Home > Posts filed under contoh pakaian formal
Contoh Pakaian Formal Terbaik Untuk Majlis Formal. Terlebih dulu, aku nak ucapkan tahniah kepada pasukan Kelantan kerana berjaya mara ke peringkat akhir Piala Malaysia. Untuk entri ni, aku akan tunjukkan contoh-contoh pakaian formal terbaik untuk menghadiri majlis formal.
 |
| Ini adalah contoh yang agak baik di antara Bro Framestone dan juga Bro Ben Ashaari. |
 |
| Lihat dan tenung sedalam-dalamnya kepada jejaka kacak tersebut. |
Apa yang kureng pada pemakaian jejaka kacak pada gambar ke dua tersebut? Nampak tak seluar dan kasut beliau? Untuk majlis yang formal, elakkan memakai seluar besar mengalahkan seluar budak-budak Hip Hop. Dan kasut perlulah kasut yang gelap.
Cerita bermula begini...
Aku tak sangka event yang aku sertai itu adalah majlis formal, jadi aku dress up sesempoi bahasa. Dan akibatnya, aku terpaksa meminjam seluar slack orang lain. Seluar tersebut sangat-sangat obesiti berbanding susuk pinggang slim bergetah aku ini. Seksa ooo jalan kepit macam model tak nak bagi seluar ni londeh. Tali pinggang pun tak ada. Akibatnya, aku kelihatan mirip seekor penguin betina. Hahahaha.