<
gadis-photographer
Showing posts with label iphone 5 gadget impian. Show all posts
Showing posts with label iphone 5 gadget impian. Show all posts

iPhone 5 Gadget Impian

on 31 December 2012

INI ADALAH ENTRI MELEKIT. ENTRI TERBARU SILA SCROLL KE BAWAH.

iPhone 5 Gadget Impian. Setiap manusia bukan sahaja di Malaysia mengimpi memiliki iphone 5 sebagai gadget impian. Jadi, untuk kali ni, aku ingin merasai sendiri apa yang menariknya mempunyai gadget-gadget seperti ini. Jadi, aku akan menyertai satu tugasan daripada Denaihati berkenaan iPhone 5. 
iPhone-5-gadget-impian
sumber --> denaihati
Senarai entri iPhone 5 yang ada di blog Denaihati


Kenapa Diriku Yang Bergelar Boni Kacak Ini Minat Sangat iPhone 5


iPhone 5 Gadget Impian. Sejujurnya, aku tak pernah tahu apa function dan kelebihan yang ada pada iPhone 5 ini. Kerana sejak gadget-gadget canggih seperti iPad, iPhone, Tab, dan sebagainya dicipta daripada awal pun aku tak pernah berkesempatan merasainya. Bukan tak teringin, malah aku teringin sebenarnya. Tapi faktor kewangan mengemudi aku untuk lebih utamakan apa yang penting dahulu. 

iPhone 5 gadget impian
sumber --> http://www.engadget.com


iPhone 5 Gadget Impian. Tetapi, jika ada kesempatan untuk memiliki iPhone 5 ini, sudah tentunya ada beberapa faktor yang mampu membuat aku tersenyum sampai bibir terkeluar dari muka kerana :-
  1. Sebagai seorang blogger, aku perlukan sesuatu yang tidak membataskan pergerakan aku. Seperti sekarang, aku hanya boleh berblog, melayari internet, dan berblogwalking di depan pc sahaja. Jadi, aktiviti seharian aku terbatas. Jika adanya iPhone 5 ini, ia sangat-sangat memudahkan aku. Aku mampu ke mana-mana sambil berblog. Ia ibarat pc bergerak pada aku. Lagipun saiznya tidak terlalu besar dan ia ringan.
  2. Aku merupakan seorang blogger yang sukakan seni dan karya-karya. Malahan aku sendiri pun suka berkarya untuk menghiburkan orang. Antara karya yang aku hasilkan ialah cerpen-cerpen lawak, video nyanyian, Vlog lawak. Jadi dengan adanya iPhone 5 ini, dapat juga aku hasilkan karya-karya yang lebih berkualiti kerana iPhone 5 ternyata mempunyai sesuatu yang aku sangat inginkan iaitu:- 

  • Kamera video bersaiz 1080p. Kalau tak salah, ia HD! Ini yang sangat menarik perhatian aku sebenarnya. Bagi seseorang yang gemar menghasilkan video, ini adalah sesuatu yang mampu membuat kehidupan beliau berseri-seri. Dan aku akan semakin bersemangat untuk menghasilkan lebih banyak karya-karya selepas ini untuk menghiburkan orang lain.


Contoh video yang dirakam menggunakan iPhone 5. Sangat-sangat Ohsem!




iPhone 5 Gadget Impian. Sejujurnya, tak tinggi pun harapan aku sebenarnya. Andai ada rezeki untuk memenangi iPhone 5 ini, aku sangat-sangat bersyukur. Lepas ni bolehlah aku jawab panggilan sambil angkat-angkat kening pada orang kiri kanan depan belakang tanda bongkak. Hahaha. Niat pun dah tak betul dah. Jadi, andai korang yang lain pun teringin nak join contest ni, bolehlah klik --> iPhone 5 Gadget Impian

Contest iPhone 5 Gadget Impian anjuran Denaihati di taja oleh eQurban.comStudioAksara.comAbangEnsem.com ,             AriffShah.comEizil.com Sweetkurma.com Azri.my  Serverfreak.com 
dan Denai.my

Jadual Penuh

on 28 December 2012

Hari ni, esok dan juga lusa jadual aku memang padat sangat. Ada aktiviti terjun tiruk dalam loji taik. Hahahaha. 

Hari ni aku akan bersama geng Penyamun Inc. untuk merakamkan satu filem pendek dan selepas itu bertemu dengan wakil daripada PTS untuk satu projek blog. Manakala Sabtu dan Ahad aku akan menjaga booth untuk barang-barang perkahwinan. 

Pergh. Sejak kebelakangan ni aku asyik terjebak dengan unsur-unsur perkahwinan je ni. Benarlah kata orang, bila kita dah terjebak dengan perkahwinan ni, samada jadi pengapit dan sebagainya, aura kahwin tu akan melekat. Akibatnya aku dah jadi semakin miang dan gatal sekarang. Nasib baik muda lagi. Kalau tak , orang dah gelar aku orang tua gatal.  


orang tua gatal
 Bila sebut orang tua gatal, cukup sinonim dengan  Pak Cik Jalaludin Hassan ni. Selalu dalam drama melayu, dia ni selalu dapat watak orang tua gatal. Aku tak nak jadi macam ni! Hahaha. Sumber --> http://nadfiz2310.blogspot.com




Terima Kasih Kepada Dua Awek Jelita Ni

on 27 December 2012

Bukan mudah untuk kita meraih undi sebenarnya. Hahaha. Aku pun sebenarnya tak berapa reti nak meraih undi sebenarnya. Tapi aku hanya buat sedaya yang mampu tanpa memaksa orang. Sebab aku memang tak suka menyusahkan orang lain. Pergh. Mulia betul hati aku ni. Mohon dijadikan rujukan bagi sesiapa yang sedang mencari calon suami ye. Hahahaha.

Untuk entri kali ni, aku nak mengambil kesempatan untuk berterima kasih kepada dua orang awek jelita ini kerana telah menyediakan satu entri istimewa untuk membantu aku meraih undian bersempena contest IPhone 5 Gadget Impian

awek jelita

gambar awek jelita

Tak tau macam mana nak balas jasa kalian tersebut. Mungkin satu hari nanti aku akan culik kalian dan kita akan kahwin lari sekaligus hidup berumah tangga dengan bahagia sekali. Pergh. Beristeri dua aku lepas ni. Hahahaha.


Aku Terlupa Untuk Minta Bantuan

on 22 December 2012

Hebat tak hebat lelaki separa maskulin yang agak kacak ni. Sibuk raih undian untuk orang lain, tapi contest yang diri sendiri masuk tak nak pula minta bantuan dan undian. Hampeh. Kadang-kadang rasa macam nak lempang diri sendiri pun ada. 

Ini berkenaan contest IPhone 5 Gadget Impian yang aku masuk sebenarnya. Sebenarnya bila contest yang melibatkan undian ni, aku tak tau macam mana nak raih undian sebenarnya. Sebab aku rasa macam aku akan menyusahkan korang bila aku minta bantuan korang untuk mengundi aku. Sebab tu aku tak publish entri undian ni padahal 24 DISEMBER 2012 ni dah tarikh tutup contest ni.

Jadi, pada hari ni, aku terpaksa tebalkan muka aku untuk meraih undian korang semua. Aku tak paksa korang. Andai rasa korang nak undi, korang undilah. Semua tu terpulang pada korang masing-masing. Aku memang tak pandai nak raih undi sebenarnya. Hehehe. Undian ni pun kena undi hari-hari. Jadi, kalau korang sanggup undi aku hari-hari sampai 24 Disember 2012 ni, aku sangat-sangat terharu. Memang korang sahabat maya aku yang terbaik yang pernah aku kenali.

IPhone 5 Gadget Impian
Sumber --> http://www.engadget.com


Baiklah, tak nak membebel panjang. Jom terus ke langkah-langkah pengundian.

Step pertama

  • Mulakan dengan bismillah.
Step kedua
Step ketiga
  • Klik --> https://denaihati.com/undi-blog-pilihan-anda
  • Masukkan username dan password yang telah diberikan tadi dan selepas itu akan tersenarai blog-blog yang bertanding. Korang kena undi untuk 3 blog setiap kali undian. Tapi pastikan keutamaan adalah kepada blog www.bonikacak.com. Jika tak, aku akan hantar pembunuh upahan ke rumah korang kalau korang tak undi aku. Hahaha.
Step keempat
  • Lontarkan buah halkum korang ke kiri dan ke kanan sekuat yang mungkin dan jerit 'Jahat Budak Jahat!' sekuat hati.
Step kelima
  • Korang dah boleh tarik nafas lega dan boleh mula bancuh air kopi dan terus tidur.
Tolong ye undi hari-hari. Tak lama. Sampai 24 Disember 2012 ni je. Dah tinggal berapa hari lagi. 

iPhone 5 Gadget Impian Tu! Aku Nak Berkempen Ni

on 24 November 2012

iPhone 5 Gadget Impian Tu! Aku Nak Berkempen Ni. Nampak tak betapa tak senonohnya tajuk aku. Aku tak tau nak letak tajuk apa sebenarnya. Tak kisahlah. Asalkan lulus SIRIM. 


iphone 5 gadget impian
Sumber --> http://bahrain-info.blogspot.com
Aku nak cerita tentang iPhone 5. Ingat tak satu entri bertajuk iPhone 5 Gadget Impian? Entri yang menjebakkan aku untuk menuntut iPhone 5 daripada Tuan Denaihati. Sebenarnya , untuk entri ni, aku ingin berkempen dan memohon bantuan korang semua sebenarnya. Aku ingin memohon bantuan korang menekan butang G+1 pada entri tersebut. 

Jikalau aku dapat iPhone 5 tersebut, aku akan menyanyikan lagu twinkle-twinkle little star kat korang. Mungkin bagi korang entah apa-apa hadiah aku tu, tapi sebenarnya itulah yang paling susah dalam hidup aku. Sebab aku tak khatam Bahasa English. Hahahaha. Mohon bantuan korang ye. Mohon tekan butang G+1 kat entri ni --> iPhone 5 Gadget Impian.


iphone 5 gadget impian
Aku tak pandai memujuk rayu. Aku bukan seekor kumbang berwarna hitam yang comel. Aku juga bukan seekor ladybird yang berwarna oren tompok-tompok hitam. Aku bukanlah seorang lelaki bermisai seperti Adolf Hitler. Aku punya sebuah motor. Motor aku smart walaupun setahun tak berbasuh. Nampak kan? Nampak tak macam tak ada kena mengena dengan entri. Memang pun. Siapa suruh korang baca benda ni. Hahaha.

<






 
© BONI KACAK All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template Design By kozumi_ro.
Service Tempahan Design