok Damasutra hanya mengikut sahaja Hayun Jibeng. Sepanjang jalan ke pasar malam mereka berpegangan tangan. Dengan wajah yang sangat ganas, sesiapa yang memandang mereka pasti akan bertempiaran lari. Hinggalah mereka tiba di perkarangan pasar malam.

" Aku nak makan pizza.",pendek dan padat perkataan yang keluar dari mulut Hayun Jibeng.

cerpen lawak, cerita lawak, pizza hut
Sumber --> http://rafi1986.deviantart.com
" Kah Kah Kah!! Pandai kau bergurau dengan aku kan wahai Hayun Jibeng! Nak makan pizza , carilah kat Pizza Hut. Dah kenapa kau ajak aku ke pasar malam?!!"

" Kau....diam. Jangan biadap. Tengok sana.",arah Hayun Jibeng sambil berpaling ke arah penjual kebab. Pucat seketika wajah penjual kebab tersebut.

" Itu kebab bro! Bukan pizza!",bersungguh-sungguh Hayun Jibeng menerangkan kepada Golok Damasutra.

" Kau pandang anak mata aku ni. Kau kan sedia maklum kepala aku ni teleng ayam. Aku pandang kedai sebelah penjual kebab tu."

Sebaik berpaling ke sebelah penjual kebab tersebut, alangkah terpananya Golok Damasutra. Kelihatan sebuah gazebo menjual pizza tersergam indah di dalam pasar malam tersebut. Siap ada meja makan dan juga pelayan wanita yang cantik-cantik bak pramugari Air Asia. Di sebelah depannya pula dilengkapi dengan persembahan Live Band. Manakala di bahagian kanan gazebo itu pula dipersembahkan persembahan dikir barat.

" Aku berada di pasar malam atau apa ini??",soal Golok Damasutra di dalam hati sebelum dia pengsan mengejut.

- TAMAT -


P/S : Sebenarnya aku nak bagitau yang pizza di pasar malam pun boleh tahan sedapnya. Sangat-sangat sedap. Lembut je. Lepas ni tak perlu dah pergi Pizza Hut. Pizza pasar malam pun apa kurangnya. 

cerpen lawak, cerita lawak, pizza pasar malam

cerpen lawak, cerita lawak, pizza hut pasar malam



Cerita Lawak : Malam Tahun Baru 2013

on 01 January 2013

Cerita Lawak : Malam Tahun Baru 2013 | "Geng!! Berhenti rehat kejap!! Kita dah lama sangat atas motor ni. Barai juga aku. Rehat kejap!",jerit  Malik Henshin kepada anak-anak buahnya yang lain. Kelihatan 50 buah motorsikal di belakang motorsikal Malik Henshin mengikutinya masuk di kawasan rehat R&R.


cerita lawak malam tahun baru
Gambar sekadar hiasan. Sumber --> http://azuramengamuk.activeboard.com
" Bro Malik Henshin, dah 10 jam kita atas motor ni. Tak sampai-sampai lagi kita ni. Ni dah pukul 8 malam ni. Sempat ke kita nak ke Dataran Merdeka untuk sambut tahun baru ni?",soal Ali Iskandar Shah kepada Malik Henshin. Dia juga sempat menjeling ke arah mat-mat motor yang tersadai di pokok-pokok akibat keletihan.


cerita lawak malam tahun baru
Gambar sekadar hiasan. Sumber --> http://utusan.com.my/
" Sabar bro. Dah nak sampai dah kita ni. Chill up bebeh.",tenang Malik Henshin berkata-kata sambil mengelap peluh yang meleleh di dahi Ali Iskandar Shah. Tersipu-sipu malu Ali Iskandar Shah diperlakukan sedemikian rupa. Dan dia terus berlari-lari anak meninggalkan kawasan kejadian sambil sesekali menjeling Malik Henshin yang sedang tersenyum nakal. Manja mereka bergurau pada malam itu.

Sejam berehat di situ, akhirnya geng motorsikal tersebut telah berpakat untuk memulakan semula perjalanan. Perjalanan pada hari itu sangat mendamaikan. Tersenyum riang mereka di atas motor masing-masing. Hinggakan bergema lebuhraya pada malam itu dengan lagu Chow Kit Road nyanyian mereka beramai-ramai. 


cerita lawak malam tahun baru 2013
Gambar sekadar hiasan. Sumber --> http://gabrinteamgabrug009.blogspot.com/
Dua jam berlalu. Secara tiba-tiba Malik Henshin menekan brek dan berhenti di tengah jalan. Akibat berhenti secara mengejut, ada antara anak-anak buahnya yang tercampak dari motor lalu tersangkut atas pokok.

" Bro Malik Henshin? Kenapa kita berhenti ni? Kenapa muka bro pucat dan nafas bro tercungap-cungap. Bro ternampak sesuatu yang menakutkan ke?",soal Ali Iskandar Shah. 


cerita lawak malam tahun baru
Gambar sekadar hiasan. Gambaran wajah pucat. Sumber --> http://shw.aina2000.fotopages.com
Ali Iskandar Shah semakin panik melihat keadaan Malik Henshin. Apa lagi bunyi nafas Malik Henshin semakin lama semakin kuat dan kakinya tergedik-gedik dengan tiba-tiba. Ali Iskandar Shah terus mengambil langkah bijak dengan membelai lembut dada Malik Henshin dan mendendangkan lagu Muara Hati nyanyian Siti Nurhaliza dan Hafiz AF. Tubuh Malik Henshin mula tenang. Air matanya meleleh secara tiba-tiba.

" Sebenarnya.... Aku tak tau jalan."

Berderau darah Ali Iskandar Shah mendengar jawapan Malik Henshin. Ada juga di antara anak-anak buah Malik Henshin yang mula diserang sawan akibat tidak dapat menerima perkhabaran tersebut.

" PUI!! Tak guna punya ketua!! Lain kali kalau tak tau jalan bagitau awal-awal! Ni kita dah kat mana ni?!! Ni siapa nak jawab ni?!! Sambut tahun baru atas lebuhraya lah jawabnya kita ni!!! PUI!!"


Hadiah aku untuk korang bersempena tahun baru ni. Karya cerpen lawak yang dah lama aku tak hasilkan. Silakan baca sampai habis ye. Sekali sekala dan jarang-jarang aku buat entri panjang. Korang hargailah karya aku ni ye. Heh heh. Ayat minta simpati. 

Cerita Lawak : Malam Raya 2012

on 18 August 2012

     Tersebut al-kisah di malam raya.


cerita lawak
Gambar sekadar hiasan. Sumber gambar --> http://awieshomestay.blogspot.com
     " Famimah Embun, kenapa dikau menangis depan pintu tu? Dah lah. Benda dah jadi, kita tak mampu nak putarkan masa kembali. Dah, jangan menangis lagi aduhai sahabatku. Pandanglah tepat ke dalam mata aku dan teguhkan jiwamu. Kuatkan semangatmu!",ujar Sifi Nurjalija sambil mengesat air mata Famimah Embun. Sayup-sayup terdengar suara tangisan Famimah Embun memotong kesunyian malam.

     " Sifi Nurjalija...."

     " Dah. Tolong jangan cakap apa-apa lagi. Nak buat macam mana. Tiket bas dah habis. Kita tak mampu nak buat apa-apa. Nak tak nak, kita kena beraya berdua kat rumah sewa ni. Tak apalah. Bukan rezeki kita untuk beraya di kampung. Aku... aku pun merindukan keluarga aku. Bukan kau seorang je...",potong Sifi Nurjalija. Kelihatan beliau pula yang mengalirkan air mata. Semakin lama semakin kuat tangisan Sifi Nurjalija. Meleleh-leleh hingus dari celah-celah gigi beliau. Dan tiba-tiba berguling-guling beliau di lantai sambil menghentak-hentak kaki.

     " Tapi Sifi Nurjalija, aku menangis sebab jari aku sakit digigit hamster ni. Yang kau dah kenapa menangis beriya-iya ni? Bukan ke rumah keluarga kita sebelah rumah sewa kita ni je? Rumah kau belah kanan, rumah aku belah kiri. Apa kau sudah lupa?"


cerita lawak
Sumber gambar --> http://sitinorsyazana.blogspot.com

     -tamat-



p/s : Di kesempatan ni, aku ingin mengucapkan selamat hari raya kepada semua. Sejuta kemaafan dipohon andai ada terkasar bahasa dan terburuk kelakuan. Maaf zahir dan batin. Berhati-hati di jalan raya. Kalau rajin, tengoklah rancangan sampaikan raya di TV3 jam 11.30 malam nanti ye. Aku ada hantar satu video ucapan raya. Tapi tak taulah samada terpilih atau tak. Kalau terpilih, ada lah muka aku nanti. Hahaha. Kalau tak ada, nanti aku publish video tu.

Cerita Lawak : Aku Cekik Anak Mata Kau Nanti!

on 13 August 2012

     Ke hadapan adindaku Zenab Beruang, 

    Kad raya ini sebagai pengganti diri kekanda untuk Raya Aidilfitri tahun ni kerana kekanda mungkin tidak akan dapat pulang ke kampung halaman. Jika adinda merindui kekanda, adinda pandanglah motor buruk Pak Zack Daniel, penghulu kampung kita tu. Motor buruk tu lah menjadi kenangan cinta kita satu ketika dulu. Adinda masih ingat kita pancitkan tayar motor beliau dulu? Lepas tu kita sama-sama dikejar Pak Zack Daniel  sampai adinda tercirit dalam seluar dulu. Adinda masih ingat lagi? Kenangan manis tu lah yang menjadi peneman apabila kekanda rindukan adinda. Baiklah, kekanda pun musyhkil kenapa kad raya ni dah jadi macam surat cinta. Baiklah, kekanda nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada adinda. Kekanda nak minta maaf dari hujung rambut hinggalah ke hujung cekam ni. Harap adinda maafkan kekanda. Salam Aidilfitri


Yang sangat-sangat dan tersangat merinduimu,
Sahak Strawberi.

cerita lawak
Gambar sekadar hiasan. Sumber gambar --> http://idea-mix.blogspot.com

     " Bro, kau baca kejap kad raya yang aku tulis kat awek aku ni. Ok tak agak-agak kau? Mana tau kau ada ayat-ayat yang lagi puitis daripada ni. Boleh aku tambah lagi.",pinta Sahak Strawberi sejurus selesai menulis kad raya tersebut. Kad raya tersebut dihulurkan kepada Man Kutil. Riak wajah Sahak Strawberi tiba-tiba menjadi comel dan malu-malu.

     Tak sampai seminit kad tersebut dibaca oleh Man Kutil, sedas penampar manja keanak-anakan hinggap di pipi Sahak Strawberi.

     " Kau ni dah kenapa?? Bukan ke Zenab Beruang tu kau punya kambing?!! Kau jangan macam-macam!! Aku cekik anak mata kau nanti!!"

cerita lawak
Gambar sekadar hiasan. Sumber gambar --> http://gempakz.org
     " Eh! Ye tak ye! Macam mana aku boleh terlupa ni?!! Sejak bila aku ada awek kan??"

-tamat-


     






 
© BONI KACAK All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template Design By kozumi_ro.
Service Tempahan Design